seismik

Orang Ramai Teruja, Mat Salleh Ini Guna 'Caption' Bahasa Melayu Sempoi Di Instagram

"Cuma seorang ‘mat salleh’ jalan-jalan di Malaysia." - Rhys William

Cover image via Instagram @si_rhys

Mungkin ia kedengaran biasa apabila 'Mat Salleh' atau pun warga asing boleh berbahasa Melayu formal. Namun, untuk berbahasa dalam Bahasa Melayu pasar, seperti percakapan seharian tentunya sesuatu yang agak luar biasa dan berlainan.

Baru-baru ini, satu akaun Instagram yang bernama Rhys William telah menjadi sangat popular dan viral kerana memuat naik semua gambarnya di Instagram dengan menggunakan Bahasa Melayu.

Image via AD/Twitter

Apa yang menarik perhatian orang ramai adalah caption yang digunakan pada setiap gambar adalah dalam Bahasa Melayu yang agak 'sempoi' atau 'pasar'. Salah satunya adalah "mohon jangan kecam".

First time guna instagram ni mohon jgn kecam haha

A photo posted by Rhys William (@si_rhys) on

Selain itu, caption seperti "jangan cakap aku poyo" dan penggunaan hashtag #ciaciacia yang kini sangat trending dalam masyarakat kita itu turut digunakannya. Sekali baca memang rasa geli hati, sebab kami sendiri tak sangka 'mat salleh' pun nak cuba pickupline Sepahtu yang popular itu.

Jangan cakap aku poyo #skytrexadventure #takgayat #skytrex #poyo

A photo posted by Rhys William (@si_rhys) on

Rhys William yang berasal dari United Kingdom ini dikatakan sedang cuba mempelajari Bahasa Melayu dan akaun Instagram miliknya itu pun baru saja dibuat selama seminggu

Malah yang paling best lagi, satu gambar makanan nasi campur telah dimuat naik olehnya dan dia diminta untuk memakan makanan tersebut dengan menggunakan tangan kanan.

Ni kira banyak ke? haha #makan #lunch #shahalam #nasicampur #tamak

A photo posted by Rhys William (@si_rhys) on

Nampaknya, masyarakat tempatan berasa begitu teruja dengan usaha 'mat salleh' yang ingin mempelajari Bahasa Melayu ini dan boleh dikatakan semua yang memberi komen pada gambarnya adalah merupakan warga Malaysia

Dalam masa yang sama, Rhys William turut memuat naik gambar-gambar serta video dia berbahasa Melayu di akaun Facebook miliknya

Maaf upload lewat sikit :) Saya buat video ni dekat kampung saya di UK untuk cakap Selamat Tahun Baru 2016

Posted by Rhys William on Friday, 1 January 2016

Kami ucapkan semoga Rhys William terus maju jaya. Anda memang awesome!

Image via giphy.com

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Menarik untuk dibaca:

You may be interested in: