seismik

[MESTI BACA] Mahathir Kata Pimpinan Najib Lebih Teruk Daripada Pak Lah. Mengapa?

Dasar kerajaan dikritik hebat melalui tulisan terbaru Tun Mahathir dalam blognya, www.chedet.cc.

Cover image via SAYS.com

Tun Dr Mahathir Mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Atas Pencapaiannya Yang Lebih Buruk Berbanding Perdana Menteri Sebelum Ini, Tun Abdullah Ahmad Badawi

"Saya tidak ada pilihan selain menarik balik sokongan saya," kata Tun Mahathir.

Image via kualalumpurpost.net

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau terpaksa menarik balik sokongan dan terpaksa mengkritik kerajaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana prestasinya lebih buruk daripada penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi.

themalaysianinsider.com

"Saya tidak ada pilihan selain menarik balik sokongan saya. Ini pun tidak berkesan. Oleh itu terpaksalah saya menegur," kata Dr Mahathir melalui tulisan di blognya, www.chedet.cc.

themalaysianinsider.com

Menurut Dr Mahathir, Banyak Dasar, Pendekatan Dan Perbuatan Kerajaan Sekarang Ini Tidak Berkesan Serta Hanya Merosakkan Lagi Hubungan Kaum, Ekonomi Dan Kewangan Negara

"Sesungguhnya banyaklah dasar, pendekatan dan perbuatan kerajaan pimpinan Najib yang merosakkan hubungan antara kaum, merosakkan ekonomi dan kewangan negara."

sinarharian.com.my

Tun Mahathir tidak sangka pencapaian Najib dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lebih buruk daripada Tun Abdullah.

Image via blogspot.com

“Pilihan saya bagi mengganti Tun Abdullah ialah Datuk Seri Najib. Setelah beberapa lama dilihat bahawa dasar dan tindakan Datuk Seri Najib tidak lebih berkesan dari Tun Abdullah."

therakyatpost.com

“Saya tidak sangka yang pencapaiannya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lebih buruk daripada Tun Abdullah,” kata Tun Mahathir.

therakyatpost.com

Tun Mahathir Tidak Boleh Menerima Dasar Kerajaan Yang Memansuhkan ISA, Sikap Kerajaan Yang Merendah Diri Kepada Negara Jiran Dan Isu Salah Guna Kuasa Yang Membantutkan Pembangunan Negara

"Ia bermula dengan pendirian melayani semua tuntutan musuh. ISA dan undang-undang buang daerah dimansuh. Tindakan ini tidak sedikit pun mengurangkan tentangan oleh parti lawan. Sebaliknya jenayah bertambah dengan banyaknya kerana pembebasan ketua-ketua geng."

chedet.cc

Kadar jenayah semakin meningkat selepas ISA dan undang-undang buang daerah dimansuh kerajaan.

Image via newmalaysianpost.com

"Demikian juga dengan sikap merendah diri kepada negara jiran sehingga urusan dalam negeri pun tertakluk kepada pendapat Kerajaan negara jiran. Tetapi pendapat kaum dan parti yang kuat menyokong untuk menyelamatkan kedudukan Kerajaan tidak diberi layanan yang saksama."

chedet.cc

Wang kerajaan banyak dibazirkan melalui kempen pilihan raya untuk mempengaruhi sokongan rakyat.

Image via themalaysianinsider.com

"Wang Kerajaan diguna untuk mempengaruhi sokongan rakyat apabila sahaja pilihanraya umum diadakan. Ini menjadikan rakyat terlalu bergantung kepada Kerajaan untuk segala-galanya."

chedet.cc

"Bagi yang betul-betul miskin, bantuan seperti ini memanglah wajar. Tetapi beribu rakyat yang ditawar menolak bantuan wang seperti ini. Semangat rakyat untuk bekerja menjadi luntur apabila mereka diberi ganjaran tanpa apa-apa usaha oleh mereka. Semangat ini tidak akan menolong pembangunan Negara," katanya lagi.

chedet.cc

Selain Itu, Beliau Juga Mengkritik Dasar Ekonomi Negara Masa Kini Yang Lebih Mengutamakan Barangan Impot Dan Tindakan Kerajaan Menaikkan Gaji Minimum Pekerja

“Dasar ekonomi mengutamakan tuntutan pengguna. Impot barangan digalakkan dan industri tempatan diabaikan, bahkan dihalang oleh dasar kerajaan."

therakyatpost.com

“Cuti ditambah sehingga adakalanya pekerja bercuti lebih satu minggu. Sebaliknya, gaji minimum dinaikkan tanpa mengambil kira kenaikan kos yang boleh menjadikan perniagaan dan perusahaan tidak berdaya saing dengan barangan impot,” ujar beliau.

therakyatpost.com

Tun Mahathir Turut Menyelar Sesetengah Pihak Yang Gagal Menegur Pemimpin Secara Terbuka. Beliau Merasakan Jika Pemimpin Gagal Ditegur, Mereka Akan Percaya Segala-Gala Yang Dilakukan Adalah Betul.

Tun Mahathir merasakan jika pemimpin gagal ditegur, mereka akan percaya segala-gala yang dilakukan adalah betul.

Image via home.net.my

"Saya lihat bagaimana orang Melayu tidak mudah menegur pemimpin. Walaupun pemimpin jelas bersalah, tidak ada siapa yang sanggup menegur secara terbuka. Tetapi di belakang pemimpin mereka akan keluarkan kata-kata yang kesat terhadapnya."

chedet.cc

"Saya menegur kerana saya berpendapat pemimpin yang tidak ditegur akan percaya segala-gala yang dilakukan oleh mereka baik-baik belaka. Hanya apabila ditegur sahaja barulah pemimpin akan sedar akan kesalahan dan mungkin akan memperbetulkannya."

chedet.cc

Namun Begitu, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor Berpendapat Teguran Berhubung Masalah Parti Dan Kepimpinan Perlu Dibincangkan Secara Dalaman, Bukan Secara Terbuka

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor meminta mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya tidak memberi teguran secara terbuka berhubung masalah parti dan kepimpinan.

malaysiakini.com

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor meminta mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya tidak memberi teguran secara terbuka berhubung masalah parti dan kepimpinan.

Image via blogspot.com

"Kita hormat apa jua cadangan yang diutarakan oleh Tun Mahathir. Hanya saya minta pada Tun, kalau boleh jangan terlalu terbuka. Kalau ada masalah pada parti dan pimpinan, datang berjumpa dengan presiden. Kalau presiden tiada, naib presiden ada, saya pun ada."

malaysiakini.com

“Yang penting berbincang secara dalaman dan jangan expose. Ini masalah parti,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur pada 19 Ogos 2014.

informasi.my

Pada Masa Yang Sama, Tengku Adnan Juga Berharap Agar Semua Pihak Menghormati Pandangan Tun Mahathir Tersebut Dan Tidak Melaga-Lagakan Antara Mahathir, Najib Dan UMNO

"Apa yang Najib lakukan ialah membawa pembaharuan. Kita sedar ada perkara yang kita lepas pandang pada waktu dulu dan kita nak betulkan keadaan. Mungkin dalam pada kita nak perbetulkan keadaan, ada orang terasa."

malaysiakini.com

Tengku Adnan meminta agar tiada pihak yang akan melaga-lagakan Mahathir, Najib dan UMNO.

Image via blogspot.com

"Saya rasa mungkin perlukan masa. Kita hormat apa Tun katakan pada kita dan akan lihat padanya. Yang penting anda semua jangan laga-laga kan antara Tun dengan Najib atau Tun dengan UMNO."

malaysiakini.com

“Saya percaya apa yang Tun buat ialah kerana dia sayang kepada negara ini. Janganlah laga-lagakan," katanya lagi.

malaysiakini.com

Sementara Itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi Merasakan Perdana Menteri Perlu Dihormati Bukan Sahaja Oleh Rakyat Bahkan Juga Termasuk Bekas Pemimpin Negara

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi menepis kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad dengan berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu dihormati bukan sahaja oleh rakyat bahkan juga termasuk bekas pemimpin di negara ini.

informasi.my

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi.

