seismik

[MESTI BACA] Kelantan Selangkah Lebih Dekat Dalam Pelaksanaan Hudud Pada 2015

Sudah bersedia rakyat negeri Kelantan?

Cover image via malaysiakini.com

Tahun 2015 Merupakan Lembaran Baru Bagi Kerajaan PAS Kelantan Apabila Mengambil Keputusan Untuk Menguatkuasakan Hukum Hudud Dan Qisas Di Negeri Tersebut

Kerajaan Kelantan akan menyiapkan rang undang-undang persendirian untuk dibentangkan di Parlimen tidak lama lagi bagi membuka jalan ke arah pelaksanaan undang-undang jenayah Islam hudud dan qisas di negeri itu selewat-lewatnya pada tahun depan.

astroawani.com

Keputusan Ini Telah Diumumkan Secara Rasmi Oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob. Beliau Berkata Langkah Ini Menunjukkan Ketegasan Kerajaan Kelantan Dalam Pelaksanaan Perundangan Syariah.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Image via therakyatpost.com

"Kita baru sahaja mengadakan muzakarah penyediaan kaedah hukuman Kanun Jenayah Syar’iyyah yang turut dihadiri mufti seluruh negara, pakar perundangan dan pakar perubatan."

sinarharian.com.my

"Kerajaan Negeri Kelantan sedia memberi jaminan bahawa sekiranya tiada halangan dari Kerajaan Persekutuan untuk memberikan laluan kepada undang-undang persendirian ini dibentang dan diluluskan di Parlimen, Insha-Allah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 paling lewat akan berkuatkuasa di Kelantan pada tahun 2015," kata Datuk Ahmad Yakob.

astroawani.com

Beliau Juga Menambah Kerajaan Kelantan Merupakan Yang Pertama Di Dunia Untuk Mempunyai Kaedah Atau Undang-Undang Bertulis Mengenai Tatacara Hukum Hudud Secara Terperinci

Image via fotowarung.net

“Jika kita berjaya siapkan draf enakmen ini berpandukan kaedah hukuman tersebut, kerajaan negeri kita adalah kerajaan pertama, bukan setakat di Malaysia akan tetapi di dunia ini yang mempunyai kaedah atau undang-undang bertulis mengenai tatacara hukum had (hudud) secara terperinci," tambah beliau.

sinarharian.com.my

Terdapat Dua rang undang-undang yang akan dikemukakan ke Parlimen iaitu pertama, kebenaran kepada Kelantan untuk melaksanakan hudud dan qisas mengikut Artikel 76(A) Perlembagaan Persekutuan dan kedua, pindaan ke atas Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa) 1965 untuk bidang kuasa lebih luas kepada mahkamah syariah di Kelantan.

astroawani.com

Hasrat Kerajaan Kelantan Untuk Menjayakan Pelaksanaan Hudud Pada 2015 Dibuat Berdasarkan Enam Faktor Iaitu:

1. Menjelaskan kepada masyarakat hanya undang-undang Allah yang dapat menyelesaikan masalah jenayah.
2. Menyatakan kesungguhan Kerajaan Kelantan yang tidak putus asa dalam melaksanakan hukum Hudud.
3. Memberi kesedaran kepada minda dan fikiran umat Islam terhadap Kanun Jenayah Syar’iyyah ini sebagai hukum Allah dengan tujuan dapat membuka jalan bagi dilaksanakan suatu hari nanti.
4. Membuka jalan dan penerangan kepada masyarakat bukan Islam mengenai konsep hudud yang benar iaitu bersifat mendidik, bukan keganasan.
5. Memberi isyarat jelas kepada pihak yang masih tidak yakin dengan pelaksanaan hukuman tersebut supaya lebih positif.
6. Memberi semangat kepada pemimpin kerajaan dan rakyat membuat persediaan bersungguh-sungguh ke arah pelaksanaan itu.

Dalam Pada Itu, Meskipun Mendapat Tentangan Daripada Orang Bukan Islam, Kerajaan PAS Kelantan Akan Tetap Tegas Untuk Melaksanakan Hukum Hudud Di Negeri Itu

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud menegaskan, PAS tidak akan tunduk dengan sebarang desakan sebaliknya yakin undang-undang Islam itu akan dilaksanakan tahun depan.

anwaraidc.com

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud.

Image via Facebook Mohd. Nassuruddin Daud

“Orang bukan Islam tidak boleh tidak setuju sebab mereka tidak terlibat dalam undang-undang Islam ini. Misalnya hukum bersunat wajib kepada orang Islam, takkan bila kita hendak bersunat hendak minta kebenaran orang bukan Islam."

anwaraidc.com

“Jadi soal orang bukan Islam tidak setuju tidak perlu, sebab kita tidak perlu sokongan dia. Insya-Allah kita berdoa agar hudud akan dapat dilaksanakan tahun depan,” katanya.

anwaraidc.com

Kerajaan PAS Kelantan Juga Mendakwa Mereka Tidak Memerlukan Persetujuan Sekutu Mereka, DAP Dan Tidak Akan Sama Sekali Tunduk Kepada Sebarang Desakan

PAS tidak akan tunduk kepada desakan DAP.

Image via antarapos.com

Sementara itu Mohd. Nassuruddin turut menegaskan, PAS sama sekali tidak akan tunduk dengan sebarang desakan terutama daripada sekutu mereka, DAP untuk melaksanakan hukum hudud ini.

anwaraidc.com

“Kita tidak perlu persetujuan DAP. Insya-Allah tahun depan kita laksana. Sekarang kita sudah melalui dua kali mesyuarat. Ia berjalan dengan lancar. Kita doakan pada 2015 undang-undang Islam ini akan dapat direalisasikan,” katanya lagi.

anwaraidc.com

Adakah Pakatan Rakyat Akan Berpecah Selepas Hudud Dilaksanakan? BACA SINI:

You may be interested in: