seismik

Dikecam Tukar Jalur Putih Bendera Malaysia Kepada Hitam, Tan Sri Akhirnya Mohon Maaf

Don't mess with Jalur Gemilang.

Cover image via Lee Kim Yew / Facebook

Sejak akhir-akhir ini, isu pelaksanaan pengajaran tulisan Jawi di sekolah jenis kebangsaan begitu hangat dibincangkan oleh orang ramai

Image via mykmu.net

Usaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memperkenalkan matapelajaran Tulisan Khat dan Seni Kaligrafi dalam kurikulum Tahun 4 Bahasa Malaysia mulai tahun depan telah menerima pelbagai tentangan dan kritikan dari sesetengah pihak.

Sebanyak 12 pertubuhan pendidikan Cina dan Tamil menolak keputusan KPM tersebut termasuk Gabungan Persatuan Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) dan Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong).

Image via Berita Harian

Mereka menganggap pengenalan tulisan khat bagi murid di dua aliran sekolah terbabit tidak bertepatan keperluan sebenar pembelajaran Bahasa Malaysia.

Seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri turut mengambil kesempatan untuk membantah keputusan tersebut. Namun begitu, tindakannya dilihat melampaui batasan.

Menerusi Facebook, Tan Sri berkenaan, Lee Kim Yew memprotes dengan menukar warna jalur putih pada Jalur Gemilang kepada warna hitam. Beliau berkata warna hitam tersebut berinspirasikan warna kasut hitam yang diperkenalkan oleh KPM sebelum ini.


Tindakan itu bagaimanapun menerima tohmahan hebat dari warganet yang menyifatkannya sebagai biadap dan tidak menghormati bendera kebangsaan.

Selepas tular di media sosial, post tersebut dipadam serta-merta.

Lee Kim Yew yang merupakan Pengerusi Country Height Holding Berhad kemudian memohon maaf atas keterlanjurannya serta berharap agar generasi muda tidak mengulangi kesilapan tersebut

Beliau menulis, "Saya telah membetulkan semula grafik bendera Malaysia kepada keadaan asal dan memastikannya tidak ditukar lagi. Saya ingin menasihatkan kepada generasi akan datang, berdasarkan pengalaman ini agar jangan sama sekali menukar warna, grafik atau fizikal bendera.

"Terima kasih semua kerana melawat laman Facebook saya dan membaca artikel saya dengan minda terbuka. Saya menghormati pandangan anda dan saya akan terus mencari diri dan menilai diri saya."

Tulisan penuh boleh dibaca di sini.

Hari ini, KPM memutuskan untuk meneruskan pelaksanaan tersebut seperti yang dirancang walaupun mendapat bantahan dari pelbagai pihak

Menteri Pendidikan, Maszlee Malik berkata khat itu bukanlah satu subjek tetapi hanyalah satu aktiviti yang diperkenalkan, malah guru juga diberikan kuasa untuk membuat keputusan mengenai kaedah pelaksanaannya di bilik darjah masing-masing.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

You may be interested in: