Malaysia Perkenal Biodiesel B100, Inovasi Minyak Kelapa Sawit Sebagai Alternatif Diesel
Bagi menguji keberkesanannya, satu ujian percubaan selama empat bulan menggunakan lori tangki berjaya dilaksanakan pada tahun 2024.
Cover image via FELDAFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Biodiesel sawit tulen (B100) dilihat mampu diangkat sebagai alternatif bagi diesel konvensional, dalam usaha mengurangkan tekanan kos bahan api di samping memperkukuh bekalan tenaga negara
Menerusi laporan Berita RTM, Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata pelaksanaan B100 kini masih di peringkat dasar dan akan mula digunakan dalam ekosistem FELDA terlebih dahulu.
"Saya sudah menyampaikan perkara ini kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof tetapi belum membincangkannya secara terperinci. Saya juga telah memberitahu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim namun tidak menghuraikan secara terperinci," katanya.
Katanya, harga B100 di peringkat kilang dianggarkan sekitar RM4.50 seliter, bergantung pada harga minyak sawit mentah. Dengan anggaran harga di bawah RM5.00 seliter, penggunaan B100 mampu mengurangkan kebergantungan negara terhadap diesel konvensional.

Langkah yang membuka peluang rangka strategi penstabilan harga bahan api domestik sekali gus memperkukuh keterjaminan tenaga negara
Beliau berkata FELDA dan FGV Holdings Bhd perlu memperluas pembangunan loji pemprosesan biodiesel B100 bagi meningkatkan kapasiti pengeluaran.
Pihaknya kini sedang merundingkan bentuk kerjasama strategik, sama ada melibatkan sektor swasta, sokongan kerajaan, mahupun pihak berkepentingan lain.
Sejak tahun 2025, projek rintis penggunaan B100 biodiesel telah dilaksanakan melibatkan kenderaan penumpang selama 15 bulan dengan jarak perjalanan melebihi 50,000 kilometer.
Sebelum itu, satu ujian percubaan selama empat bulan menggunakan lori tangki turut berjaya dilaksanakan pada tahun 2024 bagi menguji keberkesanan bahan api tersebut.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


