seismik

Nak Rasa Jadi Gentleman Bila Keluar Dengan Pasangan? Ikuti 10 Tips Ini

Setiap lelaki pasti mengimpikan first date yang sempurna bersama pasangan. Namun begitu, bukan mudah untuk memuaskan hati si dia. Jangan risau, 10 tips ini bakal mengubah hidup anda.

Cover image via tumblr.com

Satu perkara yang tidak akan berubah adalah hakikat bahawa setiap lelaki ingin menjadi gentleman, terutama semasa first date. Ia tidaklah mudah, namun tidak juga terlalu payah sebenarnya.

Ikuti 10 tips di bawah bagi membantu mendapatkan keyakinan semasa keluar dengan pasangan:

1. Lelaki perlu ada segalanya dalam fikiran. Daripada macam mana nak pergi, ke mana nak pergi, apa yang perlu dibuat, semua dah dirancang dengan rapi.

Image via tumblr.com

Penilaian sama ada lelaki itu seorang gentleman atau tidak bermula sebelum first date itu bermula lagi. Lelaki mesti tahu macam mana cara untuk beri keyakinan kepada wanita. Dalam hal ini, lelaki perlu menjadi penentu dalam pemilihan lokasi dan juga perjalanan sepanjang first date berlangsung.

Wanita memang sukakan lelaki yang dah aturkan segalanya. Soalan seperti "Nak pergi mana?", "Pukul berapa?", "Nak makan apa?" atau "Kita nak buat apa?" memang selalu bermain di fikiran para wanita. Jadi, lebih elok jika si lelaki mempunyai jawapan kepada soalan-soalan tersebut tersedia di dalam fikiran. Barulah wanita berasa yakin untuk keluar dengan lelaki.

2. Untuk first date, tak perlu bawa pasangan ke restoran lima bintang atau restoran lain yang mahal. Tapi, restoran yang murah macam mamak pun tak digalakkan.

Antara tip paling penting! Mungkin ada lelaki yang merasakan wanita perlu dibawa ke tempat-tempat mahal seperti hotel, restoran lima bintang atau restoran yang fancy untuk lebih menarik perhatian. Hakikatnya, taktik ini tidak tepat.

Image via hdnux.com

Ada pula lelaki yang mungkin tidak mahu menghabiskan terlalu banyak duit, lalu mengajak wanita ke kedai mamak. Bukan tak boleh kalau nak pergi ke kedai mamak, cuma tidak digalakkan kerana persekitarannya yang riuh rendah. Lokasi untuk first date haruslah di tempat-tempat yang tenang dan selesa untuk mengadakan perbincangan.

Antara lokasi yang boleh dijadikan pilihan ialah kedai kopi atau kopitiam yang tidak terlalu mahal dan tidak terlalu murah. Mungkin kedai kopi yang menyediakan kopi bersama coffee art seperti daun, bunga dan mcam-macam lagi. Standard mesti kena jaga. Tapi dalam nak jaga standard tu, poket juga harus diingati.

3. Selain itu, jangan ajak pasangan ke panggung wayang sebab tak sesuai

Image via blogspot.com

Panggung wayang juga tidak sesuai untuk dijadikan lokasi first date. Tujuan first date adalah untuk mengenali personaliti teman dengan lebih dekat.

Masa perlu dimanfaatkan dengan perbualan, pertanyaan dan jawapan daripada kedua-dua pihak. Jika dalam panggung wayang, sekurang-kurangnya dua jam masa dibazirkan hanya dengan menonton sebuah filem tanpa boleh mengadakan perbualan yang berkualiti bersama teman.

4. Jangan lupa tawarkan khidmat "pick and drop". Ambil pasangan di rumah dan hantarnya semula setelah selesai.

Image via boundless.com

Nak jadi gentleman, lelaki kenalah tawarkan khidmat "pick and drop" kepada wanita. Takkan nak suruh si dia naik bas atau train pulak. Nama pun first date, tak manislah kalau si lelaki tunggu si wanita di tempat pertemuan. Sangat tak gentleman.

Apa yang lelaki perlu lakukan ialah ambil wanita di rumah, bawanya ke lokasi yang dah ditetapkan, kemudian hantarnya kembali pulang ke rumah dengan selamat. Dengan cara ini, wanita akan berasa lebih dihargai dan pada yang sama, berasa lebih selamat untuk keluar dengan lelaki itu.

5. Penampilan mesti kemas, bersih dan meningkatkan ketampanan. Tapi jangan hanya fokus kepada pakaian kerana ada benda yang lebih penting dalam aspek penampilan.

Image via artsjournal.com

Bukan wanita sahaja yang perlu jaga penampilan. Lelaki pun sama. lelaki perlulah memakai pakaian terbaik yang ada di dalam almari. Pastikan pakaian bersih, kuku dipotong, rambut dan janggut kemas, tiada bulu hidung yang terkeluar, badan dan mulut tidak berbau, dan jangan pakai selipar.

Tetapi, penampilan di sini bukan hanya memfokuskan dari segi pemakaian yang segak dan rupa yang tampan. Konteks penampilan juga merangkumi mindset yang positif. Salah satu kunci kejayaan first date adalah dengan mempunyai minda yang sentiasa berfikiran positif. Wanita pastinya lebih tertarik kepada lelaki yang tidak mengecilkan skop pandangan mereka melalui pemikiran yang sempit dan cetek.

6. Jangan bercerita tentang diri sendiri sahaja. Lebihkan mendengar kepada pasangan daripada bercakap.

Ada kajian mengatakan wanita lebih banyak bercakap daripada lelaki, sekurang-kurangnya 20,000 perkataan sehari berbanding lelaki, 7,000 perkataan. So guys, just sit back and relax, let the girls do the talking.

Image via baainc.com

Lelaki tidak seharusnya perlu bercakap banyak tentang diri mereka. Wanita pun perlu menerima hakikat bahawa lelaki tidak suka berbicara mengenai kehidupan mereka semata-mata dan lebih bersedia mendengar apa yang keluar daripada mulut wanita.

Bukankah wanita lebih sukakan perhatian daripada teman mereka? Jadi inilah masanya untuk lelaki menjadi pendengar setia. Tip untuk wanita, ceritakan mengenai kehidupan anda serta hobi dan aktiviti kegemaran anda kepada si lelaki. Pasti si lelaki lebih menghargai.

7. Bertenang. Nervous tu memang normal tapi jangan tunjukkan kegelisahan di depan pasangan. Takut nanti jadi awkward.

Image via tumblr.com

Jangan jadi robot! Rasa gementar tu memang biasa yang kadang-kadang tak dapat nak dielakkan. Siapa yang tak nervous masa first date betul tak? Tapi gementar macam mana pun, sebagai seorang lelaki, aura macho dan cool yang ada dalam diri perlu lebih ditonjolkan di hadapan wanita. Tak perlu jadi keras macam pergi interview dengan majikan.

Kawal emosi, kawal perasaan dan jangan takut. Sebab apa jangan takut? Sebab apa yang lelaki selalu tak tahu ialah, wanita sebenarnya lebih gementar masa first date. So guys, jangan terlalu banyak berfikir tentang apa yang perlu anda buat atau cakap. Andalah yang mengawal persekitaran first date anda bersama teman. Jika lelaki yang merosakkan first date, maka ia memang tidak akan dapat diperbaiki. Kuncinya, bertenanglah.

8. Lelaki gentleman takkan main phone masa first date. Jangan rimaskan si dia yang berada di depan mata.

Biasalah golongan muda-mudi zaman IT sekarang ni. Segala aktiviti yang dilakukan mesti nak beritahu satu dunia melalui laman sosial. Kadang-kadang nak makan pun perlu umumkan. Maklumlah, kalau tak buat macam tu, nanti orang cakap tak "up-to-date" pulak kan.

Tapi dalam hal ini, jangan sesekali hebahkan di laman sosial! Seelok-eloknya, biarlah hanya dua pihak sahaja yang tahu tentang first date iaitu si lelaki dan si wanita. Perkara itu tidak seharusnya dimaklumkan kepada rakan-rakan dan kaum keluarga kedua-dua belah pihak.

Sejujurnya, lelaki akan nampak lebih cool jika tidak terlalu terikat atau obses dengan laman sosial. Jadi, sepanjang first date berlangsung, janganlah main dengan handphone. Simpan dalam poket, elakkan daripada keluarkannya dan fokus kepada wanita istimewa yang berada bersama. Sweet gitu!

9. Tanyakan soalan yang lebih terarah kepada masa hadapan, bukan soalan mengenai hubungan masa lalu yang menyakitkan

No no no no! Tolong jangan tanya wanita tentang hubungan mereka yang terkandas sebelum ini. Jangan spoilkan mood first date dengan soalan-soalan yang tidak sepatutnya. Wanita cukup pantang kalau lelaki tanya soalan mengenai bekas kekasih, terutama semasa first date!

Image via tangomag.com

Pada perspektif wanita, first date boleh dianggap sebagai permulaan baru dalam kehidupan mereka. Ini bermaksud, wanita hanya mengharapkan masa depan yang cerah dan enggan menoleh ke belakang serta mengimbau kembali kisah-kisah lama yang menyakitkan.

Harus diingat bahawa hati wanita lebih sensitif daripada lelaki. Oleh itu, lelaki hanya perlu bertanyakan soalan yang lebih terarah kepada masa depan wanita seperti cita-cita, harapan, perkara yang ingin dicapai dan sebagainya.

10. Pastikan poket berisi duit yang mencukupi. Barulah gentleman kalau bayar semua!

Ya! Sebagai seorang gentleman, poket juga perlu disediakan dengan wang yang mencukupi untuk membiayai kos first date. Tak gentleman lah kalau bayar separuh-separuh. Lebih teruk, takkan nak suruh perempuan bayar semua. Yang tu memang tak patut dan mesti dielakkan!

Bukanlah nak suruh bayar setiap kali pergi dating. Tapi ni kan first date, kenalah tingkatkan langkah dalam menjadi yang terbaik. Bak kata orang, "first date is all about first impression." Memang betul. Daripada sebelum keluar date, sehinggalah dah nak balik, segalanya mesti smooth. Kalau first impression pun dah cun, apatah lagi second and third.

Tapi yang penting, jangan jadi hipokrit. Just be yourself dan jangan jadi orang lain. Jangan terlalu berusaha untuk memenangi hati si dia yang istimewa semasa first date sehingga awkward dan sampai menimbulkan rasa tidak selesa kepada teman. Jaga-jaga!

Harapan kami, semoga 10 tips di atas dapat membantu sang lelaki meningkatkan keyakinan ketika keluar bersama si dia yang istimewa. Selamat mencuba!

You may be interested in: