seismik

'Saya Cuma Ada RM3 Sehari Untuk Saya Teruskan Hidup'

Tiada yang mustahil jika kita berusaha.

Cover image via Alatas

Cuba anda bayangkan, bagaimanakah keadaan diri anda sekiranya anda hanya mempunyai RM3 setiap hari untuk meneruskan kelangsungan hidup di tengah-tengah ibu kota selama 6 bulan?

Itulah kesusahan yang dialami oleh seorang lelaki hebat bernama Muhd Alatas suatu ketika dulu. Kehidupannya yang perit dulu kala, kini telah membawa kejayaan besar kepada dirinya.

Dulu.

Image via Alatas
Image via Alatas

Alatas atau lebih dikenali sebagai Roy dalam kalangan rakan-rakannya dahulunya merupakan seorang decorator dan bekerja di Mid Valley dengan bayaran sebanyak RM10 sehari

Dengan RM10 itu tadi, beliau terpaksa menggunakan RM7 untuk kos pengangkutan beliau pergi dan pulang dari bekerja. Setiap hari Alatas hanya mempunyai RM3 untuk meneruskan kehidupan sehariannya.

Image via Alatas

Manakala RM2 pula diambil dari baki tersebut untuk beliau mengalas perutnya dengan sebotol air mineral dan mi segera.

Hidup beliau cukup susah dan sangat berbeza tidak seperti orang lain. Sepanjang 6 bulan tersebut, Alatas tinggal di bawah sebuah flyover di kawasan Simpang Tiga, Batu Caves.

Kesempitan wang menjadikan beliau seorang yang sangat berjimat cermat. Menurutnya, kadangkala beliau terpaksa mematahkan satu mi segera kepada dua bahagian. Satu bahagian untuk dimakan pada waktu pagi dan satu lagi untuk dijadikan makan malam.

Image via Alatas
Image via Alatas

Selepas menjalani hidup sedemikian rupa selama 6 bulan, dengan wang simpanan RM500 yang ada beliau mengambil keputusan untuk membuka warung. Setiap hari beliau terpaksa bangun seawal 4 pagi untuk berniaga.

Tidak lama selepas itu beliau memohon lesen perniagaan dengan pihak DBKL dengan menggunakan sedikit keuntungan yang ada melalui perniagaannya.

Alatas mula menceburi bidang interior design dan fashion design. Berkat daripada ketabahan beliau, Alatas berjaya memperoleh RM30 ribu keuntungan pada awal bisnes beliau.

Image via Alatas
Image via Alatas
Image via Alatas

Kata beliau lagi, semenjak itu hidupnya kian berubah. Keluarganya tidak perlu lagi melalui kesempitan hidup atas kejayaan yang beliau kecapi hari ini.

TAHNIAH ROY ANDA MEMANG HEBAT!

Dengar sendiri Alatas menceritakan kisah hidupnya di bawah:

You may be interested in: