Lim Kit Siang Ramal Kemusnahan Pakatan Rakyat Jika Hudud Dilaksanakan
DAP tetap dengan pendirian untuk tolak perlaksanaan Hudud yang dicadangkan oleh PAS.
Lim Kit Siang Kini Membayangkan Perpecahan Pakatan Rakyat Sekiranya PAS Melaksanakan Hukum Hudud Di Kelantan
PAS kini semakin tertekan dalam mempertahankan prinsip parti tersebut untuk melaksanakan hukum Islam hudud di Kelantan apabila 'rakan sekutunya' di dalam Pakatan Rakyat iaitu DAP mula membayangkan perpecahan di dalam barisan alternatif itu jika PAS tetap berdegil untuk melaksanakannya.
utaranews.comMenurut Penasihat DAP, Lim Kit Siang, beliau membayangkan kemungkinan Pakatan Rakyat yang dibarisi oleh parti DAP, PAS dan PKR akan berpecah dan membawa haluan masing-masing jika PAS berdegil mahu melaksanakan hukum hudud di Kelantan.
utaranews.comIsu Perpecahan Ini Tidak Boleh Dipandang Ringan Kerana Jika Ia Berlaku, Pakatan Rakyat Akan Dianggap Gagal Dalam Perjuangan Menentang BN
Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah, berkata jika situasi itu berlaku, ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat, sama ada DAP, PKR atau PAS boleh dianggap gagal.
mstar.com.myBeliau berkata, desakan yang boleh membawa kepada perpecahan dalam Pakatan Rakyat berikutan ketidaksefahaman berhubung pelaksanaan hudud tidak seharusnya dipandang ringan kerana isu ini semakin hangat dalam beberapa minggu sahaja.
peraktoday.com.myMenurut Kit Siang, PAS Mendapat Sokongan Rakyat Sebelum Ini Bukan Kerana Perlaksanaan Hudud Tetapi Lebih Kepada Matlamat PAS Dalam Menentang Kerajaan
Beliau juga mengingatkan kepada PAS bahawa sokongan yang diperolehi oleh PAS pada pilihanraya umum yang lalu bukanlah sebab PAS mahu melaksanakan hudud tetapi hanya kerana mahu menentang kerajaan Barisan Nasional.
utaranews.com"Pakatan tidak akan berterusan menafikan majoriti dua pertiga BN di Parlimen jika hudud adalah agenda utama pada Pilihan Raya Umum lalu," kata Lim Kit Siang.
mstar.com.myManakala Anaknya, Lim Guan Eng Berpendapat Tindakan PAS Itu Akan Memecah-Belahkan Kekuatan Pakatan Rakyat
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, perbuatan PAS itu juga secara tidak langsung memberi peluang kepada parti lawan untuk memecah-belahkan kekuatan pakatan pembangkang.
mynewshub.myPAS akan mengkhianati semua pengundi bukan Islam yang mengundi parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) jika meneruskan pelaksanaan undang-undang hudud di Kelantan.
mynewshub.myTumpuan Pada Ekonomi Perlu Lebih Difokuskan Berbanding Hudud Kerana Faktor Ekonomi Merupakan Penyumbang Utama Kejayaan Pakatan Rakyat Pada 2008
DAP mahu PAS segera melupakan Hudud dan menumpukan kepada ekonomi dimana faktor ekonomi adalah penyumbang utama kejayaan kepada PR pada tahun 2008 dimana segala janji untuk memajukan ekonomi disambut baik oleh rakyat sehingga majoriti kemenangan PR meningkat mendadak pada PRU tahun itu.
utaranews.com“PR telah mencatat kejayaan dalam PRU 2008 kerana kegagalan UMNO dalam menangani ekonomi dan tadbir urus, yang membawa kepada rasuah serta salah guna kuasa. PAS juga menang ketika itu tanpa berkempen untuk melaksanakan hudud,” ujar Guan Eng.
busuk.orgKerjasama UMNO Dengan PAS Dalam Melaksanakan Hudud Dianggap Sebagai 'Perangkap' Yang Akan Menjejaskan Integriti Parti Pakatan Rakyat
"Apabila UMNO menyambut baik cadangan hudud dan bersedia untuk bertemu pemimpin PAS untuk berbincang ianya jelas sekali menunjukkan UMNO tidak mempunyai prinsip dan kini menyokong pelaksanaan hudud untuk memerangkap PAS, dengan niat semata-mata untuk memecah-belahkan Pakatan Rakyat.”
utaranews.com“Jika PAS terus bekerjasama dengan UMNO untuk melaksanakan hudud, nampaknya parti itu memang cukup mudah untuk tertipu dan lebih teruk mengkhianati pengundi bukan Islam," dakwa Guan Eng lagi.
mynewshub.mySelain Kit Siang Dan Guan Eng, Pengarah Pendidikan Politik DAP, Liew Chin Tong Turut Berpegang Pada Prinsip Yang Sama Dalam Menentang Hudud
Pengarah Pendidikan Politik DAP, Liew Chin Tong mendakwa PAS hanya menjadikan Hudud sebagai satu strategi untuk memperkuatkan identiti parti tersebut di kalangan pengundi melayu di negara ini.
ushatoday.comLiew mendakwa isu hudud yang dibawakan oleh PAS itu melemahkan peluang Pakatan Rakyat untuk menghasilkan tsunami politik dalam pilihan raya yang akan datang sekiranya PAS tidak menarik balik cadangan tersebut.
ushatoday.comLiew Chin Tong Menganggap Strategi Perlaksanaan Hudud Oleh PAS Itu Bukan Keutamaan Bagi Pakatan Rakyat Dan Sebagai Satu Tindakan Yang Tidak Relevan
"Adakah ia satu strategi yang relevan, atau kita hanya memerangkap diri kita di belakang satu tema ini? Apa keutamaan kita? Hudud atau keadilan ekonomi," ujar Ahli Parlimen DAP Kluang itu.
utaranews.comBeliau menyifatkan PAS menggunakan Hudud sebagai alat untuk menarik sokongan bangsa melayu terhadap parti tersebut dan ia tidak menguntungkan parti-parti pembangkang yang lain kerana hudud tidak pernah ada dalam agenda mereka.
ushatoday.comPemimpin muda DAP itu berkata hudud yang dibawa oleh PAS hanya akan memerangkap Pakatan Rakyat serta melemahkan peluang Pakatan untuk memenangi PRU akan datang.
utaranews.comPemimpin PAS Bagaimanapun Tetap Waspada Terhadap Kerjasama Mereka Dengan UMNO Serta Membidas Dakwaan Bahawa Mereka Senang Ditipu
Seorang lagi pemimpin PAS memberi amaran agar parti itu tidak terperangkap dengan isu hudud kononnya UMNO akan menyokongnya sedangkan sehingga kini tidak ada jaminan ke arah itu.
themalaysianinsider.com"Bagi saya, belum ada jaminan UMNO akan sokong sebab Jamil Khir sebagai menteri bertanggungjawab dalam hal ehwal agama telah menyatakan sokongan manakala Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak menunjukkan ke arah itu."
themalaysianinsider.com"Jadi, PAS jangan terperangkap pula dengan jaminan ini. Kita tahu UMNO tidak akan bergerak kecuali melalui apa yang Najib tentukan," kata ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.
themalaysianinsider.comWalaupun Mendapat Tentangan Hebat, Menteri Besar Kelantan Bagaimanapun Berkata Negeri Itu Sudah Bersedia Membentangkan Rang Undang-Undang Bagi Membolehkan Hudud Dilaksanakan
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata kerajaan negeri akan membawa satu rang undang-undang persendirian ke Parlimen bagi membolehkan Kanun Jenayah Syariah II (Hudud) yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan dilaksanakan di negeri itu.
themalaysianinsider.comSementara itu, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar sedia bekerjasama dengan UMNO dalam membuat penerangan kepada rakyat mengenai pelaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) termasuk hudud melalui media elektronik atau cetak.
utaranews.comPresiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga dijangka membentangkan Rang Undang-Undang Persendirian di Dewan Rakyat untuk membolehkan hudud tetap dilaksanakan di Kelantan.
utaranews.comBagaimanapun, kini sesetengah pemimpin PAS mempertikaikan langkah membawa rang undang-undang persendirian itu kerana bagi mereka ia bukan cara yang sesuai.
themalaysianinsider.com