seismik

Lelaki Ini Meninggal Dunia Selepas 4 Hari Doa Tanpa Tidur Agar Trump Sembuh Dari Covid-19

Dia telah menyembah Trump sejak empat tahun lalu.

Cover image via News Straits Times

Seorang lelaki warga India yang dikenali sebagai Bussa Krishna meninggal dunia akibat serangan jantung pada 11 Oktober lalu

Dia dikatakan mengalami tekanan perasaan atau stress setelah mengetahui bahawa idolanya, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dilaporkan positif wabak Covid-19.

Lelaki yang berusia 33 tahun itu mengabdikan diri dengan Trump sepanjang hayatnya sebelum dilaporkan meninggal dunia. 

Terus murung selepas dapat tahu Trump positif Covid-19

Dia yang telah menyembah Trump sejak empat tahun lalu ketika Trump datang ke dalam mimpinya merasa tertekan dan tidak mempunyai selera makan selepas mendengar Trump menghidap virus tersebut.

Menurut kata sepupunya, walaupun lelaki itu tidak lulus dalam persekolahan namun, dia tidak pernah terlepas dengan berita terkini mengenai politik dunia. 

Image via Suara.com

Sejak mendapat berita mengenai Trump itu, dia telah berdoa selama empat hari berturut-turut tanpa tidur agar Trump sembuh daripada penyakit Covid-19 itu.

Tambahnya lagi, dia dikatakan tidak mengalami komplikasi perubatan sebelum ini, tetapi kesihatannya semakin merosot bila dia mengetahui bahawa Trump dimasukkan ke hospital.

Sanggup menukar nama asalnya kepada Trump Kriss

Image via Vocket

Tahun lalu, Krishna mendapat perhatian media antarabangsa kerana membuat patung Trump setinggi 1.8 meter bagi meraikan ulang tahun Presiden AS itu.

Ia dianggarkan bernilai 200,000 rupee (RM11,000) yang sering dimandikan dengan susu lembu.

Dalam pada itu, Bussa Krishnan Raju juga telah mengubah namanya menjadi Trump Kriss sebagai penghormatan kepada idolanya dan telah berpuasa setelah mengetahui Trump dijangkiti Covid-19. 

Image via Babab.net

Hebat betul dia ya, 4 hari berdoa tanpa tidur. Jadi, apa kata anda?

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: