seismik

[VIDEO] Lima Individu "Ditelan" Bumi Ketika Tunggu Bas Di China

Bak kata pepatah, "malang tak berbau".

Cover image via www.youtube.com

Siapa sangka, stesen bas yang digunakan setiap hari di sebuah kawasan di bandar utama wilayah Harbin, utara China boleh bertukar menjadi lokasi tragedi yang sungguh mencemaskan.

Image via Google Maps

Pada mulanya, ia nampak seperti biasa, dengan orang ramai sedang menunggu bas dan ada juga yang lalu lalang di situ

Image via www.youtube.com

Tiba-tiba, muka bumi di stesen bas tersebut runtuh dan "tersedut" ke bawah, "menelan" 5 individu yang sedang menunggu bas

Image via www.youtube.com

Rakaman CCTV menunjukkan laluan pejalan kaki di bandar utama wilayah Harbin, utara China tiba-tiba runtuh membentuk lubang besar menelan empat orang dengan seorang wanita sempat berpaut pada tebing.

Orang ramai mula mengerumuni lokasi kejadian dan kemudian menyelamatkan seorang demi seorang yang "ditelan" ke dalam lubang besar berkenaan yang dipercayai sedalam 3 meter

Image via www.youtube.com

Menurut stesen televisyen wilayah itu, Heilongjiang Network Broadcasting Television, kejadian berkenaan berlaku pada Sabtu lalu, 22 Ogos 2015.

Walaupun terjatuh ke dalam lubang, kesemua mangsa dilapor selamat dan hanya mengalami cedera ringan

Image via www.youtube.com

Lihat video penuh di bawah:

Baru-baru ini juga China dikejutkan dengan insiden escalator yang sangat tragik melibatkan seorang ibu. BACA LAGI:

You may be interested in: