seismik

Mungkinkah 7 Perkara Ini Akan Terjadi Jika Rayuan Anwar Ibrahim Ditolak?

Datuk Seri Anwar Ibrahim, satu nama yang sangat digeruni oleh kerajaan Barisan Nasional. Adakah beliau akan terselamat kali ini?

Cover image via themalaysianinsider.com

Datuk Seri Anwar Ibrahim kini sedang dalam proses memberi rayuan terakhir terhadap sabitan kesalahan dan hukuman penjara yang dikenakan pada 7 Mac lalu selepas didapati bersalah meliwat Saiful Bukhari

Hari ini dan esok berlangsung pendengaran rayuan terakhir pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Persekutuan Putrajaya terhadap sabitan kesalahan dan hukuman penjara yang dikenakan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac tahun ini selepas mendapatinya bersalah meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan, 27.

astroawani.com

Adakah rayuan beliau akan didengari? Berikut adalah tujuh perkara yang bakal terjadi sekiranya rayuan terakhir Anwar Ibrahim ditolak oleh mahkamah:

1. Lebih banyak perhimpunan jalanan dan tunjuk perasaan

Jika Anwar masuk penjara, ada kemungkinan besar pelajar universiti dan golongan muda akan menganjurkan perhimpunan jalanan dan tunjuk perasaan bukan sahaja di Kuala Lumpur, malah turut merebak ke seluruh pelusuk negara bagi memprotes ketidakadilan polisi kerajaan dan untuk memansuhkan Akta Hasutan. (Sepertimana yang sedang berlaku di Hong Kong sekarang).

2. Sektor ekonomi dan pelaburan jangka pendek akan merudum

Image via mkini.net

Jika perhimpunan dan protes benar-benar berlaku, dalam jangka pendek, perniagaan kecil dan sederhana di sekitar negara boleh terjejas dan pelabur antarabangsa dikhuatiri hilang kepercayaan dan keyakinan untuk melabur di pasaran Malaysia berikutan ketidakstabilan politik.

3. Lebih banyak bahan lawak jenaka oleh pelawak tempatan serta 'troll' untuk dikongsikan di laman sosial

Image via irwan.name

Pelawak tempatan mungkin nampak situasi ini boleh dijadikan sebagai sumber komedi. Mereka akan mempunyai lebih banyak bahan lawak untuk dijadikan jenaka kepada orang ramai. Sekarang ini, pemikiran rakyat Malaysia semakin terbuka. Semakin banyak lawak jenaka dan troll pemimpin kini semakin popular dan dikongsikan di laman sosial. Kepesatan sektor teknologi maklumat juga menyumbang kepada sikap keterbukaan ini.

4. Reformasi 2.0

Pada 2 September 1998, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad menggemparkan negara apabila mengambil keputusan untuk memecat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dari semua jawatan kepimpinannya. Selepas pemecatan itu, Anwar tidak segera ditangkap. Pada 8 September, Anwar mengeluarkan deklarasi menentang kerajaan yang dipanggil Reformasi. Laungan lantang ini disambut hebat oleh para penyokong pembangkang sehingga ke hari ini. Oleh itu, kewujudan REFORMASI 2.0 adalah tidak mustahil jika Anwar dipenjarakan sekali lagi.

5. Penyokong pro-kerajaan akan sentiasa anggap Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat negara

Penyokong Barisan Nasional akan sentiasa melihat Anwar sebagai pengkhianat yang tidak habis-habis mahu memporak-perandakan negara, seorang yang gila kuasa, tidak bersyukur, pemecah-belah bangsa, tamak haloba dan macam-macam lagi. Apa saja berkenaan Anwar Ibrahim pasti akan dipandang negatif tanpa berkompromi kerana beliau dilihat sebagai pencetus kepada segala masalah politik yang terjadi dalam negara. Mereka turut merasakan Anwar berhak meringkuk di penjara atas kesalahannya melakukan jenayah seperti yang dibuktikan oleh mahkamah.

6. Pakatan Rakyat (PKR) akan menang pada Pilihanraya Umum ke-14

Berbeza pula jika melihat dari sudut pandang penyokong pembangkang. Semestinya mereka akan jadi lebih marah dan kecewa dengan kerajaan Barisan Nasional. Situasi ini akan dilihat sebagai salah satu konspirasi kerajaan untuk menggulingkan pembangkang pada masa yang sama meranapkan pelaksanaan 'Langkah Kajang'. Hasilnya, rakyat akan sama-sama bangkit menentang kerajaan serta memastikan Pakatan Rakyat akan mengungguli Pilihanraya Umum ke-14 yang akan berlangsung pada tahun 2018.

7. Pendirian 'acuh tak acuh' golongan 'neutral' akan goyah

Image via astroawani.com

Barangkali, kebanyakan pihak 'neutral' akan berasa acuh tak acuh terhadap keputusan sama ada Anwar masuk penjara atau tidak. Bagaimanapun, pastinya selepas ini mereka akan lebih mengambil berat tentang proses undang-undang, ketirisan kepimpinan Barisan Nasional, keberkesanan pelaksanaan polisi kerajaan dan juga isu-isu politik semasa. Akan ada dua kemungkinan yang dilihat bakal terjadi kepada golongan 'neutral' ini. Sama ada mereka akan menyokong kerajaan atau pembangkang pada masa akan datang, itu semua bergantung kepada situasi politik dalam masa empat tahun dari sekarang.

Bagi mendapatkan kronologi penuh kes liwat Anwar Ibrahim terhadap Saiful Bukhari, BACA SINI:

You may be interested in: