Lelaki Ini Dakwa Telah Bertelur Sebanyak Lebih 200 Biji Sejak 1998. Biar Betul?
Memang pelik. Macam mana seorang lelaki boleh mampu bertelur seperti seekor ayam?
Akhbar Harian Metro Tempoh Hari Ada Melaporkan Tentang Berita Seorang Warga Emas Indonesia Yang Mampu Bertelur Sejak 1998. Sehingga Kini, Bilangan Telur Yang Dikeluarkannya Sudah Melebihi 200 Biji!
Laporan akhbar Harian Metro mengenai kisah seorang warga emas yang mampu bertelur.
Image via Harian MetroSeorang warga emas mendakwa, dia boleh bertelur sejak 1998 dan setakat ini tiada siapa tahu punca fenomena itu.
Kini menetap di Penjaringan di Jakarta Utara, Sinin, 62, berkata, sehingga kini menurutnya, dia sudah mengeluarkan 202 biji telur, termasuk 100 biji yang keluar pada tahun 2000.
Menurut Warga Emas Itu, Ratusan Telur Tersebut Telah Keluar Melalui Punggungnya
“Mula-mula telur itu keluar dari dubur saya tiga bulan sekali, tetapi kini saya bertelur lebih kerap,” kata Sinin.
Image via infoheboh.com“Mula-mula telur itu keluar dari dubur saya tiga bulan sekali, tetapi kini saya bertelur lebih kerap,” kata Sinin.
Katanya, sesetengah telurnya dibuang begitu saja, manakala sebahagian lagi diberi kepada sesiapa yang berminat. Tambahnya lagi, polis juga pernah menyoal siasat - dan mengambil telurnya - selepas penduduk setempat kecoh mengenai ‘kelebihan’ dimilikinya.
Telur-Telur Itu Dilapor Dikeluarkan Melalui Proses Sama Seperti Membuang Air Besar. Menurutnya Lagi, Ia Bermula Selepas Beliau Mendapat Sebuah Mimpi Tentang Seseorang Memberinya Telur.
“Cuma dulu saya pernah bermimpi ada seseorang memberi saya telur. Tiba-tiba saya boleh bertelur,” kata Sinin.
Image via klimg.comMenceritakan pengalamannya bertelur, Sinin berkata, mula-mula dia berasa sakit seperti memulas pada perut. Lama-kelamaan, menurutnya, dia akan mengeluarkan telur melalui proses sama seperti orang membuang air besar.
“Cuma dulu saya pernah bermimpi ada seseorang memberi saya telur. Tiba-tiba saya boleh bertelur,” katanya.
Lebih Menarik, Sungguhpun Telurnya Menyerupai Telur Ayam, Ia Bagaimanapun Tidak Boleh Keras Apabila Direbus Walaupun Selepas Satu Jam
Bagaimanapun, telur Sinin yang mirip seperti telur ayam tidak boleh keras apabila direbus. Anak Sinin, Sunarto, 40, berkata dia pernah cuba merebus telur bapanya tetapi selepas satu jam, ia kekal seperti asal.
Sehingga kini Sinin masih bingung untuk menjelaskan bagaimana kejadian itu berlaku.
Dalam Perkembangan Terbaru, Lelaki Terbabit Boleh Didakwa Di Mahkamah Malah Boleh Dipenjara Jika Dakwaannya Boleh Bertelur Itu Adalah Bohong
Ketua Jabatan Kesihatan Jakarta Utara, Bambang Suheri berkata, jika terbukti dakwaan Sinin adalah bohong, dia boleh didakwa di mahkamah.
sayangsabah.com“Dia menyebabkan keresahan orang ramai. Lebih penting, dia membodohkan masyarakat jika dakwaannya cuma rekaan,” katanya.
sayangsabah.comKetika Ini Pasukan Perubatan Memeriksa Dakwaan Sinin Bagi Mendapatkan Kesahihan. Berdasarkan Kajian Sains, Sangat Sukar Mempercayai Ada Manusia Menghasilkan Telur Seperti Seekor Ibu Ayam.
Kata Bambang, ketika ini pasukan perubatan memeriksa dakwaan Sinin bagi mendapatkan kesahihan. Berdasarkan kajian sains, sangat sukar mempercayai ada manusia menghasilkan telur seperti seekor ibu ayam.
“Kami meminta Sinin sedar kesan dakwaannya itu. Menurut ilmu kedoktoran, tidak mungkin telur boleh keluar melalui dubur kerana ia pasti akan pecah terlebih dulu,” katanya lagi.
Menurut Dr Ari Fahrial Syam Dari Hospital Cipto Mangunkusumo Jakarta, 'Telur' Yang Keluar Dari Dubur Sinin Itu Sebenarnya Najis
"Kalau seorang lelaki mengeluarkan sesuatu dari dubur, paling mungkin itu adalah produk pencernaan," kata Dr Ari Fahrial Syam.
Jika produk pencernaan tersebut sifatnya menyerupai telur, maka tidak menutup kemungkinan orang tersebut memakan sesuatu yang membuatkan najis yang dikeluarkannya itu keras.
Tumor atau ketumbuhan juga boleh keluar melalui dubur, namun tidak mungkin berlangsung lama. Menurut Dr Ari, ciri-ciri tumor biasanya disertai dengan darah manakala berat badan seseorang itu akan turun.