seismik

Mikrofon Rafizi Ramli Dirampas Ketika Berucap Tentang GST Di UIAM. Salah Siapa?

Difahamkan, program yang dianjurkan ini telahpun mendapat kelulusan.

Cover image via SAYS.com

Satu insiden kecoh telah berlaku malam tadi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) apabila mikrofon Rafizi Ramli dirampas oleh pengawal sekuriti ketika beliau sedang memberi ucapan tentang GST

Rafizi Ramli dikerumuni para pelajar UIAM.

Image via malaysiakini.com

Suasana terus menjadi gamat dan difahamkan telah berlaku pergelutan kecil sejurus mikrofon beliau dirampas. Saksikan video pendek di bawah:

Untuk makluman, Rafizi Ramli dijemput hadir untuk memberi ucapan dalam forum 'GST: Between Economic Growth and Social Justice' bersama Lokman Adam yang dianjurkan oleh Students' Representative Council (SRC) IIUM


Image via twitter.com

Pada mulanya forum ini tidak mendapat persetujuan daripada pihak Rektor universiti. Tetapi SRC tetap teguh dengan pendirian mereka untuk meneruskannya. Baca status penuh dari Presiden SRC IIUM, saudara Hanif Mahpa:

FORUM 'GST: Between Economic Growth and Social Justice' AKAN DITERUSKAN!1. Pihak SRC IIUM menyatakan kekesalan atas...

Posted by Hanif Mahpa on Wednesday, May 13, 2015

Menerusi tweet Rafizi Ramli pula, kedatangan beliau tidak dialu-alukan malah beliau juga disekat, dihalang, dan tidak dibenarkan masuk ke dalam universiti. Bagaimanapun, para pelajar berjaya juga "menyeludup" masuk Rafizi selepas itu.



Namun begitu, selang beberapa minit berceramah tentang GST, insiden ini berlaku:


Beginilah kisah penuh insiden tersebut berdasarkan satu sumber dari Facebook:

Rafizi sampai agak lambat (faham2 la nak seludup bukan senang). Maka majlis dimulakan dulu oleh saudara Lokman menerangkan serba sedikit ttg GST. Entah betul entah tidak..selama 15minit.

Guard UIA kelihatan di setiap sudut namun tidak menimbulkan sebarang provokasi.

Kemudian Rafizi sampai disambut dgn sorakan semua students yang hadir. Beliau mengambil tempat ahli panel. Guard UIA kelihatan sedikit resah dgn kehadiran beliau. Kemudian akhirnya kelihatan seorang wakil security bercakap dgn wakil SRC di belakang. Suasana sedikit tegang.

Akhirnya seorang security datang ke saudara Lokman dan meminta memberhentikan ucapan. Suasana semakin tegang. Student2 telah mula bersorak meminta security jgn masuk campur.

Akhirnya setelah didesak, wakil security tersebut mengumumkan telah menerima arahan atasan, bahawa hanya PENCERAMAH KERAJAAN SAHAJA DIBENARKAN BERUCAP. Disambut dgn boo oleh semua yang hadir.

Lalu saudara Lokman (of kos la kerajaan) memberi cadangan bahawa kedua2 mereka tidak bercakap supaya adil.

Lalu saudara Rafizi mengambil mikrofon dan berkata.

"Hai.. Org kerajaan dh bercakap 15minit. Takkan saya tak boleh bercakap langsung."

Disambut sorakan org ramai.

Lalu pihak SRC meminta security membenarkan Rafizi berucap sebentar. Guard kelihatan amat resah dan seorang daripadanya merakam setiap butir percakapan rafizi.

Selang 8-9 minit berucap.. Kelihatan seorang security datang ke tengah dgn wajah garang, mendekati saudara Rafizi.

Dan !! Beliau merampas mikrofon dipegang Rafizi dgn kasar..lalu bermulalah rusuhan org ramai.. Bersorak membantah tindakan kebudak budakan security tersebut sebelum saudara Rafizi sempat berkata dgn lantang "mana adab di depan pelajar pelajar."

Kelihatan suasana amat tegang, diiringi boo dan sorakan dari hadirin yang hadir. Semua amat berang kerana majlis diganggu security UIA yang menerima arahan org atas yang bimbang periuk nasi mereka terjejas.

Kata security,

"Saya hanya menyampaikan dari top management kepada ketua saya untuk sampaikan, yang wakil kerajaan boleh berucap.. tetapi saudara Rafizi tidak boleh."

Student melaung beramai-ramai bertanya,

"ARAHAN SIAPA??"

"Ketua saya Superitendan Razali"

"SIAPA TOP MANAGEMENT?"

"Kamu sendiri tahu siapa top management.."

Itu sebelum tiba-tiba datang 3 orang security, seorang daripadanya memeluk rafizi dengan lengannya, kemudian merampas microfon dengan sangat kasar dan biadap di hadapan semua student.

Akhirnya setelah beberapa siri ala2 rusuhan, Presiden SRC berucap meminta semua bertenang dan bersurai namun berjanji akan tetap memperjuangkan kebebasan berakademik di UIA.

Apa komen orang ramai? Masing-masing menganggap perkara itu tidak sepatutnya berlaku dan amat memalukan, lebih-lebih lagi apabila program yang dijalankan ini telahpun mendapat kelulusan.




Persoalannya, adakah Rafizi tidak layak untuk memberi penerangan tentang GST sehingga mikrofon terpaksa dirampas? Nampaknya begitulah tanggapan Rafizi sendiri terhadap dirinya.



Rafizi juga tidak melepaskan peluang berterima kasih serta memuji semangat yang ditunjukkan para pelajar UIAM yang sanggup bersusah payah membawanya masuk, dan berani berdiri menegakkan kebenaran





Apa pula kata Lokman Adam? Menurutnya, kedua-dua ahli panel diberi tempoh masa berucap sama rata iaitu selama 10 minit. Tetapi Rafizi enggan menamatkan ucapannya walaupun setelah pengawal memintanya berhenti.

PENJELASAN ISU PERTENGKARAN DI DEBAT GST UIA Oleh Lokman Adam Pertama sekali saya hendak jelaskan bahawa saya menerima undangan untuk berdebat dengan YB Rafizi Ramli anjuran MPP UIA seminggu yang lalu. Malangnya dua hari yang lalu, pihak UIA telah memaklumkan kepada saya bahawa Debat tersebut dibatalkan kerana pihak Rektor UIA tidak meluluskannya. Walau bagaimanapun, petang tadi pihak MPP UIA memaklumkan ianya diteruskan juga dan Rafizi telah bersetuju untuk hadir. Atas nasihat Ketua Pengarah JASA, Datuk Dr Puad Zarkashi, demi menjaga nama baik dan maruah JASA, saya telah hadir. Selepas lebih kurang 10 minit berucap, pihak keselamatan UIA telah meminta saya berhenti cara baik dan saya berhenti berucap. Pihak Pengawal juga bersetuju membenarkan Rafizi berucap selama 10 minit untuk berlaku adil. Malangnya selepas 10 minit berucap bila pihak keselamatan meminta Rafizi berhenti beliau enggan dan mengakibatkan pihak keselamatan menghentikan program secara paksa. Rafizi telah bertindak balas dengan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pengawal keselamatan UIA. Majlis akhirnya dihentikanboleh pihak MPP UIA. PERTENGKARAN DIMEJA MAKAN Sikap biadap Rafizi diteruskan dimeja makan dengan menghalau Pengawal Keselamatan yang bertugas dari bilik makan yang disediakan. Semua pengawal keluar kecuali seorang yang memakai T-shirt Jingga. Apabila merasakan mulut Rafizi sudah terlalu lancang dan tidak menghormati pengawal tersebut, saya telah menegur Rafizi supaya menghentikannya. Saya kata, "kita dah buat salah meneruskan program yang tidak dibenarkan pihak Universiti, kenalah terima risikonya". Beliau yang berang dengan jawapan saya itu mula menjadikan saya sasarannya pula sehingga berlaku pertikaman lidah. Apa yang menyebabkan pergaduhan hampir tercetus tadi adalah apabila beliau mengatakan saya masuk UMNO sebaik sahaja lepas keluar ISA. Pada hakikatnya saya dibebaskan dari ISA pada tahun 2003. Manakala saya telah dipecat dari PKR adalah pada tahun 2004 kerana menegur penyelewengan dana di dalam PKR dan tindakan Wan Azizah bertemu George Soros tahun 2003 untuk mendapatkan dana pilihanraya 2004. Lebih menyakitkan hati ialah kerana fitnah itu keluar dari mulut Ra

A photo posted by Lokman Adam (@lokmanadam) on

Pihak SRC IIUM berasa kesal atas insiden berkenaan. Walau bagaimanapun, mereka akan tetap memperjuangkan kebebasan bersuara, kebebasan memberi dan mendengar pendapat, dan kebebasan akademik di UIAM di masa akan datang.

Presiden SRC IIUM, Hanif Mahpa tampil menenangkan keadaan.

Image via Facebook Danny Safiuddin

13 Mei 2015 akan menjadi suatu tarikh yang dilupakan sekiranya apa yang berlaku di Taman Ilmu dan Budi hanya dijadikan...

Posted by Hanif Mahpa on Wednesday, May 13, 2015

Dalam pada itu, Rafizi berkata Rektor UIAM, Datuk Seri Dr Zaleha Kamaruddin lebih baik letak jawatan dan sertai UMNO jika tidak tahu menghormati ilmu dan kebebasan berfikir

"Untuk menjadi sebuah universiti berprestij, UIAM perlu menghormati kebebasan pengetahuan dan pemikiran. Jika rektor UIAM tidak dapat memahami perkara asas ini, maka dia harus meletakkan jawatan sebagai rektor dan mengambil peranan yang baru dalam UMNO, lebih sesuai dengan kecenderungan beliau selama ini."

"Kecenderungan dari rektor UIAM ini memberi gambaran seolah-olah UIAM tidak meraikan pengetahuan yang dihasilkan dari perbezaan pendapat."

"Malah, keputusan rektor UIAM untuk hanya membenarkan wakil-wakil UMNO berucap mendedahkan bagaimana dia telah mempolitikkan kedudukannya untuk kepentingan UMNO. Tindakan ini bertentangan dengan hasrat kerajaan Barisan Nasional untuk meningkatkan dan menaik taraf institusi pengajian tinggi," tegas Rafizi.

themalaysianinsider.com

Apa pendapat anda?

Nak tahu apa lagi maksud "sebenar" GST? BACA SINI:

You may be interested in: