@MaxisListens Balas Tweet Dengan Cara Paling ‘Win’ Sampai Pelanggan Tak Jadi Naik Angin

Apa kata kalau kita tambah 'fun' dalam perkhidmatan pelanggan. Kan lebih seronok.

Cover ImageCover image via SAYS

Lumrah bagi seorang pelanggan, pasti ada saja masalah yang kita hadapi yang perlu kita utarakan kepada pembekal perkhidmatan.

Dan lumrah juga bagi Khidmat Pelanggan sesebuah syarikat untuk membantu menyelesaikan masalah yang berbangkit.

Ok yang ni tak boleh dijadikan sebagai contoh. Harap semua orang bertenang ya.

Image via

Pada 24 September lalu, seorang pelanggan Maxis, Zahier Aiman Radzwan mengadu kepada @MaxisListens di Twitter mengenai masalah kuota data yang tiba-tiba "ditelan" dalam masa 14 minit sahaja selepas melanggan

Selepas tidak mendapat apa-apa respon dari @MaxisListens, Zahier Aiman menghantar tweet 'reply laaaa' 8 minit kemudian.

Akhirnya, Zahier mendapat reply yang tidak beliau sangkakan.

Seorang pekerja di Khidmat Pelanggan Maxis dengan singkatan nama **Firdaus** memberi respon yang agak *cool* dalam loghat utara. Firdaus menerangkan kepada Zahier agar bersabar kerana mereka perlu respon kepada puluhan tweet yang masuk sebelum itu dahulu.

Zahier yang pada mulanya rasa nak marah terus tak jadi marah dek kerana menerima respon sebegitu.

Firdaus bagaimanapun memberitahu bahawa pihak mereka tidak menerima Zahier punya tweet yang mula-mula tadi.

Meksislisten pun boleh! Haha

Image via Twitter @zahieraiman

Firdaus kemudian mengarahkan Zahier untuk mengutarakan masalahnya sekali lagi didahulukan dengan *tweethandle* **@MaxisListens** pada permulaan tweet.

Bila dilihat semula, Zahier meletakkan *tweethandle* @MaxisListens pada bahagian akhir tweet pada mulanya. Mungkin inilah sebabnya Firdaus tidak menerima sebarang aduan masalah dari Zahier.

Sebagai seorang pelanggan yang mengikut arahan, Zahier pun menghantar aduannya sekali lagi kepada @MaxisListens

Kali ni, Zahier letak @MaxisListens di depan.

Image via Twitter @zahieraiman

Kemudian, barulah Firdaus dapat memberi jawapan kepada permasalahan tersebut. Zahier berterima kasih dan pada masa yang sama berniat untuk buang phone yang dipakai. Respon yang diberi Firdaus selepas itu juga agak lucu.

Jenaka mereka berdua diakhiri dengan ucapan Selamat Hari Raya, malah Firdaus juga sempat memberi nasihat kesihatan berkenaan makan daging yang berlebihan. Lol

Penduduk Twitterjaya yang sempat menyaksikan celoteh Zahier dan Firdaus masing-masing memberi pujian kepada Firdaus yang sangat sempoi dalam menangani masalah pelanggan

Tapi bukan itu saja. Hasil tinjauan kami mendapati, Firdaus ni memang suka reply dengan cara santai dalam loghat utara. Screenshot di bawah ni kami ambil dari satu tweet pada 23 September.

Pasaipa?

Image via Twitter @mushromew

Apa-apa pun, servis sebegini memang patut diberi pujian. Tak salah jika khidmat pelanggan sekali-sekala memberikan servis dengan sentuhan yang segar tetapi masih mampu menyelesaikan masalah. Mungkin itulah apa yang Firdaus fikirkan.

Image via

Buat Firdaus, hang buat kerja elok-elok naa! #Kipidap #Dongibab

Image via

Dalam pada itu, kita masih tak tahu siapa Diana…

Read more trending stories on SAYS