seismik

Malaysia Berada Di Belakang Singapura Buat Kali Pertama Dalam Sejarah Sukan Komanwel

Adakah mutu sukan Malaysia semakin merosot? Atau mutu sukan Singapura semakin meningkat?

Cover image via mstar.com.my

Malaysia Gagal Mencapai Sasaran 7 Pingat Emas Di Sukan Komanwel Apabila Hanya Berjaya Mengutip Enam Pingat Emas Sepanjang Kejohanan Berlangsung

Malaysia hanya berjaya membawa pulang 6 pingat emas di Sukan Komanwel 2014 di Glasgow.

Image via imgur.com

Malaysia gagal mencapai sasaran pingat di Sukan Komanwel di Glasgow, Scotland. Selepas Sukan Komanwel Glasgow 2014 ditutup secara rasmi malam tadi (3 Ogos 2014), Malaysia berada di tangga ke-13 dengan 6 pingat emas, 7 perak dan 6 gangsa.

themalaysianinsider.com

Lebih Menyedihkan, Malaysia Berada Di Belakang Singapura Dalam Kedudukan Keseluruhan Buat Kali Pertama Dalam Sejarah 84 Tahun Sukan Komanwel

Atlet Singapura bergambar bersama pingat emas yang diraih mereka dalam acara ping pong.

Image via straitstimes.com

Lebih malang lagi, Malaysia pulang ke tanah air dengan kedudukan di belakang Singapura, pertama kali dalam sejarah sukan berprestij itu.

yahoo.com

Singapura berada di tangga ke-11 dengan 8 pingat emas, 3 perak dan 4 gangsa.

informasi.my

Mutu Sukan Malaysia Tampak Seperti Tidak Bermaya Dan Masih Ketinggalan Jauh Walaupun Jutaan Ringgit Telah Dibelanjakan Untuk Pelbagai Sukan

Kontinjen Malaysia berarak semasa acara pembukaan Sukan Komanwel 2014 di Glasgow.

Image via independent.co.uk

Maruah negara semakin tercalar apabila Singapura yang jauh lebih kecil saiznya lebih baik daripada atlet negara di Sukan Komanwel.

themalaysianinsider.com

Walaupun berjuta ringgit diperuntukkan untuk pelbagai sukan, melebihi daripada apa yang dibelanjakan negara jiran seperti Vietnam, Myanmar, Laos atau Singapura, masa depan sukan Malaysia masih lagi malap.

yahoo.com

Sukan Hoki Menunjukkan Kemerosotan Paling Ketara Apabila Tewas Dalam Tiga Perlawanan Menentang England, New Zealand Dan Trinidad And Tobago, Serta Hanya Berpuas Hati Mendapat Tempat Ke-7

Persembahan pasukan hoki Malaysia mula dipersoal apabila tewas 4-2 kepada Trinidad and Tobago.

Image via thestar.com.my

Kemerosotan dalam sukan Malaysia bermula dengan bola sepak, kemudian hoki.

informasi.my

Kekecewaan pasukan Sukan Komanwel Malaysia ialah selepas kalah di tangan England, New Zealand dan juga Trinidad dan Tobago dalam sukan hoki.

themalaysianinsider.com

Namun Begitu, Jurulatih Skuad Hoki Lelaki Negara, Muhammad Dhaarma Raj Abdullah Menegaskan Tidak Adil Buat Dirinya Dikritik Kerana Malaysia Hanya Menghantar Pasukan Hoki Kedua

Jurulatih skuad hoki lelaki negara, Muhammad Dhaarma Raj Abdullah.

Image via kosmo.com.my

"Tak adil saya dikecam. Harus diingat, ini adalah pasukan kedua. Kalau Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) mahu sasarkan tempat keempat atau kelima, mereka harus menghantar skuad utama. Sebenarnya, Sukan Komanwel ini adalah medan untuk pemilihan pemain-pemain beraksi pada Sukan Asia. Saya kena pasti siapa yang layak untuk beraksi di sana (Incheon)."

kosmo.com.my

"Jika diikutkan, pencapaian pasukan tahun ini lebih bagus berbanding empat tahun lepas. Di India, skuad hoki yang senior meraih di kedudukan kelapan. Apa yang pasti, saya dah kenal pasti siapakah pemain-pemain yang perlu dibawa ke Sukan Asia," katanya.

kosmo.com.my

Pencapaian Singapura Yang Jauh Lebih Kecil Saiznya Adalah Lebih Baik Daripada Atlet Negara Di Sukan Komanwel. Mengapa?

SIngapura mengungguli acara ping pong dengan membawa pulang 6 pingat emas.

Image via themalaysianinsider.com

Prestasi cemerlang Singapura itu disebabkan oleh persediaan yang rapi untuk menjadi tuan rumah Sukan SEA pada tahun depan. 6 daripada 8 pingat emas yang dipungut Singapura di Glasgow 2014 datangnya daripada acara ping pong yang biasa didominasi warga Cina Singapura.

yahoo.com

“Jelas Singapura mempunyai kualiti kepimpinan sukan yang lebih baik berbanding kita. Semangat berpasukan mereka menghampiri apa yang dimiliki AS,” kata bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang dilihat sering mengirim Tweet mengenai prestasi Sukan Komanwel negara.

informasi.my

Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin Tidak Terkejut Dengan Keputusan Mengecewakan Itu Kerana Menurut Beliau, Malaysia Tidak Melihat Sukan Secara Serius

"Kita tidak menjadikan sukan sebagai aspirasi kebangsaan. Kita tidak serius merekrut atlet, jurulatih, pakar pemakanan, doktor dan saintis sukan yang terbaik. Kita tidak ada bekalan mencukupi," katanya.

themalaysianinsider.com

Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin.

Image via themalaymailonline.com

Sim berkata, negara yang cemerlang dalam acara sukan seperti Australia dan Amerika Syarikat (AS), menjadikan sukan industri penting yang menyaksikan penyertaan setiap peringkat seperti penaja, pengiklan dan syarikat yang bersaing sesama sendiri untuk menawarkan penajaan.

yahoo.com

“Mereka berbangga untuk bersaing sesama sendiri bagi menawarkan penajaan seperti NFL, untuk mendapatkan keuntungan dan perhatian seluruh negara. Sekarang Singapura menunjukkan peningkatan sebagaimana prestasinya di Sukan Komanwel dan ia menjadi perhatian sekarang,” katanya lagi.

informasi.my

Sim Berharap Agar Malaysia Akan Lebih Bijak Dalam Memilih Barisan Jurulatih Pasukan Serta Mencadangkan Ahli Politik Untuk Tidak Terlibat Dalam Pentadbiran Mana-Mana Sukan Sekalipun

“Kita mesti bijak dalam mendapatkan jurulatih sebagaimana Jepun yang berjaya merangkul Piala Thomas, mereka dilatih oleh jurulatih Malaysia,” cadang Sim.

themalaysianinsider.com

Izuan Ibrahim dari Kelantan merupakan jurulatih kepada Kento Momota pada tahun awal penglibatannya sebelum memasuki skuad senior. Kento memainkan peranan yang signifikan dalam membantu Jepun menjulang piala itu pada Mei tahun ini yang mengalahkan Malaysia dalam sukan terulung itu.

yahoo.com

Kento Momota dari Jepun dilatih oleh jurulatih dari Malaysia, Izuan Ibrahim.

Image via abnxcess.com

Sim juga mencadangkan ahli politik tidak dibenarkan mentadbir persatuan sukan kebangsaan. “Walaupun mereka memerlukan ahli politik untuk mendapatkan tajaan dan wang namun ahli politik tidak patut terlibat dalam mengendalikan persatuan,” kata beliau.

informasi.my

Wartawan Sukan Veteran, Tony Mariadass Melihat Pungutan Pingat Malaysia Berbanding Singapura Bukan Isu Besar Kerana Ia Perlu Dilihat Dari Sudut Perbandingan

Wartawan sukan veteran, Tony Mariadass.

Image via themalaymailonline.com

“Jika kita melihat daripada bilangan pingat, jelas Singapura lebih baik berbanding Malaysia. Namun banyak faktor yang harus dilihat seperti Singapura hanya memfokuskan sukan tertentu dan polisi mereka mengambil warga asing bagi mewakili republik itu."

themalaysianinsider.com

"Daripada segi fokus, Malaysia tidak meningkat apabila terus memfokuskan sukan elit dan ia berbalik kepada soal polisi. Jadi ia bergantung kepada apa yang mahu dicapai dan merangka dasar untuk mencapai matlamat itu,” jelas Tony Mariadass.

yahoo.com

Ketua Angkatan Muda Keadilan Perak, Zafril Mohd Eusoff Pula Berpendapat Bahawa Kini Masa Sudah Mendesak Bagi Malaysia Untuk Mengambil Bakat Asing Walaupun Ia Keputusan Tidak Popular

“Ini yang dilakukan Singapura dan negara lain,” kata Zafril.

informasi.my

Malaysia berjaya membawa pulang 4 pingat emas melalui sukan badminton.

Image via zimbio.com

Ahli sukan kanan Malaysia yang enggan dinamakan bersetuju dengan cadangan Zafril kerana apa yang kurang di Malaysia adalah pembangunan di peringkat akar umbi dan pengurusan sukan yang perlu diperbaiki.

themalaysianinsider.com

Beliau berkata, Malaysia tidak boleh dibandingkan dengan Singapura kerana negara itu banyak mempunyai bakat China di temasya berkenaan.

yahoo.com

Maklumat Lanjut Mengenai Pencapaian Malaysia Di Sukan Komanwel 2014 Di Glasgow Boleh Didapatkan DI SINI:

You may be interested in: