‘Dikurung’ Di Wuhan, Warga Malaysia Ini Kongsi Keadaan Sebenar Di Sana Yang Ramai Tak Tahu
Fuh, seram!
Orang ramai mengambil langkah berjaga-jaga berikutan penularan novel koronavirus atau lebih dikenali dengan virus Wuhan
Dipercayai, seramai 106 orang menemui ajal disebabkan virus baru tersebut manakala hampir 4,500 orang disahkan mempunyai novel koronavirus. Virus tersebut bermula di sebuah pasar basah di daerah Wuhan, China sebelum merebak ke beberapa negara termasuklah Malaysia.
Setakat ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan empat kes di mana kesemuanya merupakan warganegara China. Mereka kini dirawat di Hospital Sungai Buloh. Susulan itu, kerajaan menjalankan saringan ketat untuk semua pelancong yang tiba di tanah air.
Selain itu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan visa pelancong China dihentikan buat sementara waktu dalam usaha untuk membendung virus tersebut di Malaysia.
Sementara itu, Kerajaan China kini menjalankan perintah berkurung di Wuhan. Puluhan juta rakyat di kota itu dinasihatkan untuk berada di rumah dan mengambil langkah berjaga-jaga.
Seorang warganegara Malaysia yang kini menetap di Jerman merupakan salah seorang daripada mereka yang 'dikurung' di Wuhan berkongsi di laman Twitter miliknya mengenai situasi di kota itu.
Dikenali sebagai Soares Chen, dia berada di sana untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina bersama keluarga isterinya.
Baca perkongsian penuh di bawah:
Bahasa:
"Saya merupakan warganegara Malaysia yang tinggal di Jerman, sihat tapi kini 'dikurung' di Wuhan. Saya ingin berkongsi pandangan mengenai koronavirus dari perspektif sendiri," tulisnya.
Bahasa:
"Saya tiba di Wuhan bersama isteri pada 19 Januari untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina dengan keluarga mentua. Kami naik pesawat dengan informasi mengatakan tiada jangkitan menerusi sentuhan.
"Apabila situasi sebenar dilaporkan semasa kami tiba di sana, kami tenang menerima keadaan ini," tulisnya.
Bahasa:
"Berfikir secara rasional, saya faham bahawa keadaan boleh bertambah teruk sekiranya saya melarikan diri dari kota itu kerana kami mungkin akan membawa virus tersebut ke tempat lain atau berjangkit dengannya.
"Perkara terbaik untuk dilakukan adalah duduk di rumah dan minimumkan risiko untuk dijangkiti," tulisnya.
Bahasa:
"Bila perintah berkurung diumumkan, saya memahami tindakan rasional tersebut dalam usaha untuk membendung virus tersebut daripada merebak. Walaupun meragui keberkesanannya, saya percaya dengan risiko meninggalkan kota dalam keadaan panik," tulisnya.
Bahasa:
"Setelah beberapa ketika, perlahan-lahan saya menyedari bahawa apa yang rakyat tempatan risau mengenai koronavirus ini lebih kepada ketidakcekapan kerajaan mengatasi wabak itu. Sejak perintah berkurung, semua orang terperangkap di dalam rumah dan tidak tahu apa terjadi di bandar," tulisnya.
Bahasa:
"Kerajaan tidak telus mengenai apa yang terjadi di bandar, khabar angin tentang hospital yang terlebih pesakit membuatkan rakyat lebih panik. Apa yang menjadi kerisauan orang ramai sama ada mereka boleh didiagnosis sekiranya dijangkiti virus tersebut," tulisnya.
Bahasa:
"Media utama hanya melaporkan tentang logistik memindahkan sumber ke Wuhan. Mereka tidak menceritakan atau menerangkan tentang khabar angin mengenai kekecohan di dalam kota ini.
"Sementara itu, kami tidak boleh meninggalkan rumah untuk melihat situasi dan kebanyakan wartawan dah keluar dari kota sebelum perintah berkurung lagi," tulisnya.
Bagaimanapun, dia berterima kasih kepada wartawan yang kembali melaporkan dari dalam kota itu dan berharap agar kerajaan lebih telus dalam memberi informasi mengenai koronavirus
Bahasa:
"Saya sangat berterima kasih dengan wartawan dan media bebas yang mempertaruhkan nyawa mereka kembali semula ke Wuhan untuk melaporkan keadaan di Wuhan. Informasi ini bukan sahaja sangat berguna kepada orang luar tetapi juga terhadap mereka yang 'terkurung' di kawasan ini," tulisnya.
Bahasa:
"Kami perlukan lebih banyak informasi mengenai apa yang terjadi di Wuhan untuk membuat keputusan yang tepat. Kami mempunyai hak untuk tahu demi keselamatan diri sendiri," tulisnya.
Orang ramai dinasihatkan berhati-hati dan sentiasa memakai topeng muka dan membasuh tangan untuk mengelakkan jangkitan novel koronavirus