seismik

Moratorium Tamat Tak Lama Lagi, Ini Perkara Yang Mungkin Berlaku Kepada Ekonomi Malaysia

Jangan berbelanja tak ingat dunia hanya kerana bantuan yang kerajaan berikan pada masa kini. Kena menyimpan juga untuk masa hadapan.

Cover image via Google

Penularan pandemik Covid-19 yang menular sejak beberapa bulan lalu telah memberikan impak Krisis Kewangan di seluruh dunia terutamanya di Asia yang paling teruk terjejas

Ia kerana impak Krisis Kewangan ini telah memberikan kesan kepada pasaran kewangan, yang mana mencetuskan krisis perbankan.

Malah, menurut laporan, Datok Nor Shamsiah Mohd Yunus iaitu Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) telah menjelaskan bahawa krisis perbankan adalah sukar untuk diuruskan kerana impaknya kepada ekonomi mengambil masa yang lama.

Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus, Gabenor Bank Negara Malaysia.

Image via Berita Harian

Tambahnya lagi, keadaan aktiviti ekonomi dijangka akan bertambah baik pada separuh kedua pada tahun 2020 dengan andaian virus pandemik Covid-19 ini dapat ditangani.

Oleh itu, seorang pengguna Twitter iaitu @wolfipali telah menjelaskan tentang apa yang mungkin bakal berlaku kepada ekonomi negara setelah tamatnya moratorium pada bulan September ini

Gambar sekadar hiasan.

Image via The Edge Markets

Perkongsian tersebut telah ditulis melalui satu rangkaian tweets dengan tujuan menjelaskan apa kemungkinan yang  bakal berlaku kepada ekonomi negara Malaysis setelah tamatnya moratorium atau 'honeymoon' dalam masa tiga bulan lagi.

Baca dan fahami perkongsian di bawah:

Apa itu 'great depression'?

Sudahkah negara menghadapi recession atau lebih dikenali sebagai kelembapan ekonomi?

Jawapannya, sudah.

Mungkin pada ketika ini ramai yang berbelanja tanpa fikir apa kesan yang bakal berlaku setelah tamatnya moratorium nanti

Sebab itulah setiap individu perlu sentiasa beringat dengan apa jua yang anda lakukan agar tidak susah dikemudian hari. Malah, bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku, negara Malaysia telah merangka Pelan Pemulihan Ekonomi yang akan menolong rakyat menghadapi cabaran ini.

Namun, apa pula yang perlu rakyat lakukan? Baca di sini.

Bukan setakat itu sahaja, dalam insentif yang diberikan juga ada diselitkan tentang benefit pembelian rumah, terutamanya kepada golongan B40 dan M40

Jika anda kurang terasa dengan impak ekonomi negara buat masa kini, anda boleh teruskan berbelanja dengan bantu berbelanja dengan golongan tempatan

Sementara itu, Menteri Kewangan iaitu YB Senator Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz baru-baru ini telah berucap mengenai pelaksanaan Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (NEGARA) menjelaskan bahawa kepada peminjam yang mengambil moratorium yang bakal berakhir pada 30 September ini masih boleh menggunakan kemudahan dengan menyusun semula penjadualan bayar balik.

“Bagi mereka yang mungkin memerlukan kemudahan penyusunan dan penjadualan semula selepas 30 September, peminjam dinasihatkan untuk berbincang dengan institusi kewangan masing-masing.

“Demi kelangsungan aliran tunai, kalau boleh janganlah tunggu sehingga saat-saat akhir untuk berbincang dengan institusi kewangan anda,” jelasnya.

“Persetujuan dicapai untuk menetapkan bahawa jumlah ansuran bulanan pinjaman tidak akan berubah bagi peminjam sewa beli (konvensional dan Syariah) sepanjang tempoh pembiayaan itu. Ini juga bermakna tiada sebarang caj tambahan akan dikenakan sewaktu tempoh moratorium (penangguhan).”
Menteri Kewangan, YB Senator Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca juga:

You may be interested in: