seismik

MCA Taiping Mohon Ampun Isu Typo 'Pertabalan' Sebagai 'Perbatalan' Pada Kain Rentang

Banner itu telah dinaikkan selama seminggu.

Cover image via SAYS

MCA Taiping memohon maaf atas kesilapan ejaan pada banner yang dinaikkan sempena pertabalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di pejabatnya, semalam

Perkataan 'Pertabalan' yang sepatutnya digunakan pada banner tersebut telah ditukarkan kepada perkataan 'perbatalan' sekaligus menjadikan gambar banner tersebut viral di laman sosial.

Menurut, Ketua MCA Bahagian Taiping Ang Sui Eng, pihaknya mengakui berlaku kesilapan tersebut dan mereka tellah mengambil keputusan untuk menurunkannya serta menggantikan dengan kain rentang baru.

Image via mimls.org

Bagaimanapun, lebih memeranjatkan, banner itu telah tergantung selama seminggu tetapi tiada siapa yang perasan akan kesalahan ejaan tersebut sehinggalah semalam

"Kain rentang itu sudah dipasang selama seminggu sebagai tanda ketaatan kami kepada Yang di-Pertuan Agong, malangnya kesilapan ejaan berlaku dan kami tidak menyedarinya sebelum memasang.

"Kesilapan itu hanya disedari 9 pagi hari ini (semalam) dan kami terus menghubungi pihak yang membuat kain rentang itu untuk menurunkan dan menggantikan dengan yang baru serta tiada kesilapan," katanya.

hmetro.com.my
Image via SAYS

"Kita perlu memohon maaf kepada Seri Paduka Baginda atas kesilapan kami yang terlepas pandang. Kami setia kepada Seri Paduka Baginda dan negara," sambungnya lagi.

Menurutnya lagi, pihaknya tiada niat melakukan perkara itu dan sepatutnya individu atau pihak yang menyedari perkara itu perlu memaklumkan kepada mereka lebih awal

"Sepatutnya individu atau pihak yang menyedari perkara itu lebih awal memaklumkan kami dan bukannya menularkan di media sosial.

"Kami pasang kain rentang itu semata-mata ingin meraikan pertabalan Yang di-Pertuan Agong yang menjadi pemimpin kepada semua rakyat Malaysia," katanya.

hmetro.com.my

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Sebelum ini:

You may be interested in: