seismik

10 Bilion Unit Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2) Dilancar

ASB2 dilancarkan bagi mempertingkat sektor ekonomi negara melalui penerokaan modal baru yang mampu membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia.

Cover image via abnxcess.com

10 Billion Unit Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2) Telah Dilancarkan Oleh Datuk Seri Najib Tun Razak Pada 2 April 2014 Di Stadium Merdeka

Majlis pelancaran ASB2 telah diadakan di Stadium Merdeka pada 2 April 2014.

Image via www.sinarharian.com.my

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melancarkan dana amanah ke-10 diuruskan oleh Permodalan Nasional Bhd (PNB), Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2) dengan saiz 10 bilion unit.

themalaysianinsider.com

Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Image via www.freemalaysiatoday.com

Perdana Menteri berkata PNB, pengurus dana terbesar negara, telah memperuntukkan sebanyak RM10 juta bagi tujuan pemberian insentif kepada para pelabur ASB2 ini.

bernama.com

Harga Bagi Satu Unit Saham Ialah RM1 Dengan Pelaburan Minimum Sebanyak RM10

Saham amanah baharu berharga tetap itu dijual pada harga RM1 seunit dengan pelaburan minimum RM10.

bharian.com.my

Datuk Seri Najib Razak melancarkan Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2) di Stadium Merdeka pada 2 April 2014.

Image via googleusercontent.com

ASB2 adalah dana berharga tetap RM1 seunit dengan saiz dana 10 bilion unit ditawarkan kepada Bumiputera dengan jumlah pelaburan permulaan dan juga pelaburan tambahan minimum adalah 10 unit.

sinarharian.com.my

10 Unit Saham Akan Diberikan Secara Percuma Bagi Pemegang Yang Mendaftar Mulai Sekarang Sehingga 31 Disember 2014

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata sebanyak 10 unit ASB2 percuma akan dikreditkan ke akaun pemegang unit yang mendaftar mulai sekarang sehingga 31 Disember, 2014.

themalaysianinsider.com

Replika buku pelaburan ASB2.

Image via www.bharian.com.my

“Pelabur yang mendaftar sebagai pemegang unit ASB2 sehingga 31 Disember 2014, 10 unit ASB2 percuma akan dikreditkan ke akaun pemegang unit, tertakluk kepada unit-unit masih ada," kata Najib.

sinarharian.com.my

Langganan Boleh Dibuat Menerusi Akaun Dewasa Untuk Pelabur 18 Tahun Ke Atas Dan Akaun Bijak Untuk Kanak-Kanak Berumur Lebih 6 Bulan

ASB2 disasarkan kepada Bumiputera terutamanya golongan muda antara 19 tahun hingga 34 tahun dengan dua akaun iaitu Akaun Dewasa dan Akaun Bijak kepada pelabur Bumiputera seawal umur enam bulan.

sinarharian.com.my

Datuk Seri Najib Razak memebri ucapan ketika majlis palancaran ASB2.

Image via www.nst.com.my

"ASB 2 adalah satu produk terbaharu yang mampu memenuhi cita rasa dan 'appeal' kepada Generasi Y (Gen-Y) - generasi yang menjadi tumpuan dalam pelbagai program pembangunan modal insan. Lebih penting, Gen-Y inilah pewaris dan pemimpin masa depan negara," kata Najib.

bernama.com

Pelaburan Maksimum Dihadkan Kepada 200,000 Unit Untuk Akaun Dewasa Dan 50,000 Unit Untuk Akaun Bijak

Bagi membolehkan seramai mungkin pelabur meraih manfaat daripada pelancaran ASB2, jumlah pelaburan maksimum untuk setiap individu dihadkan kepada 200,000 unit untuk Akaun Dewasa dan 50,000 unit untuk Akaun Bijak.

bernama.com

Suasana sekitar majlis pelancaran ASB2 di Stadium Merdeka.

Image via facebook.com

Matlamat pelaburan ASB 2 ialah menyediakan aliran pendapatan konsisten sambil melindungi modal pelaburan pemegang unit menerusi portfolio aset yang bercampur.

bharian.com.my

Pemegang Saham Boleh Melabur Melalui Kemudahan Perbankan Internet Yang Telah Disediakan

PNB juga menyediakan perkhidmatan yang mudah bagi golongan Gen-Y untuk melabur melalui Maybank2U, CIMB Clicks, RHB Now dan Affin Online.

themalaysianinsider.com

Sudahkah Anda Membuat Permohonan Dalam Skim MyHome?

Leave a comment