Ini Gambar Pelarian Rohingya, Sebelum dan Selepas Diselamatkan Oleh Acheh
Update terkini pelarian Rohingya yang menjadi mangsa perdagangan manusia.
Beberapa bulan dahulu, dunia jadi gempar seketika bila pelarian Rohingya menggadai nyawa menaiki bot demi untuk memohon perlindungan dari beberapa negara Asia
Ini keadaan pelarian Rohingya pada ketika itu:
Ribuan pendatang Rohingya melarikan diri daripada penganiayaan kaum di Myanmar dan ditinggalkan di lautan oleh penyeludup pemerdagangan manusia. Mereka cuba memohon bantuan dan perlindungan dari negara-negara kejiranan, termasuk Malaysia.
Namun atas faktor ekonomi dan faktor-faktor lain, negara-negara ini terpaksa menolak dari memberi perlindungan kepada mereka.
Akhirnya Acheh menawarkan bantuan dan perlindungan kepada pelarian Rohingya ini
Dan syukurlah, ini update terkini keadaan orang Rohingya yang diselamatkan dari bot pelarian tidak lama dahulu
Nampaknya kini mereka kelihatan lebih sihat dan lebih gembira di bawah perlindungan kerajaan Acheh dan Indonesia.
Semua ini hasil usaha organisasi Aksi Cepat Tanggap (ACT) yang berpusat di Jakarta Selatan yang mendedikasikan diri mereka untuk membantu orang Rohingya dan mereka yang memerlukan
Ditubuhkan pada 21 April 2005, ACT bukan hanya membantu pelarian Rohingya malahan mereka juga telah menganjurkan program membantu rakyat Palestin, mangsa bencana alam, rakyat miskin dan banyak lagi program kemanusiaan yang lain.
Selain dari memastikan orang Rohingya kembali sihat, ACT juga turut memberi bantuan lain kepada mereka, seperti bantuan kediaman dan pendidikan
Kaum lelaki dewasa Rohingya diberikan latihan kendiri supaya mereka dapat hidup berdikari, seperti mengikuti latihan pertanian sistem hidrofonik
Pemeriksaan kesihatan juga kerap diberikan kepada kaum wanita Rohingya. Dengan kata lainnya, bantuan yang dihulurkan adalah sangat lengkap.
Terima kasih diucapkan kepada Aksi Cepat Tanggap (ACT) Indonesia. Syabas ya? Siapa yang ingin turut membantu kaum Rohingya, dialu-alukan untuk membuat sedemikian: