[MESTI BACA] Diary Of A Muhajirah: Kisah Wanita "Malaysia" Berkahwin Dengan Pejuang ISIS
Diary of A Muhajirah, Bird of Jannah.
Pada 18 September 2014, negara digemparkan dengan satu artikel yang dikeluarkan oleh BuzzFeed mengenai kisah hidup seorang wanita yang didakwa rakyat Malaysia berkahwin dengan pejuang ISIS di Syria
Mungkin ramai yang tertanya-tanya, "Benarkah dia seorang rakyat Malaysia?". Berdasarkan tweet di bawah, dia yang dikenali sebagai 'Shams' membuat pengakuan bahawa dia berasal dari Malaysia.
Tetapi, dalam kenyataan terbaru, dia menafikan perkara tersebut. Dia mendakwa dirinya tidak pernah membuat sebarang pengakuan rasmi mengenai negara kelahirannya.
Kisah Shams bermula apabila dia membuat keputusan untuk berhijrah ke Syria pada bulan Februari 2014. Sebagai seorang doktor, dia merasakan dirinya perlu berkhidmat untuk rakyat di sana.
Sebelum ke Syria, Shams tidak pernah terfikir langsung untuk berkahwin. Namun selepas dua bulan berhijrah, dia mula memikirkan soal perkahwinan kerana baginya, adalah lebih baik jika mempunyai seorang Mahram demi mengelak fitnah.
Shams kemudiannya bersetuju untuk melangsungkan perkahwinan dengan seorang pejuang ISIS dari Maghribi walaupun tidak pernah berjumpa. Perkahwinan mereka diatur oleh suami kepada rakan baiknya, yang juga seorang pejuang ISIS.
Adakah ibu bapa Shams merestui perkahwinannya itu? Ya, ibu bapanya merestui hubungan mereka dan memberi kebenaran untuk melangsungkan majlis perkahwinan tersebut.
Baru sahaja empat hari selepas berkahwin, Shams terpaksa menghadapi realiti berkahwin dengan seorang pejuang ISIS apabila suami kepada rakan baiknya terbunuh dalam peperangan
Shams kemudian pulang ke rumah lalu merayu kepada suaminya agar tidak meninggalkannya terlalu cepat kerana mereka baru sahaja mendirikan rumah tangga
Setelah hampir dua minggu usia perkahwinan, suaminya terpaksa meninggalkannya untuk berjuang dalam peperangan dengan berkata, "Jihad adalah isteri pertama saya, dan awak yang kedua. Saya harap awak faham."
Pada 18 Ogos 2014, Satu Status Yang Dimuat Naik Shams Di Facebook Menunjukkan Bahawa Dia Sedang Mengandung Anak Pertama
Semenjak hamil, Shams didapati melipat gandakan usahanya dalam menyebarkan "kebenaran" tentang ISIS, termasuk mempertahankan tindakan memenggal kepala wartawan dan membunuh orang-orang yang tidak bersalah
Piawaian Facebook tidak membenarkan kumpulan pengganas untuk menggunakan laman itu sebagai medium menyebarkan keganasan. Tetapi, meskipun akaunnya disekat beberapa kali, Shams tetap mahu meneruskan "dakwah"nya di laman sosial.
Sekarang ini, tinjauan SAYS mendapati Shams memilih untuk menyembunyikan akaun Twitter miliknya daripada disiarkan secara umum. Hanya 1,144 pengikutnya sahaja yang dibenarkan untuk baca apa yang ditulis.
Bagaimana pula dengan Facebook? Semasa cerita ini ditulis, akaun "Diary Of A Muhajirah" masih lagi ada dan Shams baru sahaja memuat naik satu status terbaru pada jam kira-kira 5 petang, 19 September 2014
Untuk makluman, Shams lebih banyak menggunakan laman Tumblr untuk mengemas kini perihal hidupnya. Segala perkongsian akan diluahkannya melalui laman berkenaan.
Persoalannya, siapakah Shams sebenarnya? Jawapannya, identiti Shams masih lagi belum terbongkar.