seismik

[MESTI BACA] Antara Melati, DAP Dan Pendirian Disebalik Purdah

Zaman sekarang, sudah tidak relevan lagi untuk mempunyai anggapan stereotaip terhadap gadis berpurdah. Hakikatnya, mereka semua tidak sama.

Cover image via Facebook Melati Rahim

Perkenalkan, Jamila Rahim Atau Lebih Dikenali Dengan Nama Samaran 'Melati Rahim'

Siapakah Melati Rahim? Beliau Merupakan Seorang Graduan Dari UNISEL Dalam Jurusan Diploma TEASL Berumur 22 Tahun Dan Juga Penulis Novel "Pelacur Kelas Pertama".

Image via blogspot.com

Biasanya, Anggapan Stereotaip Orang Ramai Pada Gadis Berpurdah Semestinya Penyokong Kuat Agama Islam. Oleh Itu, Gadis Seperti Melati Pasti Akan Dikaitkan Dengan Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Namun Begitu, Berlainan Pula Bagi Melati. Beliau Sebenarnya Telah Menyertai Democratic Action Party Atau Lebih Dikenali Sebagai DAP.

Image via imgur.com

Melati Nampaknya Mengikut Jejak Langkah Dua Gadis Melayu Sebelum Ini Yang Juga Membuat Keputusan Untuk Menyertai DAP Iaitu Dyana Sofya Dan Juga Syefura Othman

Selepas peguam Melayu muda Dyana Sofya Mohd Daud dan anak gadis Melayu bertudung, Syefura Othman (Rara) menyertai parti DAP, kini Jamila Rahim atau lebih dikenali dengan panggilan Melati Rahim, 22, merupakan anak gadis Melayu terbaru menyertai parti yang terkenal dengan jolokan parti ‘chauvinist’ Cina tersebut.

freemalaysiatoday.com

Dyana Sofya.

Image via thestar.com.my

Syefura Othman.

Image via kinitv.com

Harus Diakui, Langkah Tersebut Jarang-Jarang Dilakukan Bagi Seorang Gadis Berpurdah. Tetapi Pasti Ada Sebab Disebalik Tindakan Ini. Apa Sebabnya?

Menurut Melati, Parti DAP Lebih Dekat Dengan Keadilan Serta Meletakkan Dasar Kemanusiaan Sebagai Tunjang Dan Teras Utama, Yang Juga Merupakan Salah Satu Asas Dalam Ajaran Agama Islam

“Jika diteliti secara kasar, perlembagaan DAP itu sendiri, humanisme atau dasar kemanusiaan diletakkan sebagai tunjang dan teras utama. Dalam Islam sendiri, kemanusiaan adalah asas dan keperluan sebagai seorang insan."

freemalaysiatoday.com

“Sejujurnya, DAP lebih dekat dengan keadilan seperti yang digagaskan oleh Islam. Islam merupakan prinsip utama saya dalam meneruskan kehidupan sebagai hamba Tuhan. Namun dalam menjalani kehidupan dan berhadapan dengan manusia pelbagai kaum, saya percaya dasar kemanusiaan sangat penting."

freemalaysiatoday.com

“Saya ingin tegaskan disini, Islam adalah pegangan saya dan saya bersaksi tiada Tuhan yang patut di sembah melainkan Allah, Nabi Muhammad S.A.W pesuruh Allah. Dalam hal ini saya fikir kita harus buka dan lihat dalam kerangka lebih besar tentang kepelbagaian penganut agama di Malaysia,” kata Melati.

freemalaysiatoday.com

Tambah Melati, Parti DAP Juga Bukanlah Parti Cina Yang Menentang Islam, Malah Memperjuangkan Keadilan Sosial Untuk Semua Golongan, Tidak Kira Agama, Bangsa Dan Keturunan

“Hadirnya wakil rakyat dari kaum Melayu dan India seperti Zairil Khir dan Ram Karpal menguatkan lagi bukti bahawa DAP bukanlah parti Cina yang anti Islam. Saya yakin dalam hal ini kita harus berlapang dada dan cuba melihat dengan mata hati."

freemalaysiatoday.com

“Rumi pernah berkata aku beriman dengan agama Cinta, dan Islam adalah agama yang penuh dengan nilai cinta namun dirosakkan oleh manusia yang menjadikan agama sebagai senjata untuk menindas manusia yang lemah."

freemalaysiatoday.com

“Politik Islam meletakkan keadilan sosial dan kemanusiaan sebagai teras dan saya melihat ciri-ciri ini wujud dalam DAP. Saya yakin sudah tiba masanya anak muda bersama-sama berjuang dalam DAP dan meruntuhkan segala dogma dan sifat rasisma yang sekian lama ditanam dalam benak rakyat Malaysia,” kata Melati lagi.

freemalaysiatoday.com

Barangkali Ada Pihak Yang Tidak Boleh Menerima Kenyataan Melati Itu. Seorang Penulis Online, "KuntaKinte Malaysia" Menganggap Lebih Mulia Menjadi Pelacur Daripada Menyertai DAP.

Penulis yang menamakan dirinya ‘KuntaKinte Malaysia’ itu membidas gadis tersebut yang dikenali sebagai Melati kerana mendakwa keputusannya menjadi ahli DAP seolah-olah menjual diri dan agama hanya kerana terpengaruh dengan kemewahan yang ditawarkan.

themalaysianinsider.com
Image via imgur.com

Menulis di bawah tajuk “Melati, Lebih Baik Jadi Pelacur Dari Sertai DAP”, penulis itu berkata bagi seorang anak gadis Islam atau mana-mana anak muda Islam menyertai DAP, mereka sebenarnya mengukuhkan usaha DAP melemahkah kedudukan dan peranan Islam di negara ini.

themalaysianinsider.com

"Hakikatnya, Lebih Mulia Jadi Pelacur Yang Menjual Diri Untuk Sesuap Nasi, Dari Mereka Yang Bertudung Dan Berpurdah ‘Menjual Diri’ Kepada DAP Untuk Kesenangan Dunia Sehingga Melemahkan Islam," Kata Penulis Itu

“Pelacur yang menjual diri tidak akan menghakis kedudukan kebesaran Islam di negara ini, tapi mereka yang menyertai DAP sedang membantu menghancurkan kedudukan Islam di Malaysia."

themalaysianinsider.com

"Hakikatnya, lebih mulia jadi pelacur yang menjual diri untuk sesuap nasi, dari mereka yang bertudung dan berpurdah ‘menjual diri’ kepada DAP untuk kesenangan dunia sehingga melemahkan Islam,” katanya di laman sosial www.mykmu.net.

informasi.my

Selain Itu, Penulis Online Berkenaan Turut Mempersoalkan Integriti PAS Yang Dahulunya Merupakan Parti Yang Bersungguh-Sungguh Menolak Undi Bukan Islam

Image via imgur.com

“Luar biasanya, mereka yang dulunya menganggap undi bukan Islam sebagai wakil rakyat haram, hari ini menghalalkan kemasukan anak muda Islam ke dalam parti pimpinan bukan Islam yang terkenal dengan kerja-kerja melemahkan Islam di negara ini."

themalaysianinsider.com

“Kenyataan dan justifikasi yang cuba diwujudkan hanya mengesahkan teori sejak beribu tahun lalu bahawa harta benda adalah segala-galanya dalam dunia kemanusiaan ini," kata penulis online itu lagi.

informasi.my

Dalam Perkembangan Terbaru, Melati, Dyana Dan Syefura Serta Peguam DAP, Gobind Singh Telah Membuat Aduan Di SKMM Mengenai Artikel Berkenaan Dan Juga Artikel "DAP Dan Politik Onani" Yang Dikeluarkan Free Malaysia Today

Pada 3 Oktober 2014, Melati bersama dua ahli DAP yang lain, Dyana Sofya dan Syefura Othman serta peguam DAP, Gobind Singh telah membuat aduan di Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) mengenai dua artikel daripada portal media MYKMU yang berjudul "Melati lebih baik jadi pelacur dari sertai DAP" dan daripada Free Malaysia Today yang berjudul "DAP dan Politik Onani".

freemalaysiatoday.com

“Setiap kali ada penglibatan ahli DAP daripada perempuan, ada sahaja dakwaan yang tidak baik dilontarkan. Rara (Syefura Othman), Melati sudah kena dan ini semua jelas merupakan satu serangan berbentuk emosi. Bagaimana kita mahu lebih banyak wanita untuk terlibat dalam politik selepas ini? Kita sepatutnya bersikap lebih matang,” kata Dyana Sofya.

freemalaysiatoday.com

Sementara Itu, Melati Juga Menegaskan Penglibatannya Dalam DAP Langsung Tidak Menggadaikan Pegangan Agamanya Selama Ini. Tuduhan Yang Dilemparkan Ke Atas Dirinya Turut Memberi Kesan Kepada Ahli Keluarganya Yang Lain.

Image via imgur.com

Melati Rahim meluahkan rasa kecewanya selepas dituduh sebagai pelacur dan telah menggadai agama oleh sesetengah pihak dalam beberapa artikel yang disiarkan di dalam beberapa portal media.

freemalaysiatoday.com

Melati juga berkata bahawa artikel yang melabel dirinya sebagai pelacur tersebut bukan sahaja memalukan dirinya malah memberi impak yang sama terhadap ahli keluarganya.

freemalaysiatoday.com

“Saya hanya ingin masuk parti ini dan saya tidak pernah menukar agama saya. Saya masih Islam dan saya ingin tekankan perkara ini,” tegas Melati.

freemalaysiatoday.com

Anda Juga Mungkin Meminati:

You may be interested in: