seismik

[MESTI BACA] Antara Transgender, Islam Dan Undang-Undang Negara

Isu transgender yang berjaya mengetepikan hukuman Mahkamah Syariah Negeri Sembilan pada 7 November 2014 yang lalu telah menjadi perdebatan umum. Dapatkan liputan penuh tentang kes berkenaan hanya di SAYS.

Cover image via Astro Awani

Pada 7 November 2014, Negara Malaysia Digemparkan Dengan Keputusan Mahkamah Rayuan Yang Memutuskan Bahawa Lelaki Transgender Di Negara Ini Dibenarkan Untuk Berpakaian Wanita

Sekumpulan aktivis transgender meraikan keputusan Mahkamah Rayuan di Putrajaya pada 7 November 2014.

Image via asiaone.com

Lelaki transgender kini boleh berpakaian wanita berikutan keputusan Mahkamah Rayuan pada Jumaat, 7 November 2014.

astroawani.com

Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa Undang-Undang Syariah Negeri Sembilan yang memperuntukkan hukuman terhadap golongan lelaki Islam berpakaian wanita di tempat awam adalah melanggar Perlembagaan Persekutuan.

utusan.com.my

Keputusan Ini Dilakukan Selepas Rayuan Tiga Transgender Beragama Islam Yang Menyatakan Seksyen 66 Undang-Undang Syariah Mendiskriminasi Hak Mereka Untuk Bersuara, Bergerak Dan Hidup Tanpa Diganggu

Seksyen 66 undang-undang Syariah dikatakan mendiskriminasi golongan transgender.

Image via yimg.com

Muhammad Juzaili Mohd Khamis, Shukor Jani and Wan Fairol Wan Ismail yang pernah beberapa kali ditahan kerana melanggar enakmen negeri itu akhirnya memfailkan semakan kehakiman untuk mengisytiharkan Enakmen Syariah di Negeri Sembilan itu tidak berperlembagaan.

astroawani.com

“Kami melihat keputusan ini selepas deklarasi yang diminta daripada ketiga-tiga perayu ini selepas keputusan yang dilakukan oleh Mahkamah Tinggi. Pakaian adalah satu bentuk ekspresi seseorang, di mana pandangan kami dilindungi di bawah Artikel 10 (Kebebasan Bersuara),” kata Datuk Mohd. Hishamudin Mohd Yunus, ketua panel hakim Mahkamah Rayuan.

rakyatnews.my

Mengapakah Seksyen 66 Undang-Undang Syariah Itu Tidak Boleh Dipakai? Ia Disebabkan Kes Ini Berkaitan Dengan Keadaan Perubatan Yang Dikenali Sebagai 'Gender Identity Disorder (GID)', Bukan Homoseksual.

Hishamudin memberitahu enakmen syariah itu tidak boleh dipakai memandangkan perayu mengalami Gender Identity Disorder (GID) yang menyebabkan mereka berpakaian seperti wanita.

astroawani.com

Sebahagian pendukung golongan transgender berkumpul di Mahkamah Rayuan.

Image via asiaone.com

"Kes ini tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan homoseksual. Kes ini mengenai lelaki Islam dengan keadaan perubatan yang dikenali sebagai GID," katanya.

harakahdaily.net

Keputusan itu mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada bulan Oktober 2012 yang memutuskan mereka perlu mematuhi enakmen itu kerana mereka adalah golongan Muslim dan dilahirkan lelaki. Sebelum ini juga, adalah menjadi kesalahan bagi golongan lelaki yang beragama Islam untuk memakai dan berkelakuan seperti wanita.

astroawani.com

Berita Ini Ternyata Menggembirakan Golongan Transgender Di Malaysia. Ikuti Luahan Mereka Di Bawah:

Rahman Arzmi: “Dengan keputusan tersebut diharapkan tidak wujud lagi diskriminasi untuk golongan seperti kami, hak dan keselamatan kami terutamanya lebih terjamin. Keputusan ini juga diharapkan agar golongan transgender lebih berani menyuarakan pendapat."

astroawani.com

“Apabila melanjutkan pelajaran di luar negara, di mana persekitarannya tidak menghakimi cara dan pemakaian saya, ia membuat saya mula mengenali diri dan lebih yakin untuk mengikut naluri wanita itu. Balik ke Malaysia saya teruskan keyakinan dengan berpakaian wanita di tempat kerja pula dan bernasib baik majikan tiada masalah dengan cara saya.”

astroawani.com

Regina Ibrahim: “Setiap individu mempunyai cara tersendiri dalam mengekspresi identiti diri dan itu yang perlu dihormati. Ini dinamakan SOGIE iaitu ‘Sexual Orientation, Gender Identity and Expression’ yang mana tidak semua masyarakat kita memahaminya."

astroawani.com

“Golongan transgender selalu dianggap mental (gila) oleh masyarakat dan bertentangan dengan hukum Tuhan, namun saya percaya setiap dari kita punya cara sendiri untuk berhubung dengan Penciptanya."

astroawani.com

Rozz Ritzman: “Bila mengetahui golongan seperti kami dapat pergi ke tempat kerja dan berkerja tanpa gangguan adalah satu kelegaan."

astroawani.com

"Majoriti golongan transgender yang berada di negara ini bukan pelacur atau penjenayah. Mereka adalah orang biasa yang mempunyai kerjaya, dan keputusan ini adalah bagi melindungi hak-hak golongan transgender untuk meneruskan pekerjaan tanpa mengalami gangguan."

astroawani.com

Aktivis Transgender, Nisha Ayub Menganggap Keputusan Itu Sebagai Satu "Kemenangan" Buat Golongan Transgender Yang Telah Berjuang Selama Bertahun-Tahun Sebelum Ini

Nisha Ayub (kanan) bersama seorang transgender yang membuat rayuan.

Image via asiaone.com

"Saya gembira dan bersyukur dengan keputusan itu. Kami telah didiskriminasi untuk saban tahun dalam pendidikan, pekerjaan dan penjagaan kesihatan. Kami tidak diberi hak yang sama seperti golongan lain."

"Ini adalah permulaan baru buat kami. Ya, keputusan itu adalah kemenangan untuk kami tetapi kami perlu berusaha lagi untuk bergerak ke hadapan. Kami tidak meminta layanan istimewa, cuma kami minta untuk dilayan sebagai rakyat yang sama," kata Nisha Ayub yang telah berusaha untuk mendapatkan hak jantina sejak 2006.

Walau Bagaimanapun, Keputusan Mahkamah Rayuan Tersebut Mendapat Tentangan Hebat Dari Mufti Perak, Mufti Pahang Dan Mufti Negeri Sembilan. Mereka Menyifatkan Ia Seolah-Olah Melawan Hukum Allah.

Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria.

Image via themalaymailonline.com

Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria: “Hadis Nabi SAW mengatakan lelaki yang menyerupai perempuan dan perempuan yang menyerupai lelaki dilaknat oleh Allah SWT. Tindakan Mahkamah Rayuan itu boleh diibaratkan sebagai menghalalkan perkara yang haram dan akan menimbulkan kekeliruan kepada umat Islam."

utusan.com.my

“Saya amat sedih, undang-undang diwujudkan bagi menjaga akhlak orang Islam untuk tidak melanggar hukum syarak yang ditetapkan agama malangnya sekarang seperti dihalalkan. Dengan keputusan yang dibuat, masyarakat khususnya orang Islam akan bebas melakukan dosa dan melanggar syarak Islam tanpa rasa takut. Jangan kita mengundang bala."

utusan.com.my

Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abd Rahman Osman.

Image via sinarharian.com.my

Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abd Rahman Osman: "Kalau lelaki menyerupai perempuan, kita halalkan, ertinya kita telah menghalalkan sesuatu yang telah diharamkan oleh Allah."

bernama.com

"Hukumnya orang yang bercakap begitu kalau dia sedar dia boleh syirik kepada Allah, dia boleh terkeluar daripada Islam kerana dia telah mengubah hukum Allah ertinya tidak memperakui peraturan Allah."

bernama.com

Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad berkata undang-undang di negeri ini digubal berasaskan agama Islam, al-Quran dan hadis.

Image via hmetro.com.my

Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad mempertahankan undang-undang yang digunakan Mahkamah Syariah Negeri yang disifatkannya berlandaskan al-Quran dan hadis.

blogspot.com

"Saya berdiri di atas Mahkamah Syariah Negeri. Undang-undang yang digubal menjunjung tinggi agama Islam melebihi segala-galanya. Jadi undang-undang di negeri ini digubal berasaskan agama Islam, al-Quran dan hadis. Saya tidak mahu mengulas lanjut tentang keputusan itu kerana tidak mahu menghina mahkamah."

blogspot.com

Pandangan Ketiga-Tiga Mufti Itu Turut Disokong Oleh Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Dan Pendakwah Bebas, Dr Fathul Bari

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin.

Image via bharian.com.my

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin: “Peruntukan Islam agama Persekutuan tersebut tidak harus ditafsir menurut kacamata penjajah yang mentafsirkan Islam hanya sebagai amalan upacara keagamaan semata-mata tetapi mesti ditafsirkan sebagai Islam cara hidup dengan segala perundangannya adalah rujukan tertinggi negara ini dan mana-mana undang-undang yang berlawanan adalah terbatal."

freemalaysiatoday.com

“Juga menimbulkan persoalan keabsahan dan kedaulatan undang-undang Syariah yang digubal di peringkat negeri dengan kuasa yang diperuntukkan oleh Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan."

freemalaysiatoday.com

Keterangan pendakwah bebas, Dr Fathul Bari boleh dirujuk dalam video di bawah:

Apakah Implikasi Daripada Keputusan Ini? Ia Jelas Menunjukkan Bahawa Keputusan Mahkamah Syariah Secara ‘Automatik’ Menjadi Tidak Sah Jika Bertentangan Dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Undang-undang syariah atau bidang kuasa agama Islam diletakkan di bawah kuasa Sultan atau negeri. Sempadan kuasanya tidak luas memandangkan ia masih tertakluk di bawah rangkuman undang-undang yang lebih tinggi iaitu mengikut Perlembagaan Persekutuan."

astroawani.com

Pengarah Bahagian Sokongan Keluarga (BSK), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Dr Mohd Naim Mokhtar.

Image via izuman18.blogspot

“Pada tahun 1988, suatu pindaan telah dibuat terhadap Perkara 121 untuk mengelakkan berlakunya pertindihan kuasa antara Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil dan bagi memastikan Mahkamah Sivil tidak boleh campur tangan dalam urusan Mahkamah Syariah. Walaupun pernah berlaku beberapa pindaan kecil, kematangannya masih jauh."

astroawani.com

“Ada beberapa kes, Mahkamah Syariah tidak mempunyai kata putus untuk menjatuhkan hukuman jika didapati tidak selari dengan perkara-perkara yang telah ditetapkan dalam ajaran Islam. Kita perlu bertanya, adakah perubahan dasar seterusnya boleh dibuat dan adakah Parlimen sedia memberi kuasa yang lebih tinggi kepada Mahkamah Syariah?” ujar Pengarah Bahagian Sokongan Keluarga (BSK), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Dr Mohd Naim Mokhtar.

astroawani.com

Selain Itu, Ia Juga Akan Menyumbang Kepada Kebimbangan Sekiranya Ada Pihak Tampil Dengan Pelbagai Jenis Laporan Perubatan Yang Bertujuan Untuk "Mengesahkan" Status Transgender Mereka

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Institut Antarabangsa Kajian Tinggi Islam (IAIS) Malaysia, Prof. Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil mengakui berasa bimbang dengan perkembangan perkara tersebut, pada masa akan datang ada pihak yang tampil dengan pelbagai jenis laporan perubatan yang bertujuan menyebelahi kepentingan mereka semata-mata.

astroawani.com

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Institut Antarabangsa Kajian Tinggi Islam (IAIS) Malaysia, Prof. Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil.

Image via themalaysiantimes.com.my

“Tidakkah kita terfikir jika suatu hari nanti, ada pihak yang akan menunjukkan sokongan dokumen dari doktor mengatakan mereka dilahirkan dengan masalah kecelaruan identiti hingga menjadikan mereka lesbian atau gay."

astroawani.com

“Kita khuatir ini bakal terjadi. Golongan ini meminta mahkamah mengiktiraf pula kewujudan mereka,” kata Mohamed Azam.

astroawani.com

Apakah Usaha Yang Akan Dilakukan? Kerajaan Kini Sedang Giat Menggerakkan Perancangan Menaikkan Taraf Hierarki , Fasiliti Serta Memantapkan Lagi Perkhidmatan Dan Kuasa Hukuman Mahkamah Syariah.

Kerajaan akan memantapkan lagi bidang kuasa mahkamah syariah bagi menangani perbicaraan pelbagai jenis jenayah.

Image via jksm.gov.my

“Sekarang ini, rangka penghakiman mahkamah syariah sudah mempunyai tiga peringkat dan ia akan ditambah sehingga menjadi lima peringkat hierarki. Lima peringkat itu ialah Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tengah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah, Mahkamah Rayuan Syariah dan Majlis Rayuan Syariah."

astroawani.com

"Selain penambahan bilangan pegawai dan hakim, semua itu bakal disertai usaha pemantapan perkhidmatan dan juga peningkatan kuasa hukuman bagi menangani perbicaraan pelbagai jenis jenayah."

astroawani.com

"Pembikinan imej dan fungsi Mahkamah Syariah yang lebih baik pada masa akan datang tentunya akan melibatkan komitmen berterusan pihak jabatan kemajuan agama, kerajaan-kerajaan negeri, kementerian dan juga pemerintah tertinggi negeri," ujar Mohamed Azam lagi.

astroawani.com

Sementara Itu, JAKIM Dengan Kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) Juga Merangka Program Kepada Golongan Yang Mengalami Masalah Kecelaruan Gender Ini

"Saya sangat berharap tiga orang mereka yang dinamakan dalam prosiding kes yang dimaksudkan dapat menghubungi kami dan seterusnya secara sukarela menyertai program yang kita anjurkan ini."

agendadaily.com

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Othman Mustpha.

Image via metalsucks.net

"Kami tidak pernah mendesak mana-mana pihak untuk menyertai program yang kami tawarkan sebaliknya kami turun padang/promosi melalui facebook untuk mereka menyertai program yang kita anjurkan. Dari sinilah mereka menawarkan diri untuk menyertai program kami atas dasar kesedaran dan kerelaan mereka sendiri."

agendadaily.com

"Melalui program-program yang kita jalankan ini sebenarnya telah menampakkan kesan langsung dan tidak langsung kepada golongan sasaran seperti kesedaran tentang HIV, mengurangkan stigma dua hala pihak-pihak dan pengukuhan kerjaya/diri ke arah lebih baik. Apa yang lebih penting mereka telah meninggalkan aktiviti songsang malah turut membantu JAKIM untuk meneruskan aktiviti pemulihan kerohanian kepada rakan-rakan yang senasib dengan mereka," jelas Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Othman Mustpha.

agendadaily.com

Dalam Pada Itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin Dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom Menggesa Mahkamah Rayuan Untuk Menilai Semula Keputusan Tersebut

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Image via watan-online.com

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan menghormati keputusan tersebut, namun menurut beliau, hal itu perlu dinilai semula. Muhyiddin turut menambah, walaupun beliau bukan pakar dalam perkara tersebut, tindakan menilai semula itu penting memandangkan ia meninggalkan implikasi besar dalam masyarakat.

astroawani.com

“Ia adalah keputusan yang luar biasa walaupun telah diputuskan mahkamah. Saya telah membaca kenyataan daripada para mufti dan persatuan yang mewakili para peguam Muslim yang juga terkejut dengan keputusan berkenaan."

astroawani.com

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Image via rtm.gov.my

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom juga berkata, langkah itu (rayuan) bagi menjaga kepentingan agama Islam, selain ia membabitkan kewibawaan Pihak Berkuasa Agama Negeri. Jamil Khir berkata, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan akan memohon untuk mencelah dalam prosiding ini dalam rayuan di Mahkamah Persekutuan kelak.

bharian.com.my

"Ia juga untuk menunjukkan ketegasan pihak berkuasa agama Islam negeri dalam membendung aktiviti yang cenderung kepada amalan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dalam kalangan masyarakat Islam."

bharian.com.my

Dalam Perkembangan Terbaru, Kerajaan Negeri Sembilan Akan Memfailkan Rayuan Di Mahkamah Persekutuan Secepat Mungkin Berhubung Keputusan Berkenaan

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata kerajaan negeri menghormati keputusan Mahkamah Rayuan namun berpendapat kes ini perlu didengar semula oleh Mahkamah Persekutuan kerana Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) itu perlu dilihat dari segi aspek agama, bukannya aspek-aspek yang lain.

informasi.my

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Image via themalaysiantimes.com.my

“Jadi, kita akan tekankan di situ bahawa ini adalah hukum yang terbitnya dari sumber agama. Jadi, saya akan failkan secepat mungkin dan saya akan membawa juga Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) sebagai pencelah."

informasi.my

"Saya harap semua majlis agama Islam di negeri-negeri yang lain akan bersama-sama untuk mencelah dalam rayuan kita. Kita akan dapatkan peguam yang bagus untuk memfailkan rayuan,” kata Mohamad.

informasi.my

Golongan Transgender Di Malaysia Sememangnya Menghadapi Masa Yang Sukar Untuk Menjalani Kehidupan Seperti Manusia Normal Lain. BACA SINI:

You may be interested in: