seismik

[MESTI BACA] Suara Baru Rakyat Malaysia Menerusi I Am #26 Dan #KamiJuga25

Selepas I Am #26, kini gerakan terbaru pula muncul dengan nama #KamiJuga25. Apa tujuannya?

Cover image via change.org

Kit Siang: Adakah Najib Dan Menteri Lain Pimpin Dengan Suara Keserderhanaan?

Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang.

Image via themalaymailonline.com

Putrajaya didesak menerima surat daripada 25 bekas penjawat tertinggi awam secara terbuka bagi menunjukkan komitmen membantah kegiatan pelampau, kata Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu membawa surat itu ke Kabinet untuk diterima secara terbuka bagi menghentikan ekstremisme dan mengadakan dialog rasional berhubung Islam.

"Persoalannya sama ada Najib akan memberikan kepimpinan suara kesederhanaan untuk menghentikan suara ekstremis. Adakah setiap menteri sederhana untuk mengambil pendirian," kata Lim dalam satu kenyataan.

themalaysianinsider.com

Beliau Juga Berkata, Sudah Tiba Masanya Najib Mengamalkan Politik Inklusif Positif Berbanding Negatif

Lim berkata, Najib menghadiri pelbagai forum sejak 4 tahun mempromosikan wasatiyah dan Yayasan Kesederhanaan Global dan meminta mereka menghentikan suara ekstremis.

"Tanpa mengira agama, kaum, jantina, umur, termasuk fahaman politik, perlu menjelaskan pendirian terhadap ekstremis yang merupakan musuh utama masyarakat berbilang kaum di Malaysia," katanya.

themalaysianinsider.com

Pada 18 Disember 2014, Satu Kumpulan Rakyat Malaysia Menulis Surat Terbuka Dengan Judul #KamiJuga25 Bagi Mengajak Dialog Rasional Diadakan Sekali Gus Melaksanakan Janji Untuk Meraikan Perpaduan Rakyat Melalui Kepelbagaian

Image via wordpress.com

Satu petisyen dipanggil #KamiJuga25 telah dimulakan oleh Azrul Mohd Khalid, dan ditandatangani 24 rakyat Malaysia lain daripada pelbagai kaum, agama dan latar belakang.

Surat yang dialamatkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu juga mendesak pemimpin negara bersama rakyat Malaysia melaksanakan janji wawasan untuk "inklusif dan meraikan perpaduan rakyatnya melalui kepelbagaian".

themalaysianinsider.com

Secara Amnya, Gerakan Ini Memperjuangkan Perpaduan Kaum Selain Membina, Mengukuh Dan Memajukan Masyarakat Malaysia Dengan Menjaga Kepentingan Dan Kehormatan Bersama

Image via SAYS.com

Petisyen Yang Diadakan Ini Mengetengahkan Tiga Perkara Penting Yang Perlu Diambil Berat:

1. Menolak tanggapan hanya orang Islam boleh bercakap mengenai perkara yang memberi kesan kepada orang Islam, dan bukan Islam harus berdiam diri.

2. Menolak tanggapan menjadi kritikal, bercakap bersama pembangkang atau menyokong pandangan yang bertentangan adalah anti-Malaysia, anti-Islam, anti-monarki dan anti-Melayu.

3. Menolak dakwaan Islam sedang diserang di Malaysia, dan kesederhanaan, kebebasan dan kemanusiaan bercanggah dengan Islam dan melemahkan kedudukannya sebagai agama persekutuan. change.org

Petisyen penuh boleh dibaca di sini.

Langkah Itu Merupakan Kesinambungan Kepada Petisyen I Am #26 Yang Dihasilkan Pada 7 Disember 2014 Bagi Membincangkan Tentang Kepincangan Kedudukan Dan Aplikasi Undang-Undang Syariah Di Malaysia

Image via SAYS.com

Petisyen I Am #26 Ini Mengusulkan Lima Perkara Utama Iaitu:

1. Menilai kembali Undang-undang Jenayah Syariah di Malaysia.

2. Meningkatkan kesedaran di kalangan ahli parlimen dan rakyat awam terhadap aspek perundangan dan had bidang kuasa institusi agama dan pentadbiran undang-undang Islam di Malaysia.

3. Memastikan hak rakyat membahaskan bagaimana agama Islam digunakan sebagai sumber undang-undang dan dasar awam di negara ini.

4. Mempertingkatkan kesedaran mengenai kepelbagaian yang wujud dalam pentafsiran teks dan ilmu fiqah.

5. Perdana Menteri menekankan kepimpinannya disamping melantik pemimpin-pemimpin yang berupaya menghidupkan budaya debat dan wacana yang terbuka dan koheren berhubung dengan pentadbiran undang-undang Islam di negara ini, ke arah memastikan keadilan. change.org

Petisyen penuh boleh dibaca di sini.

Individu Yang Memulakan Petisyen Tersebut, Lyana Khairuddin Memberitahu Beliau Ingin Melihat Malaysia Sebagai Sebuah Negara Maju Yang Mempunyai Proses Perundingan Yang Jelas

Lyana Khairuddin.

Image via themalaymailonline.com

"Sebab mengapa saya mulakan petisyen ini adalah jelas. Saya ingin mengetahui lebih lanjut mengenai undang-undang yang mengawal hidup saya," kata Lyana.

Menurut wanita berusia 31 tahun itu, rakyat Malaysia mengetahui tentang undang-undang negara hanya melalui media massa dan juga akhbar, dan tidak sebelum ia diluluskan.

"Pada saya, ini ialah satu penindasan. Mengapa kita tidak boleh mempunyai proses perundingan yang teratur? Sudah sampai masanya kerajaan mengadakan proses perundingan. Sebagai seorang rakyat Malaysia berbangsa Melayu dan beragama Islam, saya mahu melihat sebuah negara yang adil, progresif dan layak digelar sebagai negara maju. Dan saya yakin ada rakyat Malaysia lain di luar sana yang berfikiran seperti saya, yang hanya mahukan yang terbaik untuk negara." ujar Lyana.

Perbualan bersama Lyana Khairuddin ini telah diterjemah dari artikel asal yang diterbitkan oleh The Malay Mail Online di sini.

themalaymailonline.com

Surat Terbuka Itu Bagaimanapun Menerima Pelbagai Reaksi Berbeza. Sekumpulan 93 NGO Bersama 22 Aktivis Muda Muslim Menyatakan Sokongan Dengan Menyeru Orang Islam Agar Menyokong Prinsip Demokratik Dan Kesederhanaan.

Selepas 93 NGO menyatakan sokongan kepada 25 tokoh Melayu ternama, kini 22 aktivis muda Muslim pula tampil memberikan sokongan antaranya bintang muda DAP, Dyana Sofya, bekas calon PKR di Alor Setar, Eekmal Ahmad dan aktivis, Ahmad Fuad Rahmat.

Dalam kenyataan itu, mereka menyeru supaya orang Islam yang menyokong prinsip demokratik dan kesederhanaan supaya “memelihara maruah agama” daripada dicemari golongan yang mahu menjadikan hukum-hakam agama sebagai paksaan.

malaysiakini.com

Aktivis Muda Muslim Ini Menegaskan Dialog Terbuka Adalah Satu-Satunya Jalan Penyelesaian Masa Kini Bagi Mengelak Berlakunya Fitnah Terhadap Islam

"Kegagalan kita untuk bersuara hanya membuka ruang kepada golongan yang mentafsirkan agama secara sempit dan akhirnya akan membawa aib tidak tertanggung oleh semua penganut Islam. Tiada yang menguntungkan jika Islam dilihat sebagai agama pemaksa yang tidak peduli terhadap hak kaum dan penganut agama lain mahu pun terhadap perubahan zaman,” kata mereka.

Kumpulan 22 orang itu juga menegaskan bahawa Islam meraikan kepelbagaian pandangan dan jika pandangan agama dijadikan undang-undang, maka ruang berbeza pandangan akan hilang. Malah, kata mereka, penerapan undang-undang Islam secara melulu tanpa melalui proses perundingan akan memberi impak besar terhadap rakyat Malaysia tidak kira sama ada Muslim atau bukan Muslim.

malaysiakini.com

Namun Begitu, Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali Mengecam 25 Bekas Pegawai Tinggi Kerajaan Dan Pemimpin Berpengaruh Yang Menandatangani Surat Terbuka Membantah Ekstremisme Sebagai "Pengecut"

Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali.

Image via themalaysianinsider.com

"Mereka hanya menyerang Melayu. Mengapa mereka tidak berkata apa-apa ke atas golongan bukan Melayu dan lain-lain yang telah mengkritik Islam dan raja-raja Melayu? Pada 2015, kita akan dihantui oleh isu yang melibatkan mempertahankan Islam. Liberal Melayu kini telah menggantikan mereka yang ingin menghancurkan Islam."

"Ini bukan isu ekstremisme, ini adalah tentang Islam. Kita tidak boleh bermain-main dengannya. Anda boleh menjadi sederhana tetapi (sederhana anda) tidak boleh membatalkan undang-undang Tuhan. Saya tidak berasa apologetik dan inilah perang yang mereka mahu, kita akan berperang," kata Ibrahim.

malaysiandigest.com

Dalam Laporan Lain, Jumlah Kaum Melayu Yang Meninggalkan Negara Dilapor Semakin Meningkat, Walaupun Mendapat Pelbagai Keistimewaan. Apa Sudah Jadi?

You may be interested in: