Logo 'Parti Amanah Negara' Ciplak Logo Stesen TV India?
"Logo pon tak confirm. Nak cerita pasal perjuangan. Berat2," komen seorang netizen.
Untuk pengetahuan semua, 16 September 2015 atau hari Rabu atau Hari Malaysia tempoh hari telah berlangsung bukan sahaja 'Himpunan Rakyat Bersatu' tetapi juga majlis pelancaran 'Parti Amanah Negara (Amanah)' di Shah Alam
Ribuan penyokong menghadiri pelancaran Parti Amanah Negara di Pusat Konvensyen Hiasan Dalaman, IDCC, Shah Alam.
Parti itu dirasmikan Presidennya, Mohamad Sabu yang juga Pengerusi Pertubuhan Pekerja-Pekerja Malaysia.
Setiausaha Agungnya, Anuar Tahir berkata seramai 30,018 ahli baru telah mendaftar untuk menyertai parti itu.
"Nombor satu ahli paling banyak mendaftar ialah Negeri Kelantan, diikuti Johor dan Selangor. Parti ini menolak minda bergaris keras. Ia dapat permintaan dari orang bukan Islam juga," kata Anuar.
"Parti Amanah Negara? Apa tu?"
Sini ada sedikit info mengenai Amanah:
Macam biasa, setiap logo yang dicipta mesti ada maksud tersurat dan tersirat. Nak tahu lebih lanjut tentang logo Amanah, boleh baca kat sini:
...katanya logo tu sebenarnya diciplak dari logo sebuah stesen TV di India yang diberi nama Imayam TV, cuma warna saja yang ditukar. Habis kena kutuk di laman sosial.
Untuk makluman, syarikat Imayam TV ni terletak di Tamil Nadu, India. Kalau dilihatkan logonya, memang serupa sangat dengan logo Amanah.
Emm...Kebetulan?
Kejap, tu baru sikit.
Sebab, logo Amanah tu jugak tak ubah macam logo Arsh Inc., juga dari India, tapi merupakan kedai menjual pakaian dalam. Haa?
Anda boleh tengok sendiri gambar-gambar kat bawah ni. Semuanya kami ambil dari Arsh Inc. punya akaun Google+.
Mula-mula logo sama dengan stesen TV, lepastu sama dengan kedai jual pakaian dalam pulak. Peliknya.
Ya, Al-Sarwar Electronics Department yang berpangkalan di Bangladesh turut menggunakan logo yang sebijik sama!
Jadi, semua ni suratan atau kebetulan?
2. Bagaimanapun, saya difahamkan terdapat kegelisahan dikalangan ahli dan penyokong Parti AMANAH berkaitan logo parti yang baru sahaja diperkenalkan kepada umum pada majlis pelancaran semalam.
3. Ingin saya jelaskan bahawa penentuan logo parti telah melalui proses sepatutnya. Satu jawatankuasa logo dibentuk dan kemudian mereka telah mengemukan beberapa cadangan kepada Jawatankuasa Pusat parti, dan akhirnya logo “A” seperti dilancarkan semalam telah dipilih dan dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan ROS.
4. Berkait isu persamaan logo yang timbul itu, ia berkemungkinan berlaku secara kebetulan dan pihak kami telah mengambil maklum. Kami sangat menghargai pandangan serta komen orang ramai dan akan berbincang dengan pihak berkaitan.
5. Namun lebih besar daripada isu itu adalah, sebuah lagi parti politik Islam baru telah berjaya dilancarkan bersempena tarikh penubuhan Malaysia semalam, dan bersedia untuk menawar khidmat kepada seluruh rakyat.
HJ MOHD ANUAR TAHIR
Setiausaha Agung
Parti Amanah Negara
17 September 2015 amanahnegara.org