Lelaki Menderita Lebih 14 Jam Selepas Cincin Besi Tersekat Pada Kemaluan
Fikir dahulu sebelum mencuba!
Gara-Gara Ingin Mencuba Sesuatu Yang Baru, Seorang Lelaki Di Kota Bharu, Kelantan Memasukkan Cincin Besi Pada Kemaluannya. Malangnya, Cincin Itu Tersekat Dan Tidak Boleh Dikeluarkan.
Gara-gara hanya 'suka' mencuba, derita yang dilalui. Dalam melalui masa yang terluang, seorang lelaki dengan tidak semena-mena memasukkan cincin besi pada kemaluannya.
bernama.comMalangnya, setelah telus, cincin itu tersekat di pangkal kemaluan.
mstar.com.myAkibat Panik, Lelaki Itu Cuba Mengeluarkan Cincin Tersebut Secara Paksa Namun Perkara Lebih Buruk Berlaku Apabila Kemaluannya Mula Membengkak
Beliau panik dan cuba mengeluarkannya secara paksa bersendirian hingga kemaluannya membengkak.
mstar.com.myKejadian itu berlaku sekitar jam 5 petang pada hari Sabtu, 23 Ogos 2014 di Kampung Dewa Beta, Kota Bharu, Kelantan.
bernama.com11 Jam Kemudian, Akibat Tidak Berjaya Mengeluarkan Cincin Itu, Dia Akhirnya Meminta Bantuan Bapanya Untuk Dibawa Ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Kira-Kira Jam 3 Pagi
Setelah menderita dalam diam selama 11 jam, beliau akhirnya meminta bantuan bapanya untuk dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) kira-kira pukul 3 pagi keesokan harinya (Ahad).
bernama.comDeritanya tidak berakhir di situ.
mstar.com.myDia Bagaimanapun Perlu Menanggung Lebih Derita Selepas Itu Apabila Pihak Hospital Menghadapi Kesukaran Mengeluarkan Cincin Berkenaan Kerana Kemaluannya Telah Membengkak
Doktor mengalami kesukaran mengeluarkan cincin berkenaan, kata Ketua Zon Kota Bharu Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jamil Abdullah yang tampil memberi bantuan.
bernama.comKetika ditemui, Jamil berkata, "Doktor gagal berbuat apa-apa memandangkan alat sulitnya membengkak dan meminta bantuan kami (unit Emergency Medical Rescue Team EMRS)".
mstar.com.mySetelah Buntu, Pihak Hospital Kemudian Menghubungi Pihak Bomba Pada Jam 7.25 Pagi, Tiga Jam Selepas Lelaki Itu Dirawat. Proses Untuk Memotong Cincin Berkenaan Pula Mengambil Masa Selama Dua Jam.
Jamil berkata pihaknya menerima panggilan pada 7.25 pagi dan seramai empat anggota dikerahkan ke HRPZ II.
bernama.com"EMRS mengambil masa selama dua jam untuk memotong cincin terbabit menggunakan 'ring cutter'. Kerja-kerja menyelamat dilakukan dengan teliti bagi mengelakkan sebarang kecederaan pada alat sulit mangsa," kata Jamil Abdullah.
mstar.com.myApabila Ditanya Kepada Lelaki Berusia 22 Tahun Itu Mengenai Perbuatannya, Dia Hanya Menjawab, "Saya Hanya Ingin Mencuba Dan Tidak Sangka Cincin Akan Melekat Di Kemaluan."
Mengimbas detik cemas itu, mangsa yang bekerja sebagai buruh tidak menyangka tindakan dilakukan bersendirian itu menyebabkan cincin itu tidak boleh dikeluarkan.
hmetro.com.my“Saya hanya ingin mencuba dan tidak sangka cincin akan melekat di kemaluan,” kata mangsa yang berumur 22 tahun itu.
hmetro.com.my