seismik

Manga Dari Jepun Ini Kisahkan Derita Mihrigul Tursun, Wanita Uighur Yang Diseksa Di China

Benar-benar menderita.

Cover image via

Tomomi Shimizu adalah seorang artis Jepun berusia 50 tahun

Baru-baru ini, manga terbitannya yang menceritakan kisah penderitaan Mihrigul Tursun, seorang wanita Uighur yang ditahan dan diseksa di China telah tular di media sosial.

Manga tersebut yang dimuat naik di laman web rasmi milik Shimizu telah dilihat lebih 3.3 juta kali, manakala tweet beliau pula menerima lebih 88.4k ulang kicau dan 88.3k tanda suka ketika artikel ini ditulis.

Image via Tomomi Shimizu

Impak yang dibawa oleh manga yang berjudul 'What Has Happened To Me' ini terlalu besar sehingga ia dipetik oleh penunjuk perasaan pro-demokrasi di jalan-jalan di Hong Kong dan mendapat maklum balas dari Amerika Syarikat ke Eropah, dari Rusia ke Taiwan.

Manga tersebut menceritakan kisah Mihrigul Tursun, 30, yang mendakwa salah seorang daripada tiga anaknya maut ketika dia ditahan di salah satu kem di Xinjiang antara tahun 2015 dan 2017

Walaupun Shimizu dan Tursun tidak pernah saling berhubung antara satu sama lain, artis Jepun itu terinspirasi selepas mendengar tentang penindasan etnik Uighur dan kemudian mendengar kisah penderitaan Tursun.

"Saya fikir, 'Apa yang saya boleh buat?' Saya mula melukis kartun sejak 20 tahun lalu, dan saya fikir, 'Saya boleh buat manga,' "kata Shimizu yang dipetik dari The Washington Post pada awal Disember.

Mihrigul Tursun bersama dua anaknya.

Image via CNN

Menurut Shimizu lagi, dia mahu orang awam mengetahui dan memikirkan tentang masalah yang dihadapi umat Islam Uighur di China kerana ia bukan tentang 'sesetengah orang miskin di negara yang jauh'.

"Saya mahu orang ramai melihat ini sebagai isu yang berkaitan dengan Jepun," kata Shimizu.

"Orang-orang Uighur ini juga hidup seperti biasa, sama seperti kita."

Image via Middle East Eye

China dilaporkan telah memenjarakan sekurang-kurangnya 1 juta masyarakat Uighur di kem pendidikan semula di rantau Xinjiang barat

Pengasingan massa ini dilihat oleh China sebagai perang terhadap ekstremisme, tetapi ia telah dikecam secara meluas sebagai percubaan untuk menghapuskan sama sekali etnik Uighur dan Islam, serta menggantikannya dengan pengabdian kepada Presiden Xi Jinping dan Parti Komunis.

Hasil karya Shimizu mengenai Mihrigul Tursun ini telah menarik perhatian jutaan orang bukan hanya di Jepun tetapi di seluruh dunia

Menyedari jangkauannya, Shimizu berkata bahawa dia ingin meningkatkan kesedaran orang awam terhadap tindakan yang dikenakan ke atas Uighur, salah satu etnik minoriti di China daripada 55 yang lain.

"Saya rasa saya harus menghasilkan karya tentang isu ini, dan saya cuba menceritkannya dalam bentuk yang ringkas dan mudah difahami."

"Menulis kisah tentang Uighur melalui manga adalah misi saya," kata artis Jepun itu.

Salah satu petikan dari manga tersebut.

Image via Tomomi Shimizu

Shimizu pertama kali mendengar tentang Uighur menerusi dokumentari TV, dan manga pertamanya mengenai isu ini telah diterbitkan pada Mei 2019 yang diberi judul, 'No One Will Say The Name Of That Country'

Image via Tomomi Shimizu

Manga ini memperincikan tentang penubuhan sebuah negeri berpengawal, kehilangan golongan muda, penahanan dan perpisahan keluarga apabila kem pengasingan ditubuhkan, penangkapan seorang wanita yang memanggil tanahnya "Turkestan Timur", istilah digunakan oleh pemisah Uighur yang merujuk kepada Xinjiang.

Setelah diterbitkan, manga ini mendapat perhatian masyarakat Uighur di Jepun, di mana Shimizu mendengar cerita tentang Tursun di sebuah acara yang dianjurkan oleh Amnesty International dan Meiji University.

Baca kisah Mihrigul Tursun yang ditulis oleh Shimizu di bawah:

Image via Tomomi Shimizu
Image via Tomomi Shimizu
Image via Tomomi Shimizu
Image via Tomomi Shimizu
Image via Tomomi Shimizu
Image via Tomomi Shimizu
Image via Tomomi Shimizu
Image via Tomomi Shimizu
Image via Tomomi Shimizu
Image via Tomomi Shimizu
Image via Tomomi Shimizu
Image via Tomomi Shimizu
Image via Tomomi Shimizu
Image via Tomomi Shimizu
Image via Tomomi Shimizu
Image via Tomomi Shimizu
Image via Tomomi Shimizu

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Mesut Ozil pun dah bersuara!

You may be interested in: