Najib Kata Masyarakat Cina Perlu Sensitif Terhadap Orang Melayu
Sebagai mana kaum Melayu menghormati Cina, masyarakat Cina juga perlu bertindak sama terhadap Melayu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Mengingatkan Masyarakat Melayu Dan Cina Agar Sentiasa Mempunyai Sikap 'Mutual Respect' Bagi Memastikan Negara Terus Aman
Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan masyarakat Cina supaya sensitif terhadap orang Melayu seperti mana orang Melayu bertindak sama terhadap kaum tersebut bagi memastikan negara terus aman dan harmoni.
utusan.com.myMalah, menurut Perdana Menteri, pentingnya kedua-dua kaum itu termasuk kaum lain memiliki sikap ‘mutual respect’ atau saling hormat-menghormati antara satu sama lain berdasarkan kepada tunjang Perlembagaan Persekutuan dan kontrak sosial.
utusan.com.my"Seperti Mana Kita (Orang Melayu) Sensitif Tentang Kaum Cina, Masyarakat Cina Juga Perlu Sensitif Terhadap Orang Melayu," Kata Najib
Najib berkata, Malaysia percaya kepada konsep kepelbagaian serta integrasi kaum dan bukannya asimilasi, khususnya kaum Cina yang diberikan hak mengamalkan budaya, identiti, sekolah dan bahasa ibunda mereka.
themalaysianinsider.com“Sebagai pulangannya, kita mahu mereka (kaum Cina) memahami kepada keperluan bersatu dalam negara ini. Seperti mana kita (orang Melayu) sensitif tentang kaum Cina, masyarakat Cina juga perlu sensitif terhadap orang Melayu, itu kita rujuk kepada mutual respect (hormat-menghormati)."
yahoo.com“Apabila kita ada mutual respect, akan wujud negara yang aman dan harmoni. Kita mungkin tidak perlu kepada satu undang-undang (Akta Keharmonian Nasional), kita perlu hormat-menghormati antara satu sama lain. Tentu juga kita perlu kepada undang-undang, tetapi pentingnya atau amat penting kepada nilai-nilai keharmonian dalam masyarakat,” kata Najib.
kualalumpurpost.netTambahan Lagi, Najib Berkata Hanya Malaysia Yang Membenarkan Sekolah Vernakular Tidak Seperti Negara-Negara Jiran Yang Lain. Oleh Itu, Kaum Cina Perlu Berikan Taat Setia Mereka Kepada Negara.
Najib memberitahu, masyarakat Cina yang sering mengadu soal kepentingan mereka di negara ini khususnya dalam soal pendidikan perlu melihat negara-negara jiran seperti Indonesia dan Thailand yang langsung tidak ‘membuka’ sekolah vernakular atau sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) di negara berkenaan.
utusan.com.my“Di Singapura pun, tiada sekolah Cina. Cuma di Malaysia sahaja ada sekolah Cina. Itu konsensus yang dibuat oleh pemimpin kita terdahulu yang dipimpin oleh UMNO. Ini kerana kita percaya kepada konsep kepelbagaian kaum. Tetapi perlulah ada give and take (tolak ansur), taat setia kepada negara ini,” tegasnya.
themalaysianinsider.comSelain Itu, Najib Turut Berkata Tidak Ada Salahnya Jika Masyarakat Cina Memberi Penekanan Kepada Pembelajaran Bahasa Kebangsaan Kerana Menurut Beliau, Rakyat Negara China Pun Sudah Ada Yang Fasih Berbahasa Melayu
“Tetapi, apa salahnya diberikan penekanan kepada mempelajari bahasa kebangsaan? Meletakkan bahasa kebangsaan atau bahasa Melayu dengan fasih, bukannya bahasa pasar. Saya perlu beritahu semua, semasa Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Beijing, China, baru-baru ini, kerajaan China memberikan saya pegawai perhubungan yang fasih dalam bahasa Melayu."
yahoo.com“Para pegawai China di pejabat luar negara di sana mempelajari bahasa Melayu. Dan jika kamu (masyarakat Cina) menekankan pembelajaran bahasa kebangsaan di sekolah Cina dan orang Melayu pula belajar bahasa Mandarin, apa salahnya?"
kualalumpurpost.net“Inilah, bidang pendidikan tidak perlu dipolitikkan, pendidikan bukannya politik. Pendidikan merupakan alat untuk membina identiti bangsa. Kita perlu elak daripada mempolitikkan pendidikan. Jadikan pendidikan untuk membina kekuatan dan perpaduan Malaysia,” ujarnya lagi.
utusan.com.myMemandangkan Malaysia Adalah Satu-Satunya Negara Yang Mengamalkan Pendidikan Dua Aliran, Adakah Sekolah Vernakular Ini Masih Relevan Untuk Dikekalkan?
Perwakilan UMNO pada tahun ini disarankan supaya membahaskan keperluan untuk mengekalkan atau pemansuhan sekolah vernakular Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) kerana institusi itu kini dijadikan alat menabur sentimen anti-kerajaan, kata Timbalan Ketua Bahagian UMNO Petaling Jaya Utara, Mohamad Azli Mohemed Saad.
suara.tv“Tindakan ini amat penting kerana tidak ada negara lain di dunia ini yang mengamalkan sistem pendidikan dua aliran. Sistem pendidikan di peringkat rendah dan menengah mesti di bawah satu payung sahaja. Kita mahu membasmi sentimen perkauman yang sering dipolitikkan golongan yang cetek pemikiran politiknya,” katanya.
suara.tvMenurut Bekas Presiden MCA, Datuk Dr Chua Soi Lek, Sistem "Satu Sekolah Untuk Semua" Tidak Akan Dapat Menyelesaikan Kemelut Perkauman Di Negara Ini
Hanya mereka yang naif akan mempercayai kepelbagaian etnik dan agama di negara ini dapat disatukan melalui kaedah satu sistem pendidikan untuk semua rakyat Malaysia, kata bekas Presiden MCA, Datuk Dr Chua Soi Lek.
themalaysianinsider.comDr Chua berkata, terdapat banyak contoh negara satu bangsa dan agama dalam arena global yang yang masih gagal bersatu meskipun bertutur menggunakan bahasa yang sama.
themalaysianinsider.com"Saya menyangka rakyat Malaysia sentiasa berbangga dengan kekuatan kepelbagaian kita. Meskipun menjangkau 57 tahun Kemerdekaan, kita masih menyalahkan kepelbagaian sistem pendidikan sebagai punca kepada perpecahan antara kumpulan etnik," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
themalaysianinsider.comSementara Itu, Profesor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin Mendedahkan Orang Ramai Lebih Cenderung Bercakap Mengenai Pendidikan Atau Pelaksanaan Polisi Kerajaan Berbanding Hal Etnik Dan Perkauman
Sentimen perkauman yang dimainkan oleh parti politik tidak akan menjerat rakyat berbalah antara satu sama lain, dedah salah seorang anggota seketariat Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN), Profesor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin.
blogspot.com"Ia sengaja untuk mobilisasi politik. Perkara ini bukan baru memandangkan parti politik adalah berasaskan parti kaum," kata beliau. Shamsul Amri juga mendedahkan sepanjang 20 sesi pendengaran awam dengan orang ramai yang diadakan, rakyat rata-rata membangkitkan lebih banyak isu mengenai polisi kerajaan dan pembangunan.
blogspot.com"Pandangan awal saya daripada 20 pertemuan yang kami adakan, kami dapati kurang orang ramai yang berbincang tentang etnik seperti dibincangkan dalam media. Mereka banyak berbincang tentang pendidikan atau pelaksanaan polisi kerajaan dan jurang bandar serta luar bandar," jelas Shamsul Amri.
blogspot.com