seismik

32 Nama Panjang Lebuh Raya & 'Public Transport' Yang Kita Hanya Tahu Sebut Je Sebelum Ini

Kita tahu nama pendek je. Nama panjang tak pernah kisah. Kan?

Cover image via SAYS

Kita selalu je sebut nama-nama highway dan public transport kat Malaysia ni, tapi kita tahu ke tak nama panjang sebenar?

Image via wordpress.com

Nama-nama seperti PLUS, LPT, DUKE, KESAS, NKVE, LRT, MRT, ERL, RAPID, dan macam-macam lagi ni memang kita selalu sangat guna dalam perbualan hari-hari.

Namun harus diakui, majoriti daripada kita tak tahu pun nama panjang sebenar bagi akronim pendek lebuh raya dan pengangkutan awam yang ada di Malaysia ni. Kita tahu sebut je. :P

Jadi, jom kita belajar sikit hari ni. Meh tengok kat bawah:

Lebuh Raya

1. PLUS = Projek Lebuhraya Utara Selatan

Image via blogspot.com

Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) adalah projek lebuh raya kebangsaan pertama yang menghubungkan utara dan selatan Semenanjung Malaysia merentasi lapan buah negeri, menjadikan ia lebuh raya terpanjang di Malaysia buat masa ini dengan panjang keseluruhan 847.7 km, menghubungkan antara Bukit Kayu Hitam (Kedah) dan Johor Bahru.

PLUS juga merupakan salah satu pengendali lebuh raya bertol terbesar di Asia Tenggara dan ke-8 terbesar di dunia.

Image via theskop.com

2. LPT = Lebuhraya Pantai Timur

Image via panoramio.com

Lebuhraya Pantai Timur (LPT) adalah sebuah lebuh raya di Semenanjung Malaysia yang menghubungkan Karak hingga ke Kuala Terengganu melalui tiga buah negeri iaitu Selangor, Pahang dan Terengganu.

Image via bumisepi.com

3. LDP = Lebuhraya Damansara–Puchong

Image via gamuda.com.my

Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) adalah lebuhraya antarabandar yang menghubungkan Sri Damansara di utara merentasi Petaling Jaya, Puchong dan Putrajaya di selatan Lembah Klang.

Perlaksanaan projek LPT dikendalikan oleh syarikat konsesi Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd atau dikenali dengan nama LITRAK.

Image via litrak.com.my

4. NPE = New Pantai Expressway

Image via Paul Tan

NPE atau Lebuhraya Baru Pantai adalah sebatang lebuh raya utama di kawasan Lembah Klang berukuran 19.6 km. Lebuh raya mempermudah capaian ke Kuala Lumpur dari kawasan Subang Jaya dan Bandar Sunway, mengelakkan kesesakan di laluan Lebuhraya Persekutuan pada waktu puncak.

Image via klia2.info

5. DUKE = Duta–Ulu Klang Expressway

Image via panoramio.com

Duta-Ulu Klang Expressway (DUKE) membentuk laluan yang menghubungkan Duta di barat ke Ampang di timur, dan ke Karak di utara.

DUKE menjadi pelengkap kepada Jalan Lingkaran Perantara (Intermediate Ring Road) Kuala Lumpur, apabila menghubungkan lebuh raya NKVE, SPRINT (di Penchala Link) dan simpang Ulu Klang di Jalan Lingkaran Tengah II (MRR II), bagi membolehkan pengguna kenderaan bergerak dari satu hujung ke satu hujung dalam tempoh 9 minit sahaja.

6. NKVE = New Klang Valley Expressway

Image via Paul Tan

NKVE atau Lebuhraya Baru Lembah Klang sepanjang 35 km bermula dari Jalan Duta merentasi kawasan perindustrian baru Klang dan berakhir di kawasan bandar Bukit Raja. Lebuhraya ini digunakan oleh penduduk di sekitar Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Subang, Damansara, Sungai Buloh dan Klang.

Image via klia2.info

7. SKVE = South Klang Valley Expressway

Image via hype.my

SKVE atau Lebuhraya Lembah Klang Selatan adalah sebuah lebuh raya di bahagian selatan Lembah Klang, kawasan paling padat dengan penduduk di Malaysia. Lebuh raya sepanjang 51.7 km ini menghubungkan bandar-bandar berkembang pesat di kawasan selatan Lembah Klang, termasuk pusat pentadbiran negara, Putrajaya.

Image via skve.com.my

8. AKLEH = Ampang–Kuala Lumpur Elevated Highway

AKLEH atau Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur adalah lebuh raya bertingkat pertama di Malaysia. Lebuh raya ini dibina bagi mengurangkan kesesakan jalan raya di sepanjang Jalan Ampang bagi membolehkan pengguna memasuki pusat bandar raya Kuala Lumpur dengan lebih mudah.

9. LEKAS = Lebuhraya Kajang–Seremban

Image via wordpress.com

Lebuhraya Kajang–Seremban (LEKAS) merupakan lebuh raya bertol sepanjang 48.5 km dari Kajang ke Seremban yang dibina untuk mengurangkan kesesakan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) khususnya di antara Kuala Lumpur dan Seremban.

Lebuh raya ini bersambung dengan Kajang SILK dan Lebuhraya Grand Saga terus ke Kuala Lumpur.

Image via photobucket.com

10. KESAS = Lebuhraya Shah Alam

Image via postimg.org

Lebuhraya Shah Alam (KESAS) atau Konsortium Expressway Shah Alam Selangor adalah sebuah lebuh raya ekspres perbandaran yang menghubungkan antara Pandamaran, Klang dengan Sri Petaling, Kuala Lumpur. Lebuh raya sepanjang 34.5 km ini merupakan laluan utama untuk ke Stadium Nasional Bukit Jalil semasa Sukan Komanwel 1998 berlangsung.

Image via wheelspine.com

11. LKSA = Lebuhraya Kemuning–Shah Alam

Image via panoramio.com

Lebuhraya Kemuning–Shah Alam (LKSA) menghubungkan antara Persimpangan Kemuning di Lebuhraya Shah Alam dengan Persimpangan Persekutuan 2 yang juga dikenali sebagai Persimpangan Bulatan Darul Ehsan berhampiran Bangunan MBSA di Shah Alam.

Image via Prolintas

12. ELITE = North–South Expressway Central Link

Image via panoramio.com

ELITE (Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah) atau Ekpres Lingkaran Tengah adalah lebuh raya pintasan yang dibuka sepenuhnya pada tahun 1999 bertujuan memintas Kuala Lumpur dan mengalihkan trafik dari persimpangan Nilai, melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Putrajaya, Seafield dan akhirnya ke persimpangan Shah Alam di NKVE.

Image via klia2.info

13.SPRINT = Sistem Penyuraian Trafik KL Barat

Image via panoramio.com

Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT) adalah sebuah lebuh raya sepanjang 26.5 km yang terbahagi kepada tiga bahagian atau pakej: Kerinchi Link, Damansara Link dan Penchala Link. Lebuh raya 6-lorong dua hala ini dibina bagi mengurangkan kesesakan di kawasan barat Kuala Lumpur.

Image via litrak.com.my

14. Kajang SILK = Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang

Image via panoramio.com

Lebuhraya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang atau Kajang SILK sepanjang 37 km ini dibina bagi mengurangkan kesesakan teruk di kawasan Kajang, Balakong, Semenyih, Bangi, Sungai Long, dan Sungai Chua. Selain itu, ia mempermudah laluan ke Putrajaya, Cheras, Semenyih, Sungai Long, dan Bangi dan berupaya membawa potensi pembangunan yang pesat di sepanjang koridor Lebuhraya Kajang SILK.

