[GALERI] Liyana Jasmay Tunjuk Baby Bump
Sejak kebelakangan ini, baby bump pelakon tanah air Liyana Jasmay sudah mula kelihatan!
[TERKINI] Sofia Arissa Nama Puteri Sulung Liyana Jasmay
Buat pertama kali, pelakon dan penyanyi Liyana Jasmay telah berkongsi wajah anak sulungnya menerusi akaun Instagram. Malah, Liyana juga turut mendedahkan nama puteri kesayangannya iaitu Sofia Arissa.
karangkraf.comLiyana Kini Sedang Menjalani Tempoh Pantang Di Kediaman Ibu Bapanya Di Kuala Lumpur
Semestinya Liyana Jasmay dan Fathuddin sedang seronok menghabiskan masa menjaga Sofia Arissa. Semoga si puteri membesar dengan sihat dan tanpa sebarang masalah. Sama-samalah kita doakan. Diharap Liyana Jasmay dapat berkongsi lebih banyak gambar anaknya selepas ini untuk tatapan para peminat.
beautifulnara.com12 Mei: Liyana Jasmay Selamat Melahirkan Bayi Perempuan
Pelakon dan penyanyi Liyana Jasmay, 25, selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 2.9 kilogram, tepat pukul 7.40 malam di Hospital Prince Court pada 12 Mei 2014.
utusan.com.my"Alhamdulillah semua berjalan lancar Liyana dimasukkan ke Pusat Perubatan Prince Court pada Ahad kerana sudah ada tanda-tanda untuk bersalin," ujar ibu Liyana, Datin Habsah Simpon.
karangkraf.comNama Bagi Bayi Sulung Liyana Masih Belum Diberitahu Kepada Orang Ramai
Tambahnya, buat masa ini Liyana masih belum memberitahu nama yang dipilih untuk diberikan kepada bayi sulungnya itu.
budiey.comSekalung Tahniah Diucapkan Kepada Liyana Jasmay Dan Suami. Semoga Kelahiran Puteri Sulung Ini Akan Membuka Lembaran Baru Dalam Hidup Anda Berdua.
13 Feb: Baby Bump 7 Bulan Liyana Jasmay Semakin Jelas Kelihatan
Dalam diam rupa-rupanya sudah 7 bulan Liyana Jasmay hamil. Hanya tinggal lebih kurang 2 bulan sahaja lagi sebelum penyanyi dan pelakon cilik ini bergelar ibu.
syokbah.comPaling penting, Liyana Jasmay memang makin comel dengan “baby bump”nya semakin jelas kelihatan. Sekali pandang nampak macam anak lelaki sebab perutnya ke hadapan.
beautifulnara.comLiyana Akan Mengumumkan Jantina Anaknya Pada Satu Majlis Khas 5 April Ini
"Pada majlis itu juga akan diadakan doa selamat. Saya akan umumkan jantina anak saya selepas majlis itu nanti. Cuma buat masa ini, saya sudah ada nama panggilan untuk bayi saya itu yang diberi nama Sofi sahaja sebagai panggilan manja."
beautifulnara.comBercakap kepada Utusan Malaysia petang semalam, Liyana Jasmay mendedahkan yang beliau akan mengumumkan jantina anaknya pada majlis khas yang akan diadakan pada 5 April ini.
rotikaya.comLiyana Jasmay Kelihatan Berseri Menunjuk Baby Bump Melalui Akaun Instagram
Bakal Ibu Ini Juga Sudah Mula Mencari Barang-barang Bayi Bagi Menyambut Kelahiran Anak Sulungnya
"Para peminat Liyana pula menganggap ianya sebagai sesuatu yang baik. Malah kebanyakan mereka turut memuji pelakon itu semakin cantik dan berseri setiap hari."
ohbulan.com"
Dalam masa yang sama, bakal ibu ini juga sudah mula sibuk mencari barang-barang bayi bagi menyambut kelahiran anak sulungnya yang dipanggil Baby S pada bulan Mei akan datang."
Liyana Disahkan Hamil 2 Bulan Pada Bulan Oktober Lalu
"Sebenarnya saya tidak berniat langsung untuk merahsiakannya, sebaliknya saya menunggu masa yang sesuai untuk berkongsi cerita tentang kehamilan ini. Menerusi perbincangan yang dilakukan bersama-sama ibu dan ibu mertua saya, mereka menasihati saya supaya memberitahu kepada umum setelah usia kandungan mencapai tiga bulan," Liyana Jasmay.
beautifulnara.comMenurut Pelakon Ini, Dia Akan Menolak Tawaran Lakonan Sepanjang Dia Hamil Kerana Bimbang Tidak Boleh Memberi Komitmen Sepenuhnya
Padan bulan Oktober 2013, Liyana menyata, "Namun, untuk berlakon saya rasa saya terpaksa menolaknya kerana saya dapati saya terlalu lemah sejak hamil ini. Mungkin untuk kemunculan beberapa babak mungkin boleh tetapi untuk memberi komitmen sepenuhnya pada watak yang besar, saya rasa mungkin tidak."
murai.com.my