Image via kualalumpurpost.net

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai hak untuk menyuarakan pendapatnya kepada kerajaan tetapi mesti menghormati kepimpinan semasa.

mstar.com.my

"Seorang pemimpin yang dipilih oleh rakyat perlu dihormati oleh semua orang, termasuk Dr Mahathir. Ketika beliau masih menjadi Perdana Menteri, Dr Mahathir menuntut kesetiaan daripada semua orang. Saya yakin Datuk Seri Najib Tun Razak menuntut kesetiaan yang sama," kata Zahid Hamidi.

mstar.com.my

Dalam Pada Itu, Bila Ditanya Adakah Tegurannya Menuntut Datuk Seri Najib Untuk Meletak Jawatan, Tun Mahathir Berkata Teguran Tersebut Bukan Bersifat Peribadi Dan Bukan Bertujuan Memaksa Najib Melepaskan Jawatannya

Menurut Tun Mahathir, teguran beliau bukan bertujuan memaksa Najib untuk melepaskan jawatannya.

Image via staticflickr.com

"Tidak, saya tidak minta beliau letak jawatan, saya cuma tidak bersetuju dengan polisi beliau. Ini bukan isu peribadi. Apa yang dilakukan Najib tidak memanfaatkan negara. Ketegangan kaum dan agama meningkat, orang tidak hormat kepada Perlembagaan lagi. Beliau terlalu lembut dengan semua orang, kadangkala tidak respons, senyap. Ada masalah tapi tidak ambil tindakan."

themalaysianinsider.com

"Beliau tidak buat apa pun. Saya tegurlah. Pasal orang lain tak nak tegur. Beliau tidak buat dengan baik dalam pilihan raya lepas. Saya harapkan beliau buat lebih baik," tegas beliau.

themalaysianinsider.com

Tun Mahathir Turut Menambah Bahawa Beliau Terpaksa Berbuat Demikian Dan Berharap Agar Najib Akan Mengambil Iktibar Dari Prestasinya yang Buruk Pada Pilihan Raya Umum Ke-13

Tun Mahathir berharap agar Datuk Seri Najib akan mengambil iktibar dari prestasi buruknya dalam PRU13 tahun lalu.

Image via blogspot.com

Bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu berkata, beliau terpaksa berbuat demikian kerana Najib tidak mengambil iktibar daripada prestasi buruknya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

themalaysianinsider.com

“Harapan saya Datuk Seri Najib akan mengambil ikhtiar dari prestasinya yang buruk dalam pilihan raya umum ke-13. Malangnya sehingga kini tidak ternampak apa-apa perubahan dari segi dasar atau pendekatan walaupun saya cuba menyampaikan pendapat saya, (yang juga pendapat ramai yang datang bertemu saya) secara langsung kepada Datuk Seri Najib," katanya.

malaysiakini.com

Tindakan Tun Mahathir Menegur Najib Secara Terbuka Bukan Bermaksud Beliau Tidak Sayangkan Pemimpin. Tetapi, Beliau Lebih Sayangkan Bangsa Dan Negara Malaysia.

“Jikalau tiada siapa yang sanggup menegur, biarlah saya menegur. Saya pernah dipecat oleh Tunku Abdul Rahman, dipulau oleh Datuk Seri Abdullah dan difitnah oleh ramai. Jika kerana menegur saya akan didera, terpaksalah saya terima."

malaysiakini.com

“Bukanlah saya tidak sayang pemimpin. Tetapi saya lebih sayang bangsa dan negara saya,” katanya.

malaysiakini.com

Baru-Baru Ini, Tun Mahathir Dan Tony Fernandes Mengutarakan Pandangan Berbeza Berhubung Isu Pengambil Alihan MAS Oleh Khazanah Nasional.BACA SINI:

Tun Mahathir Turut Memberi Cadangan Kepada Kerajaan Untuk Menapis Internet

You may be interested in: