seismik

Huawei MediaPad M5, 'Gaming Tablet' Berkuasa Terbaru Pada Harga Mampu Milik

Khas untuk kaki game.

Cover image via phonearena.com

Syarikat Huawei yang terkenal sebagai gergasi pengeluar telefon pintar baru sahaja melancarkan tablet terbaru yang diberi nama MediaPad M5

Nak tahu apa yang best tentang MediaPad M5 ini, jom baca tulisan Hairi Ariff daripada Vocket di bawah:

Image via MyNextTablet

Sejak hujung 2017, industri game pada peranti mudah alih semakin mendapat tempat di hati pengguna seluruh dunia. Bermula dengan game seperti Mobile Legends, PUBG, dan Rules of Survivor, permainan-permainan ini juga turut dipertandingkan di peringkat yang lebih tinggi.

Terbaru, dalam usaha untuk meluaskan lagi jaringan industri gaming mudah alih, Huawei telah memperkenalkan tablet gaming mereka melalui model MediaPad M5. Secara asanya, Huawei MediaPad merupakan sebuah tablet yang mempunyai kuasa pemprosesan tinggi yang membolehkan anda bermain dengan lebih puas melalui skrin yang lebih lebar dan besar.

Skrin dan Rekaan

Image via WinFuture.de

Terdapat dua model yang dilancarkan Huawei iaitu MediaPad M5 dan MediaPad M5 Pro. Dari segi rekaan Huawei MediaPad M5 berjaya membawakan rekaan yang moden dan slim bagi membolehkan pengguna memegang dengan selesa. Huawei MediaPad M5 dilengkapi dengan skrin 8.4-inci manakala MediaPad M5 Pro hadir dengan saiz skrin yang lebih besar iaitu 10.8-inci.

Menariknya, kedua-duanya dilengkapi dengan speaker berteknologi daripada Harmon Kardon yang membolehkan pengguna mendapatkan pengalaman bermain game secara 3D dan stereo. Best bukan?

Spesifikasi

Image via SlashGear

Dari segi spesifikasi, kedua-dua model dilengkapkan dengan processor Kirin 960 beserta 4 GB RAM. Dari segi kamera, MediaPad M5 dan MediaPad M5 Pro dilengkapi dengan kamera 13-megapixel.

Perbezaan MediaPad M5 dan MediaPad M5 Pro

Image via Expert Reviews

Apa yang membezakan model biasa dan Pro adalah MediaPad M5 Pro dilengkapi dengan M-Pen di mana pengguna berpeluang menggunakan stylus untuk melakukan kerja harian dengan mudah. Selain itu, perbezaan skrin dapat dilihat di mana model Pro ditawarkan pada saiz 10.8-inci berbanding 8.4-inci pada model MediaPad M5.

Bateri yang dilengkapkan pada MediaPad M5 adalah 5,100 mAh manakala MediaPad M5 Pro disertakan dengan bateri berkapasiti 7,500 mAh. Masing-masing turut dilengkapkan dengan teknologi Huawei Quick Charge membolehkan tablet ini dicas dengan penuh pada kadar di bawah 2 jam.

Harga

Image via Tech Mag

Menyoal dari segi harga, Huawei MediaPad M5 bakal mula ditawarkan pada harga RM1,499 bermula 13 Julai manakala model MediaPad M5 Pro pula akan ditawarkan pada harga RM1,899 dan bakal ditawarkan seawal 25 Julai ini.

Buat kaki game di luar sana yang mahukan kepuasan dalam setiap game yang dimainkan, Huawei MediaPad M5 mungkin pilihan yang berbaloi. Penawaran speaker yang mantap beserta paparan yang besar dan jelas pastinya merancakkan lagi permainan anda seakan pemain profesional.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Leave a comment