Lisa Surihani Tercalon Di 27th Annual Nickelodeon Kids' Choice Awards 2014
Selepas Yuna dan Shila Amzah, kini giliran Lisa Surihani pula mendapat perhatian dari luar negara.
Lisa Surihani Tersenarai Dalam Top 4 Favourite Asian Act Di 27th Annual Nickelodeon Kids' Choice Awards
Pelakon berusia 27 tahun ini nampaknya bukan sahaja mampu memikat golongan dewasa menerusi bakat lakonannya, malah namanya juga menjadi sebutan remaja dan kanak-kanak.
ohbulan.comLisa Surihani telahpun menjadi pilihan remaja dan kanak-kanak apabila tercalon dalam senarai 'Top 4 Favorite Asian Act’ di 27th Annual Nickelodeon Kids' Choice Awards.
karangkraf.comLisa Akan Bersaing Dengan Artis Dari Hong Kong, Filipina Dan Indonesia
Bersaing dengan Lisa dalam kategori tersebut ialah G.E.M dari China, Coboy Junior (Indonesia) dan Anne Curtis (Filipina).
blogspot.comAnugerah Tahun Ini Akan Menampilkan Mark Wahlberg Sebagai Pengacara
Anugerah yang dijangka akan ditonton oleh lebih 375 juta orang seluruh dunia ini bakal menampilkan bintang Hollywood terkemuka, Mark Wahlberg sebagai pengacara.
ohbulan.comAnugerah yang meletakkan sepenuh undian kepada kanak-kanak untuk memilih selebriti kegemaran mereka yang bakal berlangsung pada 29 Mac ini. Manakala di Malaysia pula akan ditayangkan pada 31 Mac.
karangkraf.comPada Tahun 2012 Dan 2013, Yuna Dan Shila Amzah Turut Tersenarai Dalam Kategori Yang Sama
Yuna Zarai penyanyi yang sedang hangat dengan lagu Terukir di Bintang telah tercalon untuk ketegori Artis Pilihan Asia!! Sesuatu yang membanggakan buat Malaysia.
blogspot.comJuara Asian Wave 2012 ini telah tercalon di Nickelodeon Kids' Choice Awards 2013 yang dilangsungkan pada 23 Mac 2013 di Los Angeles, Amerika Syarikat.
gua.com.myMampukah Lisa Surihani Merangkul Gelaran "Favourite Asian Act"? Tunggu Keputusannya 29 Mac Ini