seismik

Lelaki Dilarang Tonton Bola Jaring Di Kelantan

Kejohanan bola jaring yang akan diadakan di kelantan bakal didominasi oleh kaum wanita sahaja, termasuk penonton dan penyokong yang hadir.

Cover image via smsainsrembau.blogspot.com

Kerajaan Kelantan Telah Mengumumkan Larangan Bagi Lelaki Untuk Menjadi Penonton Atau Penyokong Di Kejohanan Bola Jaring Parlimen Kelantan Yang Akan Diadakan Pada 6 September Hingga 25 Oktober 2014

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan, Dr Ramli Mamat telah mengumumkan larangan bagi lelaki untuk menjadi penonton atau peyokong di kejohanan bola jaring yang akan diadakan di semua kawasan Parlimen di Kelantan.

thestar.com.my

Kejohanan bola jaring tersebut akan dijalankan pada 6 September hingga 25 Oktober 2014.

thestar.com.my

Sementara Itu, Kesemua Pegawai Yang Terlibat Hendaklah Terdiri Daripada Wanita Sahaja Dan Para Peserta Diwajibkan Untuk Memakai Baju Sukan Lengan Panjang Dan Seluar Trek Longgar Tanpa Mengira Agama

Selain itu, semua pegawai yang terlibat untuk pertandingan berkenaan hendaklah terdiri daripada wanita sahaja dan para peserta bola jaring yang mengambil bahagian mesti berumur 18 tahun dan ke atas.

thestar.com.my

Kesemua peserta, tanpa mengira agama dan kepercayaan juga diwajibkan untuk memakai baju sukan lengan panjang beserta seluar trek longgar yang tidak menampakkan tubuh badan sepanjang kejohanan.

thestar.com.my

Langkah Terbaru Ini Telah Menarik Kritikan Daripada Ketua Wanita MCA, Datuk Heng Seai Kie Dengan Berkata Ia Merupakan Satu Keputusan Regresif Yang Akan Menjejaskan Pembangunan Sukan Di Kelantan

"Ini benar-benar lucu kerana dunia moden hari ini adalah semua saling berkaitan. Oleh itu, sangat mustahil untuk mengekang jantina yang bertentangan daripada menonton mana-mana acara sukan yang melibatkan wanita."

thestar.com.my

Ketua Wanita MCA, Datuk Heng Seai Kie.

Image via therakyatpost.com

"Pengharaman penyokong lelaki pada pertandingan di negeri ini tidak akan menghalang mereka daripada menonton acara sukan yang melibatkan wanita, memandangkan akses kepada Internet, program televisyen, siaran filem dan fotografi adalah sangat mudah."

thestar.com.my

"Jika PAS begitu takut lelaki melihat wanita, maka mereka juga mungkin perlu mengeluarkan arahan atau mencadangkan enakmen negeri untuk mengharamkan program televisyen, filem dan Internet di negeri Kelantan," tegas Heng.

thestar.com.my

Menurut Heng, Negeri Kelantan Tidak Akan Menjadi Hab Sukan Serantau Atau Antarabangsa Jika Undang-Undang Tersebut Dilaksanakan

"Bagaimana Kelantan boleh dibangunkan menjadi hab sukan serantau atau antarabangsa sekiranya polisi pakaian sukan juga diperketatkan PAS?"

thestar.com.my

"Sukan tertentu seperti berenang, menyelam, olahraga, berbasikal dan gimnastik memerlukan pakaian sukan yang ketat dan ringan bagi membolehkan kelajuan dan ketangkasan - objektif ini tidak akan dicapai jika atlet diwajibkan memakai baju lengan panjang dan seluar trek longgar," tambahnya lagi.

thestar.com.my

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Strategik Dan Penyelidikan MCA, Datuk Lua Choon Hann Berkata Pengharaman Itu Boleh Memusnahkan Sukan Itu Dan Bakal Menjadikan Malaysia Bahan Ketawa

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Strategik Dan Penyelidikan MCA, Datuk Lua Choon Hann.

Image via imgur.com

"Tujuan menaikkan semula bola jaring di Kelantan ialah untuk mempopularkannya dan meningkatkan kefahaman dan tontonan awam. Pengharaman ini pastinya memberi kesan kepada jumlah penonton dan mengekang popularitinya. Lebih teruk, ia bakal menjadikan Malaysia bahan ketawa."

malaysiakini.com

"Kelantan bawah pemerintahan PAS mengalami semakin banyak halangan kepada individu, terutamanya bukan Muslim seperti pengharaman alkohol, judi dan premis hiburan berlesen, pemisahan penonton lelaki dan wanita di panggung wayang dan beberapa perkara lagi," kata beliau.

malaysiakini.com

Untuk Makluman, Kerajaan Kelantan Juga Telah Menguatkuasakan Pengasingan Jantina Di Salun Rambut, Panggung Wayang Dan Kaunter Pembayaran Di Pasar Raya

Selepas menguatkuasakan pengasingan jantina di salun rambut, panggung wayang dan kaunter pembayaran di pasar raya, kerajaan PAS di negeri Kelantan kini mengharamkan lelaki daripada menonton acara sukan wanita.

thestar.com.my

Dapat Maklumat Yang Lebih Terperinci Melalui Video Di Bawah Ini:

JUGA DI SAYS: Suami Isteri Mungkin Perlu Hadir Ke Kursus Pasca Perkahwinan Selepas Ini