seismik

Segala Spekulasi Dan Cerita Disebalik 'Misteri' Terowong Stadium Larkin

Mungkin ramai yang tertanya-tanya termasuk mereka yang hadir ke Stadium Larkin apakah sebenarnya yang berlaku semasa perlawanan pusingan kedua Piala FA di antara pasukan JDT menentang T-Team pada malam 1 Februari 2014.

Cover image via googleusercontent.com

[TERKINI] JDT Didenda RM30,000 Kerana Mengancam Keselamatan T-Team

Stadium Larkin.

Image via budakbakong.blogspot.com

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufek Razak memberitahu, Johor DT dikenakan denda RM30,000 selepas didapati bersalah kerana gagal menyediakan kawalan keselamatan yang mencukupi pada aksi pusingan kedua Piala FA itu ketika menentang T-Team.

kosmo.com.my

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufek Razak.

Image via news.abnxcess.com

"Setelah panjang lebar hujah yang diberi oleh pihak JDT, pengadil, pegawai serta pegawai perlawanan, jawatankuasa berpuas hati bahawa perkara yang berlaku itu adalah berpunca daripada kelemahan keselamatan."

mstar.com.my

"Akibat daripada masalah kelemahan keselamatan, kekurangan selia yang baik jawatankuasa telah mendapati JDT terbabit dengan keadaan itu dan didenda RM30,000 dan diberi amaran agar peristiwa itu tidak berlaku lagi," kata Taufek.

mstar.com.my

Siasatan Kes Ini Telah Dihadapkan Kepada Jabatan Peguam Negara

Jabatan Peguam Negara, Putrajaya.

Image via www.agc.gov.my

"Kami akan menunggu tindakan lanjut pihak polis dan buat masa ini, kami tidak akan meneruskan kes ini."

kosmo.com.my

"Ini kerana kami gusar akan ada dua keputusan berbeza apabila kes itu dihadapkan ke mahkamah," jelas Taufek.

kosmo.com.my

Walau Bagaimanapun, Keputusan Ini Belum Muktamad Dan JDT Masih Boleh Membuat Rayuan

"Mereka didenda RM30,000 atas kesalahan tersebut dan berdasarkan Kod 56.1 Tatatertib FAM 2012, mereka dibenarkan membuat rayuan kerana hukuman minimum adalah RM20,000," tambah Taufek lagi.

kosmo.com.my

11 Feb: Irfan Ghani Akhirnya Tampil Mengangkat Sumpah Al-Quran

Image via imgur.com

Sambil tangannya memegang kitab suci al-Quran, bekas pemain T-Team Irfan Abdul Ghani hari ini bersumpah bahawa kenyataannya berhubung kekecohan membabitkan T-Team dan Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Larkin minggu lepas adalah benar.

bernama.com

"Dengan ini saya bersumpah semua kenyataan yang dibuat adalah benar," katanya.

hmetro.com.my

Dia melakukannya di depan wartawan serta jurugambar dalam satu sidang media di Restoran LC.

Pada masa sama, Muhammad Irfan meletak jawatan sebagai pemain T-Team dengan alasan mahu menjaga ibu dan seorang adiknya yang tidak sihat.

relevansokmo.com

"Saya akan cuba mencari pekerjaan lain memandangkan saya telah bersara daripada bermain bola sepak," katanya

bernama.com

"Angkat Sumpah Itu Satu Perkara Yang Serius Dan Pihak Berkenaan Perlu Bertanggungjawab"

Khairy Jamaluddin

Image via mole.my

Tweet KJ

Image via imgur.com

Itu jawapan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengenai pemain dan pegawai T-Team yang bersumpah di depan Al-Quran pada Isnin.

astroawani.com

10 Feb: Pemain T-team Angkat Sumpah Al-Quran Depan Mat Said

Unsupported video platform

Upacara bersumpah itu didahului penolong jurulatih Azlan Johar dan diikuti pemain tengah Khairan Izuan Razali.

lamankongsi.com

Upacara angkat sumpah

Image via blogspot.com

Upacara itu dilakukan dalam majlis khas di Hotel Tabung Haji (TH) & Convention Center di sini pada kira-kira 10 malam sempena majlis perjumpaan pegawai dan pemain bola sepak Liga Super, Terengganu dan T-Team.

lamankongsi.com

Walau Bagaimanapun, Kelibat Pemain T-team, Irfan Ghani Tidak Ditemui Ketika Upacara Dilangsungkan

Irfan Ghani hilang

Image via pingje.org

Irfan yang menjadi tumpuan berikutan kenyataan mengejutnya dengan mendakwa kejadian itu tidak berlaku, gagal hadir dalam majlis berkenaan walaupun diminta berbuat sedemikian.

ceritasemasa.com

Ketika penolong jurulatih, Azlan Johar dan pemain tengah T-Team, Khairan Ezuan Razali melafazkan sumpah di depan al-Quran, di Kuala Terengganu, ketiadaan tonggak simpanan, Muhammad Irfan Abdul Ghani, menjadi tanda tanya.

terengganutoday.com

“Jika pemain dan pegawai T-Team sanggup bersumpah, saya mengharapkan pemain itu melakukan sumpah untuk membuktikan kepada rakyat Malaysia dia tidak berbohong,” kata Menteri Besar Terengganu.

ceritasemasa.com

8 Feb: Pemain T-Team Sedia Angkat Sumpah

Pemain Islam pasukan T-Team bersedia mengangkat sumpah menggunakan Al-Quran seperti yang diminta oleh Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berhubung insiden di Larkin, Johor Baharu baru-baru ini.

bernama.com

Ketua Pegawai Eksekutif T-Team, Ab. Rasid Jusoh berkata, kesemua para pemain beragama Islam pasukan T-Team bersedia menunaikan tanggungjawab tersebut pada bila-bila masa sahaja.

kosmo.com.my

"Buat masa ini, kami masih menunggu tarikh sesuai yang ditetapkan untuk mengangkat sumpah al-Quran seperti yang diminta oleh Menteri Besar (Terengganu)," katanya ketika dihubungi di Kuala Terengganu.

kosmo.com.my

7 Feb: Akhirnya, Perlawanan JDT VS T-Team Yang Mendatang Kontroversi Mendatangkan Rezeki Kepada Pasukan JDT

Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menganugerahkan kemenangan bergaya 3-0 kepada Johor Darul Takzim (JDT) sekali gus JDT layak ke peringkat suku akhir Piala FA.

beritasemasa.com.my

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan Perkara 4.12.15b peraturan pertandingan Liga Malaysia 2013-2016 kerana kesalahan T-Team menarik diri pada baki perlawanan tanpa alasan yang kukuh.

kosmo.com.my

Walaupun Begitu, T-Team Tidak Dikenakan Sebarang Denda Selain Hanya Diberi Amaran Keras Supaya Tidak Mengulangi Perkara Yang Sama Pada Masa Akan Datang

Keputusan mesyuarat jawatankuasa itu dibuat selepas mengambil kira keterangan yang telah diberikan oleh kedua-dua pasukan (JDT dan T-Team), pengadil, pegawai perlawanan dan pegawai penyelaras.

kosmo.com.my

Skuad kendalian Mohd. Azraai Khor itu bernasib baik apabila JKPT tidak berhasrat mengenakan denda selain hanya mengenakan amaran keras supaya tidak mengulangi perkara yang sama pada masa akan datang.

utusan.com.my

Keputusan Ini Telah Menarik Perhatian Menteri Besar Terengganu Apabila Beliau Meminta Para Pegawai Serta Pemain T-Team untuk Mengangkat Sumpah Menggunakan Al-Quran

Menteri Besar Terengganu

Image via worldcdn.net

"Saya sangat kecewa dengan keputusan FAM. Terengganu tak sebodoh itu kerana enggan meneruskan perlawanan. Ini adalah kerana faktor keselamatan."

busuk.org

"Saya akan meminta pemain-pemain T-Team bersumpah dengan Al-Quran depan saya untuk kebenaran. Mungkin Isnin atau selasa ini. Jangan main-main," ucap Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Ahmad Said, Kg. Pelandan, Telemong.

busuk.org

5 Feb: Isu Menjadi Semakin Hangat Apabila Seorang Pemain T-Team, Irfan Ghani Memberi Kenyataan Yang Memihak Kepada Pasukan Lawan

Irfan Ghani

Image via goal.com

Irfan mencetuskan skrip baharu apabila mendedahkan tiada sebarang insiden kekasaran berlaku pada aksi kedua Piala FA di Larkin.

kosmo.com.my

Irfan berkata, sewaktu di bilik persalinan beliau tidak melihat sebarang kecederaan dialami pemain import Evaldo Rodrigues dan jurulatih kecergasan Stefano Impagliazzo yang kononnya dikasari pegawai pengurusan tertinggi JDT.

abnxcess.com
Image via blogspot.com

“Hampir semua pemain mahu meneruskan permainan tetapi pembantu jurulatih pasukan (T-Team) Azlan Johar membuat keputusan agar kami menghentikan permainan dan balik,” katanya kepada pemberita selepas memberi kenyataan bagi membantu siasatan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor.

abnxcess.com

T-Team Kesal Dengan Kenyataan Irfan Ghani

Azraai Khor

Image via goal.com

JURULATIH T-Team, Mohd Azraai Khor Abdullah meminta agar skuad bimbingannya itu bersikap jujur dan berakhlak mulia dalam sesuatu hal bagi membolehkan kehidupan selamat di dunia dan akhirat.

terengganutoday.com
Image via imgur.com

Difahamkan, beliau berkata demikian susulan kenyataan terbuka pemain T-Team, Irfan Abd Ghani kepada pemberita selepas membantu siasatan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor.

terengganutoday.com

Ketua Pegawai Operasi T-Team, Syahrizan Mohd Zain Berkata, Irfan Bukan Pemain Kesebelasan Utama Pasukan Sebaliknya Berada Di Bangku Simpanan

Menurutnya, kebiasaannya ketika rehat sebelum aksi babak kedua, pemain simpanan akan melakukan latihan di padang bersama pemain lain dan Irfan pastinya tidak berada di bilik persalinan sewaktu kejadian berlaku.

harianblogger.com

“Kejadian ini berlaku di terowong dan biasanya semua pemain simpanan berada di padang untuk memanaskan badan. Saya tidak tahu apa muslihat Irfan apabila memberikan kenyataan seperti itu,” katanya.

harianblogger.com

1 Feb: T-Team Enggan Meneruskan Perlawanan Selepas Tamat Waktu Rehat

T Team tarik diri

Image via abnxcess.com

Perlawanan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin terpaksa ditangguhkan ketika JDT mendahului T-Team 2-1.

buletinsemasa.com

Kenyataan JDT

Image via melvister.com

Kekecohan bermula apabila dikatakan pasukan T-Team tidak keluar ke padang untuk perlawanan separuh masa kedua dari bilik persalinan. Sampai ke suatu masa, pemain T-Team langsung tidak keluar ke padang. Berikut antara punca perlawanan JDT Vs T-Team ditangguhkan.

nizarazu.com

Menurut Beberapa Info, Ada Insiden Tidak Diingini Berlaku Di Mana Staff Kejurulatihan Kedua-Dua Pasukan Bertengkar Sehingga Ke Bilik Persalinan

Komisioner perlawanan, Zainal Mukri, berkata selepas tamat perlawanan masa pertama berlaku pertelingkahan antara jurulatih JDT, Cesar Fernando Jiminez dan jurulatih kecergasan T-Team, Stefano Impagliazzo.

buletinsemasa.com

Kenyataan dari Malaysia Football Team

Image via nizarazu.com

Kenyataan pengendali T-Team, Azraai Khor

Image via nizarazu.com

"Kami akan menghantar laporan rasmi perlawanan kepada Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT FAM) dan mereka akan memutuskan sama ada perlawanan akan diteruskan dengan jumlah jaringan setakat ini."

utusan.com.my

Ketika Permainan Tamat Di Babak Pertama, JDT Mendahului T-Team Dengan Jaringan 2-1 Melalui Luciano Figueora Pada Minit ke-16 Dan 21 Manakala Gol Tunggal T-Team Dijaringkan Mohd Marzuki Yusof

JDT 2-1 T-Team

Image via ava360.com

Pasukan JDT Melaporkan Tiada Apa-Apa Insiden Yang Buruk Berlaku

Kenyataan JDT

Image via nizarazu.com

Manakala T-Team Pula Berkata Sebaliknya Serta Mempertahankan Kenyataan Yang Dibuat Mereka

Image via blogspot.com

Video Insiden Pertengkaran Dalam Terowong Stadium Larkin

Unsupported video platform

Apa Komen Anda?

Image via tumblr.com

You may be interested in: