seismik

Lelaki Dipenjara 3 Bulan Sebab Curi Mentos

Baru sahaja sebulan keluar penjara, seorang lelaki diarahkan untuk menjalani hukuman penjara selama 3 bulan kerana mencuri gula-gula mentos.

Cover image via wikimedia.org

Pada 27 Mei 2014, Seorang Penganggur Dipenjara 3 Bulan Kerana Mencuri Gula-Gula Mentos Selepas Hanya Sebulan Bebas Dari Penjara

Mohd Zaki Abdul Arif, 33, telah diarahkan untuk menjalani hukuman penjara selama 3 bulan.

Image via colorlines.com

Seorang penganggur yang baru sebulan bebas daripada hukuman penjara, sekali lagi merengkok di sebalik tirai besi, selepas Mahkamah Majistret pada 27 Mei 2014 memerintahkannya menjalani hukuman penjara tiga bulan kerana mencuri gula-gula di sebuah pasar raya.

therakyatpost.com

Majistret, Zuraini Abdul Razak memerintahkan Mohd Zaki Abdul Arif, 33 tahun, yang mengaku bersalah atas tuduhan itu, menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh dia ditangkap pada Isnin, 26 Mei 2014.

bernama.com

"Kamu Ambil Benda Ini Nak Buat Apa? Nak Jual, Beli Dadah? Kamu Baru Keluar Penjara Pada 21 April Lalu," Kata Majistret, Zuraini Ketika Prosiding

Tertuduh baru sahaja dibebaskan dari penjara pada 21 April 2014.

Image via amazonaws.com

"Kamu ambil benda ini nak buat apa? Nak jual, beli dadah? Kalau saya menjatuhkan hukuman ringan kamu akan buat lagi sebab sebelum ini dah dua kali kamu masuk penjara tapi masih tak insaf. Kamu baru keluar penjara pada 21 April lalu," kata Zuraini ketika prosiding dan tertuduh kelihatan tunduk sahaja.

mstar.com.my

Mohd Zaki yang tidak diwakili peguam didakwa mencuri dua kotak gula-gula Chewy Dragees Mentos bernilai RM67.20 di pasaraya KK Supermart, Jalan Dang Wangi pada 26 Mei 2014 jam 3.30 petang.

sinarharian.com.my

Ketika Rayuan, Tertuduh Memohon Supaya Mahkamah Menjatuhi Hukuman Ringan Kerana Dia Perlu Menjaga Ibu Bapanya Yang Sudah Tua

Walau bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Nadiah Malek Fauzie memohon hukuman setimpal, bagi memberi pengajaran kepada tertuduh, memandangkan dia pernah dipenjarakan sebelum ini.

therakyatpost.com

Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda.

bernama.com

Lelaki Itu Dikatakan Menyorokkan Dua Kotak Gula-Gula Di Dalam Bajunya Tanpa Membuat Bayaran Sebelum Melarikan Diri, Namun Perbuatannya Dapat Dikesan

Mengikut fakta kes, pengadu yang merupakan pembantu pasar raya itu melihat tertuduh mengambil dua kotak gula-gula dan menyimpannya di dalam baju sebelum keluar dari pasar raya itu tanpa membuat bayaran.

sinarharian.com.my

Pasaraya KK Supermart.

Image via nanyang.com

Pengadu kemudian mengejar Mohd Zaki yang melarikan diri ke arah Kompleks Wilayah dan berjaya menangkap tertuduh di hadapan sebuah kondominium lalu merampas semula dua kotak gula-gula yang disorok di dalam poket seluar sebelah kiri serta kanan.

mstar.com.my

JUGA DI SAYS: Perompak Mati Tak Sampai Sejam Lepas Tendang Pintu Kaca Di SS2

You may be interested in: