seismik

'Rasa Nak Bunuh Diri' - Repeat 18 Kali Dalam 11 Semester, Lelaki Ini Akhirnya Graduate!

Fuuhh bukan senang tu nak hadap. Terbaiklah!

Cover image via Twitter @RaffiqIzzat

Siapa pernah repeat paper angkat tangan!

Image via gfycat.com

Memang tak best bila kena repeat paper tapi itulah lumrah menjadi mahasiswa. Boleh kata, majoriti mahasiswa mesti pernah repeat paper sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Yang mana tak pernah tu maksudnya korang memang hebat lah.

Setakat repeat sekali, dua kali, atau tiga kali tu benda biasa lagi sebenarnya. Barulah mencabar sikit hidup sebagai pelajar.

Tapi kalau dah repeat sampai 18 kali tu macam mana pulak? Dengar bunyi terus rasa macam tak logik, kan?

Kalau tak percaya, benda tu sebenarnya logik dan pernah terjadi kepada seorang graduan undang-undang dari UiTM Shah Alam. Ini dia kisah Rafiq Izzat, mahasiswa yang terpaksa repeat paper sebanyak 18 kali selama 11 semester.

Rafiq Izzat, graduan Undang-Undang UiTM Shah Alam.

Image via Twitter @RaffiqIzzat

Mengaku dirinya sebagai seorang slow learner, Rafiq berkata dirinya memerlukan masa yang lama untuk memahami sesuatu subjek, tidak seperti orang lain.

"Saya perlu gagal 2 hingga 3 kali untuk lulus kertas tertentu.

"Tetapi semakin saya gagal, semakin mendalam saya dapat memahami subjek di kepala saya walaupun terpaksa menghabiskan 11 semester," tulisnya menerusi Twitter.

Rafiq menjelaskan bahawa dia bukanlah didiagnosis sebagai lembam oleh pihak hospital, cuma dirinya sukar untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran

Rafiq bersama ibu tercinta.

Image via Twitter @RaffiqIzzat

"Saya bukan didiagnosis slow learner, tapi bila masuk universiti, saya tak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran pembelajaran yang berbeza.

"Saya juga bukan ada masalah belajar, cuma ambil masa untuk fahamkan sesuatu subjek. Sudahnya, semester pertama saya dah gagal 4 subjek," ujarnya kepada mStar.

"Pada satu masa, saya pernah terfikir untuk bunuh diri"

Kegagalan demi kegagalan memaksa dirinya untuk menempuh 3 semester tambahan, menjadikan 11 semester secara keseluruhan. Tekanan lebih terasa apabila Rafiq melihat rakan-rakannya berjaya menamatkan pengajian pada semester kelapan dan bekerja di firma guaman.

Apabila bertemu saudara-mara pula, masing-masing sering mengajukan soalan menjengkelkan tentang bila dirinya akan habis belajar kerana sudah terlalu lama berada di universiti.

"Pasa satu masa, saya pernah terfikir untuk membunuh diri. Ketika itu saya sedang memandu dan rasa nak rempuh kereta dari arah bertentangan untuk melepaskan tekanan.

"Bagaimanapun, saya tak lakukannya kerana saya fikir balik apa gunanya buat macam tu sebab bukannya dapat menyelesaikan masalah pun," katanya lagi.

Tahniah Rafiq! Fail forward. Hard work, works.

Image via tenor.com

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

You may be interested in: