"Lebih Baik Beri Tekanan Kepada Amerika Syarikat Daripada Boikot McD," Kata Duta Palestin

Pihak mana yang sepatutnya diboikot? Israel atau Amerika Syarikat? Atau kedua-duanya sekali?

Negara Malaysia Memang Cukup Popular Dengan Usaha Memboikot Produk Yang Dikatakan Menyokong Zionis Israel. Syarikat Yang Paling Terkesan Pastinya McDonald's.

Hasil Penelitian Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam Dan Aman Palestin Serta 400 Persatuan Lain, Kempen Memboikot Mendapat Sokongan Kira-kira 80 Peratus Rakyat Negara Ini

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan.

Image via abnxcess.com

"Berdasarkan maklum balas yang diterima, kita harap kempen ini akan berterusan kerana kita mahukan rakyat Malaysia solidariti dalam soal menentang kekejaman dan keganasan Israel."

mstar.com.my

"Kita mendesak pihak mereka mengaku menghulurkan dana kepada Israel. Malah, menerusi senarai terbaharu yang diperoleh didapati ada institusi perbankan yang terlibat selepas ia didapati menutup akaun yang dibuka Aman Palestin untuk menghulurkan dana kepada negara bergolak itu," kata Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan.

mstar.com.my

Namun Begitu, Usaha Memboikot Ini Mula Dipersoalkan Apabila Segelintir Rakyat Malaysia Didapati Bertindak Keterlaluan Sehingga Boleh Mengancam Keselamatan

Duta Palestin, Dr Anwar Al-Agha, Dalam Temubualnya Bersama The Star Berkata Tekanan Sepatutnya Diberikan Kepada Amerika Syarikat, Bukan Israel

Dalam temu bual dengan akhbar berbahasa Inggeris The Star, Dr Anwar Al-Agha berkata rakyat Malaysia sepatutnya mengarahkan kekecewaan mereka kepada Amerika Syarikat yang terus menyokong Israel dengan wang dan senjata api.

themalaymailonline.com

"Adalah lebih baik jika orang ramai pergi dan membantah pentadbiran AS serta memberi tekanan kepada mereka untuk menghentikan pembiayaan mereka senjata canggih kepada Israel," kata Dr Anwar Al-Agha.

Image via themalaymailonline.com

"Adalah lebih baik jika orang ramai pergi dan membantah pentadbiran AS serta memberi tekanan kepada mereka untuk menghentikan pembiayaan mereka senjata canggih kepada Israel," katanya.

thestar.com.my

Dr Anwar memberitahu baru-baru ini, Amerika Syarikat telah meluluskan tambahan dana sebanyak $225 juta (RM718.8 juta) ke dalam pembiayaan sistem pertahanan peluru berpandu Israel, Iron Dome.

themalaymailonline.com

Beliau Bagaimanapun Mengakui Usaha Boikot Boleh Memberi Tekanan Kepada Israel Tetapi Menegaskan Segala Info Tentang Syarikat Yang Menyokong Israel Yang Disebarkan Melalui Media Sosial Tidak Semestinya Betul

Keadaan bandar Gaza yang dibedil rejim Zionis Israel.

Image via mshcdn.com

Beliau bagaimanapun mengakui usaha memboikot produk yang menyokong Zionis Israel boleh memberi tekanan kepada rejim itu untuk menghentikan pencerobohan di Gaza.

thestar.com.my

Dalam masa yang sama, beliau turut menegaskan bahawa segala maklumat yang boleh didapati mengenai syarikat-syarikat yang menyokong Israel yang tersebar luas di laman sosial tidak dapat disahkan sejauh mana kebenarannya.

einnews.com

Pekerja-Pekerja McD Dan Starbucks Menerima Pelbagai Cercaan Dan Caci Maki Daripada Masyarakat, Dan Beberapa Premis Juga Turut Dirosakkan Apabila Media Sosial Melaporkan Mereka Menyalurkan Keuntungan Kepada Israel

Orang ramai berkumpul di hadapan premis McD di Dungun, Terengganu pada petang 5 Ogos 2014 bagi menunjukkan bantahan terhadap produk rejim Zionis Israel.

Image via says.com

Dr Anwar Al-Agha berkata rakyat Malaysia tidak seharusnya mensasarkan pekerja di perniagaan seperti McDonad's dan Starbucks dalam usaha mereka memboikot produk-produk yang ada kaitan dengan Israel.

thestar.com.my

Dr Anwar berkata pekerja-pekerja terbabit langsung tidak bersalah kerana semata-mata cuba untuk mencari nafkah dan adalah tidak adil bagi mereka untuk menerima gangguan, hasutan, tohmahan dan serangan daripada rakyat Malaysia.

einnews.com

McDonald's Malaysia Menafikan Dakwaan Mereka Menyokong Usaha Rejim Zionis Israel. Pengarah Pengurusan McD, Stephen Chew Merayu Agar Rakyat Malaysia Tidak Menganggu Pekerjanya Lagi.

“Kami tidak perlu lagi kepedihan. Kita perlu peluh sebagai sebuah bangsa. Kita perlu mengasihi rakyat Malaysia lain lebih daripada membenci pihak lain,” kata Chew.

malaysiakini.com

Pengarah Pengurusan McD, Stephen Chew merayu rakyat Malaysia supaya berhenti mengganggu kakitangannya ekoran kempen memulaukan kedai makanan segeranya ekoran perang Israel-Palestin di Gaza.

Image via amazonaws.com

Sambil menceritakan amalan kekeluargaan antara 12,000 kakitangannya di seluruh Malaysia, Chew juga mengeluh bagaimana mereka diganggu, termasuk melalui demonstrasi di restoran mereka, gangguan melalui telefon dan secara fizikal.

malaysiakini.com

“Sukar untuk melihat bagaimana jika perniagaan kami terjejas, lebih sukar lagi untuk melihat kehidupan mereka terjejas kerana mempunyai keluarga untuk dijaga. Pekerja kami juga bergenang air mata kerana diancam melalui panggilan telefon,” katanya.

malaysiakini.com

Selain Itu, Jelas Chew, Terdapat Juga Kes Pekerjanya Dimalukan Dan Harta Mereka Dirosakkan Sehingga Takut Untuk Pulang Berhari Raya Kerana Bimbang Diganggu

Ceramah kesedaran Gaza turut diadakan di hadapan premis McD.

Image via akubukansuparmen.wordpress.com

“Kakitangan kami yang berpakaian seragam dihina secara terbuka. Yang lainnya disisihkan apabila pergi ke masjid. Malah anak-anak kakitangan kami, di sekolah mereka keliru dengan amaran guru-guru untuk tidak ke McDonald's.”

malaysiakini.com

“Saya amat sedih bagaimana pemulauan ini menyakiti kakitangan kami,” katanya lagi.

malaysiakini.com

Leave a comment