Lelaki Terima 27 Jahitan Dan Disimbah Air Panas Hanya Kerana Jatuhkan Handphone
Kemana hilangnya peri kemanusiaan?
Ho, 29, Dibelasah Dan Disimbah Dengan Air Panas Sehingga Melecur Selepas Terlanggar Seorang Lelaki Yang Menyebabkan Telefon Bimbit Milik Lelaki Itu Terjatuh Pada 2 Ogos 2014 Di Kepong
Semuanya berpunca apabila mangsa dikenali sebagai Ho, 29, terlanggar seorang lelaki di hadapan Medan Putra Business Park, Kepong, di sini menyebabkan telefon bimbit milik lelaki itu terjatuh.
Tindakan mangsa itu menyebabkan berlaku pertengkaran antara mereka sebelum mangsa dibelasah dan disimbah dengan air panas.
Ketika Itu, Ho Sedang Menikmati Makan Malam Di Sebuah Kedai Steamboat. Dia Kemudiannya Terlanggar Lelaki Terbabit Semasa Ingin Bangun Dan Mengambil Makanan.
Ho berkata, sebelum kejadian, dia pada mulanya sedang makan steambot di restoran di Medan Putra Business Park, Kepong jam 1.30 pagi Sabtu lalu.
“Bagaimanapun, ketika saya bangun untuk mengambil makanan, saya terlanggar seorang lelaki menyebabkan telefon bimbit lelaki terbabit terjatuh," jelas Ho.
Akibat Daripada Perbuatan Lelaki Berkenaan, Ho Melecur Di Bahagian Bahu Dan Belakang Badan Selain Menerima 27 Jahitan Di Kepala. Laporan Polis Telah Dibuat Pada 6 Ogos 2014.
Selain melecur, Ho terpaksa menerima 27 jahitan dikepala selepas dibelasah sehingga pengsan.
Image via imgur.comHo melecur di bahu dan belakang badan selain terpaksa menerima 27 jahitan di kepala selepas disimbah air panas dan dibelasah sehingga pengsan.
Mangsa yang cedera parah dan berlumuran darah serta badan melecur kini dirawat di Hospital Pantai, Cheras. Laporan polis mengenai kejadian itu dibuat pada 6 Ogos 2014.
Dalam Kejadian Lain Yang Juga Berlaku Di Kepong, Seorang Lelaki Dibakar Hidup-Hidup Oleh Seorang Suspek Yang Tidak Dikenali Sehingga Mengakibatkan Badannya Melecur 80%
Mangsa dalam keadaan kritikal selepas dibakar hidup-hidup oleh seorang suspek yang tak dikenali sehingga melecur 80%.
Image via blogspot.comDalam kejadian jam 4 pagi itu, mangsa berusia 37 tahun bersama seorang anak saudaranya menaiki kereta dalam perjalanan dari Jalan P Ramlee menuju ke Kota Damansara. Difahamkan, ketika kejadian mangsa berhenti untuk merokok sebelum dibakar suspek yang dipercayai menunggang motosikal.
hmetro.com.myDalam keadaan kesakitan, mangsa meminta membawanya pulang ke rumah anak saudaranya di Kota Damansara sebelum dia dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan kecemasan. Mangsa kini berada di hospital dan keadaannya dilaporkan kritikal.