seismik

Menurut Laman Sosial, Virus Ebola Telah Menular Ke Negara Malaysia. Betul Atau Salah?

Mudah sangat bagi sesebuah berita untuk tersebar di laman sosial, tanpa orang mengetahui kesahihan mengenainya.

Cover image via SAYS.com

Semalam (12 Ogos 2014), Pihak Says Ada Menerima Sebuah Mesej Melalui Aplikasi Whatsapp Memberitahu Bahawa Virus Ebola Yang Berbahaya Kini Telah Menular Ke Dalam Negara Kita

Image via SAYS.com

Mesej Tersebut Turut Disertakan Bersama Dua Keping Gambar Di Bawah:

Gambar seorang kanak-kanak yang didakwa terkena jangkitan virus Ebola di Kuala Lumpur.

Image via SAYS.com

Gambar seorang kanak-kanak yang didakwa terkena jangkitan virus Ebola di Kuala Lumpur.

Image via SAYS.com

Kanak-Kanak Dalam Gambar Tersebut Didakwa Telah Berjangkit Dengan Wabak Penyakit Ebola Yang Kini Sedang Tersebar Di Beberapa Negara Di Afrika Barat. BACA SINI Dan Ketahui Lebih Lanjut Mengenai Virus Ebola.

Kami Percaya Mesej Tersebut Kini Sudah Tersebar Luas Di Laman Sosial Dan Telah Dibaca Oleh Berjuta Rakyat Malaysia. Persoalannya, Adakah Dakwaan Itu Benar?

Jawapannya TIDAK! Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah Berkata Khabar Angin Berkenaan Adalah Palsu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Image via about.me

Laporan kononnya terdapat satu kes jangkitan Ebola di negara ini yang tersebar dalam laman sosial termasuk Facebook adalah tidak benar dan hanya khabar-khabar angin, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

sinarharian.com.my

Katanya, sehingga kini tiada sebarang kes kuarantin bagi penyakit itu dilakukan.

astroawani.com

"Risiko Penularan Ebola Ke Malaysia Amat Rendah. Jangan Sebar Berita Palsu," Katanya Menerusi Akaun Twitter.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas penyebaran mesej serta gambar seorang kanak-kanak yang dikatakan mengalami gelembung air pada bahagian kaki dipercayai akibat jangkitan awal Ebola.

harakahdaily.net

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Subramaniam Sebelum Ini Juga Berkata Tiada Laporan Mengenai Penularan Penyakit Virus Ebola (EVD) Di Negara Ini Dan Pemantauan Mengenainya Sedang Dijalankan

Beliau berkata Kementerian Kesihatan telah memperkukuhkan aktiviti kesiapsiagaan dan respons terutama di pintu masuk antarabangsa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi menghadapi penularan EVD.

astroawani.com

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Subramaniam.

Image via themalaysiantimes.com.my

“Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Kebangsaan (NCPRC) sedang memantau perkembangan status kejadian EVD di Afrika barat dan menyelaras kesiapsiagaan dan respons kementerian bagi menghadapi penularan penyakit itu,” kata Subramaniam.

therakyatpost.com

Selain itu, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) mempunyai makmal yang berkeupayaan untuk mengesan virus Ebola sementara hospital kerajaan di seluruh negara mempunyai kemudahan untuk merawat penyakit tersebut.

astroawani.com

Sebelum Ini Juga, Terdapat Sebuah Laporan Palsu Mengenai Penemuan Seekor Naga Putih Di Dua Lokasi Yang Berlainan Di Malaysia, KLIK SINI:

You may be interested in: