[MESTI BACA] Benarkah Kerajaan Arab Saudi Nak Pindahkan Makam Nabi Muhammad?
Fakta atau auta?
Pada 1 September 2014, Portal Berita Dari Britain, The Independent Melaporkan Satu Berita Kontroversi Mengenai Rancangan Kerajaan Arab Saudi Untuk Memindahkan Makam Nabi Muhammad Dari Masjid Nabawi
Arab Saudi dilaporkan sedang merancang untuk memindahkan makam Nabi Muhammad SAW dari Masjid Nabawi, satu tindakan yang menimbulkan kontroversi di kalangan umat Islam.
utusan.com.myMenurut Portal Berita Tersebut, Pelan Pemindahan Ini Telah Dikemukakan Oleh Seorang Ulama Arab Saudi Yang Mencadangkan Supaya Lokasi Baru Makam Nabi Muhammad Tidak Didedahkan Mahupun Ditandakan
Portal berita The Independent itu melaporkan seorang ulama Arab Saudi mencadangkan supaya pusara Rasulullah itu dialihkan ke tanah perkuburan al-Baqi yang terletak bersebelahan Masjid Nabawi.
mstar.com.myLokasi baharu makam Nabi Muhammad SAW tidak akan didedahkan dan tidak akan ditandakan.
utusan.com.myPemindahan Ini Bertujuan Untuk Menghalang Orang Ramai Menjadikan Makam Nabi Muhammad Sebagai Tempat Pemujaan Yang Kini Semakin Menimbulkan Kebimbangan Dikalangan Ulama Serta Umat Islam Sejagat
Perkara ini ditimbulkan selepas ada beberapa ulama lain yang menyuarakan kebimbangan makam Rasulullah itu semakin menjadi tempat pemujaan.
mstar.com.myAkhbar itu memetik Pengarah Yayasan Kajian Warisan Islam, Dr Irfan Al-Alawi sebagai berkata: “Mereka mahu menghalang orang Islam mengunjungi makam berkenaan kerana menganggap perbuatan itu syirik."
hmetro.com.my“Satu-satunya cara yang boleh mereka lakukan untuk menyekat orang ramai mengunjungi makam itu ialah memindahkannya ke tanah perkuburan dan tanpa tanda,” kata Irfan.
hmetro.com.myDalam Pada Itu, Dokumen Setebal 61 Muka Surat Dilapor Telah Diedarkan Dalam Kalangan Penyelia Tapak Makam Berkenaan. Namun Begitu, Setakat Ini Masih Belum Ada Keputusan Rasmi Dibuat Oleh Mana-Mana Pihak.
Menurut portal berita itu lagi, dokumen setebal 61 muka surat telah diedarkan dalam kalangan penyelia tapak makam berkenaan, yang mencadangkan bahawa jasad Nabi Muhammad SAW dipindahkan ke tanah perkuburan al-Baqi yang terletak berhampiran Masjid Nabawi.
utusan.com.myBagaimanapun, setakat ini, tidak dapat dipastikan sama ada Raja Abdullah atau jawatankuasa yang bertanggungjawab terhadap Masjid Nabawi, bersetuju dengan cadangan berkenaan.
mstar.com.myPertubuhan Pendidikan Sains Dan Kebudayaan Islam (ISISCO) Berkata Berita Mengenai Rancangan Pemindahan Makam Nabi Muhammad Itu Adalah Suatu Pembohongan Yang Tidak Berasas
Dalam siaran akhbar, ISISCO yang berpangkalan di Rabat, Mahgribi, mengecam sekeras-kerasnya dakwaan tidak berasas dalam artikel ditulis oleh wartawan portal berita itu, Andrew Johnson.
bernama.comThe Independent juga mendakwa cadangan kontroversi itu terkandung dalam satu dokumen kajian yang disediakan oleh seorang tokoh akademik Arab Saudi.
therakyatpost.comISISCO Menganggap Tuduhan Palsu Itu Dibuat Semata-Mata Untuk Menjatuhkan Maruah Agama Islam Dan Memburukkan Lagi Keadaan Di Rantau Arab Saudi Di Mana Keganasan Antara Agama Berlaku
ISISCO berkata laporan tidak bertanggungjawab itu merupakan suatu pembohongan besar berpunca daripada rasa benci dan konspirasi terhadap umat Islam dan kerajaan Arab Saudi yang menjadi tuan rumah kepada tempat-tempat suci Islam.
harakahdaily.netTuduhan palsu itu juga bertujuan untuk mewujudkan kekeliruan dan kekacauan yang mampu mengancam keselamatan dan perpaduan serta memburukkan lagi keadaan di rantau ini di mana peperangan dan keganasan antara agama berlaku.
informasi.myPenafian Turut Dibuat Oleh Duta Besar Arab Saudi, Mustafa Bin Ibrahim Al Mubarak Dengan Menjelaskan Sumber Laporan Tersebut Bukan Sama Sekali Datang Dari Kenyataan Rasmi Pemerintahan Arab Saudi
Penafian berita dibuat oleh Duta Besar Arab Saudi ke Indonesia, Mustafa bin Ibrahim Al-Mubarok kepada Menteri Agama Indonesia, Lukman Hakim pada satu pertemuan di Kementerian Agama pada 4 September 2014.
utusan.com.my"Duta Besar (Arab Saudi) menjelaskan berita itu sumbernya berasal dari (media) The Independent dan ia bukannya kenyataan rasmi pemerintah Arab Saudi. Itu (laporan berkenaan) tidak benar sama sekali," kata Lukman.
utusan.com.myTambahan Pula, Kerajaan Arab Saudi Sangat Komited Dalam Melindungi Kesucian Makam Nabi Muhammad Dan Tidak Pernah Langsung Mencadangkan Agar Ia Dipindahkan Ke Tempat Lain
"Pemerintah Arab Saudi tidak mempunyai rancangan (untuk memindahkan makam Nabi Muhammad SAW) seperti yang dilaporkan."
utusan.com.my"Sebaliknya, kerajaan Arab Saudi mempunyai komitmen yang cukup besar untuk terus melindungi makam Rasulullah kekal di Masjid Nabawi," tambah Lukman.
utusan.com.myOleh Itu, Umat Islam Di Seluruh Dunia Digesa Agar Tidak Mudah Terpengaruh Terhadap Tuduhan Jahat Media Antarabangsa Yang Sengaja Mahu Memecah-Belahkan Kesatuan Islam
ISISCO menyeru umat Islam di seluruh dunia supaya tidak mempercayai tuduhan jahat itu dan berkata makam Rasulullah S.A.W akan kekal di tempat mulianya sehingga hari kiamat.
bernama.comDuta Besar Arab Saudi itu juga meminta umat Islam di seluruh dunia supaya tidak mudah terpengaruh dengan laporan berita yang tidak benar itu.
utusan.com.my