seismik

Individu Ini Melarang Anda Muat Naik Gambar 'Boarding Pass' Ke Laman Sosial. Kenapa?

Mesti ada sebab yang kita tak tahu.

Cover image via www.kgns.tv

Menjelang Ramadan dan Aidilfitri ini, pasti ramai yang mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung, malah ada juga yang melancong untuk meraikannya bersama keluarga

Image via AirAsia

Bagi yang tinggal agak jauh seperti di Sabah atau Sarawak, semestinya kapal terbang merupakan satu-satunya pilihan yang ada untuk pulang ke kampung halaman.

Mungkin anda atau orang-orang yang anda kenali pernah memuat naik gambar boarding pass mereka di laman sosial sebelum menaiki pesawat. Pernah lihat?

Gambar pra-melancong yang semakin popular dimuat naik di laman sosial.

Image via Instagram @paulenamarie_

Perkara ini memang dah biasa orang buat, terutamanya sebelum menaiki pesawat. Ramai betul orang upload gambar boarding pass.

Tetapi menurut Adam Rodriguez, seorang blogger kembara, tindakan ini sebenarnya boleh membahayakan diri sendiri. Apa sebabnya?

Kami akan terangkan penjelasan dari Adam dalam bentuk yang ringkas untuk kita sama-sama fahami.

Tahukah anda, terdapat informasi tentang nombor pesawat dan rekod lokasi di setiap boarding pass untuk mana-mana syarikat penerbangan?

Nombor pesawat dan rekod lokasi yang tertera pada boarding pass American Airlines.

Image via thewinglet.boardingarea.com

Jika maklumat ini jatuh kepada individu yang berniat jahat, ia boleh menimbulkan huru-hara. Bagaimana?

Berdasarkan maklumat ini, seseorang boleh menghubungi syarikat penerbangan dan menyamar menjadi anda. Ini beberapa kemungkinan yang boleh berlaku seterusnya kepada anda:

1. Dia boleh membuat panggilan palsu ke syarikat penerbangan, kononnya anda ingin membatal atau menukar flight. Akhirnya, anda tidak boleh terbang langsung.

Ia macam panggilan hangit, tapi lebih parah.

Image via HotFM

2. Lebih teruk lagi, dia boleh membuat tuduhan palsu mengatakan anda membawa senjata, dan sekaligus meminta syarikat penerbangan menghalang anda daripada menaiki pesawat.

Tidak semena-mena anda dituduh sebagai seorang pengganas.

Image via www.theregister.co.uk

3. Bukan itu saja, dia juga boleh mendapatkan maklumat peribadi anda seperti alamat, tarikh lahir, nombor keahlian penerbangan dan sebagainya, bergantung kepada maklumat yang anda berikan kepada syarikat penerbangan.

Apa perasaan anda tiba-tiba saja kata laluan anda ditukar tanpa pengetahuan anda?

Image via docs.oracle.com

Lebih malang lagi, kata laluan anda juga mungkin boleh digodam dan ditukar kepada yang baru. Jikalau perkara ini terjadi, anda langsung tidak mempunyai akses ke akaun anda.

Jadi secara ringkasnya, tiada halangan jika anda ingin muat naik gambar boarding pass di laman sosial tetapi pastikan nombor pesawat dan rekod lokasi tidak didedahkan

Gambar seperti ini boleh dijadikan sebagai panduan.

Image via Instagram @ttiia6

Sama-sama kita belajar daripada kesilapan. Mungkin sebelum ini kita tak pernah rasa perbuatan kita itu boleh membahayakan diri kita sendiri. Maka beringatlah selepas ini. Fikir dahulu sebelum upload.

Image via giphy.com

Dalam pada itu, mungkin anda juga tertanya-tanya, kenapa peranti elektronik perlu dimatikan semasa dalam penerbangan? BACA SINI:

Anda juga boleh tambah pengetahuan am tentang penerbangan dengan membaca artikel-artikel ini:

You may be interested in: