seismik

Lelaki 71 Tahun Ditangkap Khalwat Bersama Gadis Tingkatan Dua

Cinta itu buta dan juga boleh membutakan.

Cover image via photo.net

Pihak Berkuasa Agama Negeri Kedah Telah Menangkap Pasangan Seorang Lelaki Berusia 71 Tahun Bersama Seorang Gadis Yang Baru Sahaja Berusia 14 Tahun Di Kediaman Lelaki Itu

Gambar sekadar hiasan.

Image via photo.net

Pasangan ganjl - lelaki 71 tahun dan gadis 14 tahun - ditahan di dalam sebuah rumah oleh pihak berkuasa agama negeri Kedah.

Menurut laporan, pasangan itu ditahan kerana berkhalwat, dan mengaku bersalah setelah mereka berdua tidak dapat membuktikan mereka mempunyai hubungan saudara atau telah berkahwin.

Perbuatan Pasangan Ini Mencurigakan Pihak Berkuasa Apabila Gadis Tersebut Dilapor Selalu Berkunjung Ke Rumah Orang Tua Itu Pada Waktu Malam Apabila Anak Perempuan Lelaki Itu Tiada Di Rumah

Remaja berkenaan datang ke rumah kekasihnya yang layak digelar datuk untuk memadu kasih selepas menjalinkan hubungan sejak beberapa bulan lalu.

hmetro.com.my

Pihak berkuasa menjadi mencurigakan selepas mendapati bahawa pasangan ini sentiasa dilihat berada di dalam rumah bersama-sama sewaktu lewat malam apabila anak perempuan lelaki itu tidak ada di rumah.

wanista.com

Pada mulanya, orang tua itu mendakwa gadis itu adalah anak perempuan rakannya tetapi kemudian mengaku mempunyai hubungan sulit dengan dia.

Dalam Pada Itu, Pakar Sosiologi, Prof Dr Mohammad Shatar Sabran Meluahkan Rasa Kesalnya Terhadap Apa Yang Telah Berlaku. Sememangnya, Pasangan Itu Tidak Sesuai Untuk Disatukan Kerana Jurang Umur Yang Terlalu Jauh.

“Kedua-duanya lahir pada zaman yang terlalu jauh, ibarat mengambil orang yang lahir pada zaman sebelum merdeka untuk hidup di zaman ini tanpa melalui peringkat kehidupan."

hmetro.com.my

Pakar Sosiologi merangkap Timbalan Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Mohammad Shatar Sabran.

Image via mstar.com.my

“Lelaki warga emas itu sepatutnya menjadi pelindung kepada remaja berkenaan bukannya mengambil kesempatan, sekalipun mungkin remaja terbabit memberi alasan sunyi dan mahu disayangi."

hmetro.com.my

“Pada usia begitu, dia juga perlu lebih mendekatkan diri dengan Allah, bukannya melakukan perbuatan yang boleh merosakkan masa depan remaja berkenaan yang masih mentah untuk membuat penilaian hidup," kata Prof Dr Mohammad Shatar Sabran yang juga merupakan Timbalan Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM).

hmetro.com.my

Mengulas Lanjut, Kes Itu Mungkin Dipengaruhi Trend Remaja Perempuan Hari Ini Yang Lebih Gemar Memilih Lelaki Berusia Sebagai Pasangan Kekasih

“Berdasarkan kajian membuktikan, kebanyakan remaja perempuan memilih lelaki lebih 40 tahun atas tiga sebab utama iaitu lebih romantik, bertanggungjawab dan kukuh dari sudut ekonomi."

hmetro.com.my

“Malah, faktor paling utama ialah romantik kerana lelaki berusia lebih menonjolkan kasih sayang sepanjang proses perkenalan walaupun sudah mendapat apa yang dihajati berbanding lelaki muda yang gelojoh untuk sampai ke kemuncak hubungan,” katanya lagi.

hmetro.com.my

JUGA DI SAYS: Ini Bukanlah Kali Pertama Kes Seorang Atuk Ditangkap Khalwat Dengan Wanita Yang Jauh Lebih Muda

You may be interested in: