Laporan McD Tawar Makanan Percuma Pada "Hari Boikot McD" Adalah PALSU!
Siri kempen yang dilakukan oleh rakyat negara ini dalam usaha memboikot produk yang dikatakan menyumbang kepada Zionis nampaknya semakin diperhebat.
Rakyat Malaysia Mengorak Satu Langkah Kehadapan Dalam Kempen Memboikot Barangan Israel Apabila Menganjurkan "Hari Boikot McD Malaysia" Yang Akan Diadakan Pada 8 Ogos 2014
Melalui pesanan dan gambar yang kini menjadi viral di laman sosial seperti Facebook dan juga melalui aplikasi 'WhatsApp', orang ramai diajak untuk membiokot McDonlad's pada jumaat ini (8 Ogos) bermula 7 pagi hingga 7 pagi keesokan harinya.
harakahdaily.netRata-rata pengguna Facebook mula mengongsi maklumat tersebut di laman masing-masing dan hampir keseluruhan mereka menyatakan sokongan untuk memboikot produk syarikat berkanaan pada tarikh tersebut.
informasi.myEkoran Daripada Itu, McD Dilaporkan Mengambil Langkah Dengan Mengedarkan Makanan Dan Minuman Percuma Kepada Mana-Mana Pelanggan Yang Datang Ke Premis Mereka Pada Hari Berkenaan
Dalam pada itu, dalam usaha orang ramai memboikot, McDonald pula dikatakan akan memberi burger dan air percuma pada Jhari berkenaan.
harakahdaily.netKhabar Angin Mengenai Tawaran Makanan Dan Minuman Percuma Dari McD Ini Dikatakan Bermula Daripada Stesen Radio Hitz.fm Pada Pagi Selasa, 5 Ogos 2014 Melalui Sebuah Pengumuman
One such announcement was allegedly made on local radio station Hitz.fm, in which McDonald’s was said to be giving out burgers and drinks at selected mosques.
therakyatpost.comA screenshot of a message claimed to be made by McDonald’s Malaysia management also made its rounds.
therakyatpost.comWalau Bagaimanapun, Berita Itu Cepat Mendapat Respon Daripada Pihak McDonald's Malaysia Dengan Menjelaskan Perkara Itu Sebenarnya TIDAK BENAR Dan Hanya Dibuat Oleh Pihak Yang Tidak Bertanggungjawab
Apa Pula Kata Hitz.fm? Melalui Posting Di Laman Facebook Dan Twitter, Mereka Turut Menafikan Perkara Tersebut Dan Memberitahu Mereka Langsung Tidak Ada Kena Mengena Dengan Penyebaran Berita Palsu Itu
Stesen radio swasta, Hitz FM menafikan membuat pengumuman McDonalds memberi burger percuma ketika kempen ‘Boikot McDonalds’ pada Jumaat ini.
therakyatpost.comProduk McD Diboikot Teruk Kerana Difahamkan Mereka Merupakan Salah Satu Penyumbang Utama Kepada Dana Peperangan Rejim Zionis Israel Yang Tidak Henti-Henti Membunuh Umat Islam Di Palestin
Pihak McDonald's Malaysia Bagaimanapun Menafikan Dakwaan Itu Sekeras-Kerasnya. Berdasarkan Kenyataan Rasmi Yang Dikeluarkan, McD TIDAK Menyalurkan Apa-Apa Dana Kepada Sebarang Bentuk Kempen Bersifat Politik.