Legasi "Bujang Lapok" Berakhir Dengan Pemergian Datuk Aziz Sattar
"Pok Pok Pok, Bujang Lapok". Lirik lagu ikonik ini tak mungkin dapat dilupakan oleh rakyat Malaysia. Kini, legasi Bujang Lapok telah pun berakhir.
[TERKINI] Allahyarham Aziz Sattar Selamat Dikebumikan Jam 2.10 Petang
Jenazah Allahyarham Seniman Datuk Aziz Sattar, 89 tahun telah pun selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Tun Hussien Onn, Cheras Perdana kira-kira jam 2.10 petang hari ini.
beautifulnara.comSebelum itu, Allahyarham dimandikan dan disembahyangkan di Surau Al-Amin Bandar Tun Hussien Onn pada jam 11 pagi.
beautifulnara.comAntara Kenalan Artis Yang Memberi penghormatan Kepada Allahyarham Adalah Datuk Mustafa Maarof, Datuk Sarimah Ahmad Dan Datuk Freddie Fernandez
6 Mei: Pelakon Veteran, Datuk Aziz Sattar Telah Disahkan Meninggal Dunia Pada Jam 2 Pagi Di Pusat Perubatan KPJ Kajang
Bintang lagenda yang cukup terkenal menerusi filem Bujang Lapok, Datuk Aziz Sattar, 89 dilaporkan telah meninggal dunia di Pusat Perubatan KPJ, Kajang kira-kira jam 2 pagi pada Selasa, 6 Mei 2014.
astrogempak.com.myBerita tentang kematian Allahyarham yang merupakan sabahat baik kepada Tan Sri P.Ramlee pada zaman kegemilangan dunia perfileman di Jalan Ampas pada era 60-an, telah disahkan oleh cucunya Abu Ibaidah A.IShak menerusi akaun twitter.
astrogempak.com.myMemetik laporan sebuah media, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di sisi dua anak, menantu dan seorang cucu.
sinarharian.com.myBintang Lagenda Yang Sangat Terkenal Menerusi Wataknya Dalam Filem "Bujang Lapok" Menghadapi Komplikasi Jantung Sejak Beberapa Hari Lalu
Pada malam kelmarin, Allayarham telah dimasukkan ke Hospital KPJ Kajang akibat serangan jantung. Pada tengah hari semalam, Sandakiah Aziz iaitu anak bongsunya, mengesahkan bapanya dirawat di Unit Rawatan Koronari (CCU) dan kondisinya kini dilaporkan stabil.
malaysiandigest.com"Ayah dimasukkan ke hospital sejak kelmarin selepas diserang penyakit jantung."
bharian.com.my"Kami sekeluarga sedang menguruskan jenazah yang akan dibawa pulang ke rumah di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, sebaik dibenarkan pihak hospital," katanya ketika dihubungi.
bharian.com.my"Bujang Lapok" Adalah Antara Legasi Terbesar Dan Paling Berpengaruh Dalam Dunia Senimatik Tanah Air Sejak Era 1950an Lagi
Gandingan Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Pak Ajis bersama Seniman Negara, Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Allahyarham S Shamsuddin sebagai trio Bujang Lapok menjadi antara watak ikonik dalam dunia senimatik Melayu sejak era 1950an.
bharian.com.myAllahyarham Pak Ajis pernah empat kali berkahwin, termasuk bersama seniwati Dayang Sofia yang merupakan isteri keempatnya (bercerai) dan hasil daripada empat perkahwinannya itu beliau telah
dikurniakan tujuh orang anak.
Selain berpuluh-puluh filem lakonannya, Allahyarham juga pernah mengarah filem seperti Keluarga Si Comat (1975), Si Badol (1979), Prebet Lapok (1979), Penyamun Tarbus (1980), Da Di Du (1981), Setinggan (1982) dan Darah Satria (1993).
malaysiandigest.comTakziah Diucapkan Kepada Keluarga Allahyarham. Industri Perfileman Negara Telah Kehilangan Sebutir Permata Yang Pastinya Sukar Ditukar Ganti. Al-Fatihah.