Image via paultan.org

15. GCE = Guthrie Corridor Expressway

Image via cbt.com.my

Guthrie Corridor Expressway (GCE) atau Lebuhraya Guthrie merupakan sebuah lebuh raya dengan panjang keseluruhan 25 km yang menghubungkan antara Shah Alam dengan Rawang. Perjalanan dari dua tempat ini hanya mengambil masa lebih kurang 20 minit sahaja.

16. LATAR = Lebuhraya KL–Kuala Selangor

Image via hssgroup.com.my

Lebuhraya KL–Kuala Selangor (LATAR) sepanjang 33 km dibiayai sepenuhnya oleh Kuala Lumpur Selangor Expressway Berhad (KLSEB) dan dibina untuk menghubungkan Kuala Selangor, Assam Jawa, Ijok, Bestari Jaya, Kota Puteri, Puncak Alam, Shah Alam, Bukit Jelutong, Sungai Buloh, Kundang, Rawang, Petaling Jaya, dan Kuala Lumpur.

Image via latar.com.my

17. MEX = Maju Expressway

Image via klia2.info

Sebelum ini, Maju Expressway (MEX) dikenali dengan nama Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya. Lebuh raya sepanjang 26 km ini menghubungkan Pusat Bandar Kuala Lumpur dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, Selangor. MEX juga merupakan tulang belakang kepada kawasan Multimedia Super Corridor (MSC).

Image via klia2.info

18. Grand Saga = Lebuhraya Cheras–Kajang

Image via paultan.org

Lebuhraya Cheras-Kajang juga dikenali sebagai 'Lebuhraya Grand Saga' menghubungkan Kuala Lumpur ke Kajang dan telah siap pada tahun 1999. Jajaran projek ini bermula dari Persimpangan Taman Connaught berhampiran Plaza Phoenix, Cheras dan berakhir di Persimpangan Bertingkat Saujana Impian, Kajang dengan jarak sejauh 11.7 km.

19. Besraya = Lebuhraya Sungai Besi

Image via photobucket.com

Lebuhraya Sungai Besi atau nama lainnya Lebuh Raya Shamelin adalah sebatang lebuh raya baru di Kuala Lumpur, menghubungkan Persimpangan Jalan Istana di Jalan Lingkaran Tengah 1 ke Jalan Lingkaran Tengah 2 berhampiran dengan Pandan Indah.

Lebuh raya bertingkat tambahan 12.3 km ini mempunyai persimpangan di Salak Selatan, Jalan Istana, Taman Ikan Emas, Jalan Loke Yew, Jalan Cheras Lama, Shamelin Perkasa, JLT2 Utara (Persimpangan antara Jalan Pandan Jaya dengan JLT2), MRR2 Selatan (Persimpangan antara Jalan Pandan Indah dengan JLT2), Pandan Jaya dan Jalan Pandan Utama berhampiran dengan Pandan Indah.

Image via ijm.com

20. Shapadu = New North Klang Straits Bypass

Image via shapadu.com.my

Shapadu atau Jalan Pintasan Selat Klang Utara mula dibina pada tahun 1983 dan siap pada 1 Januari 1985. Sebelum ini, kepesatan pembangunan di Pelabuhan Klang menambah parah kesesakan di sepanjang Lebuhraya Persekutuan terutamanya di bandar Klang, maka satu jalan raya pintasan diperlukan bagi memintas kesesakan bandar Klang dan terus ke pelabuhan.

Image via my-rummy.com

21. EDL = Johor Bahru Eastern Dispersal Link Expressway

EDL atau Lebuhraya Penyuraian Timur sepanjang 8.6 km dibina untuk menghubungkan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dengan Kompleks CIQ, BSI secara terus. Ia juga dibina berkonsepkan lebuh raya terbuka. Konsep ini digunakan bagi kemudahan rakyat Johor supaya dapat menggunakan EDL secara percuma. Pengguna yang tidak melalui Kompleks CIQ, BSI ke Tambak Johor, tidak akan dikenakan bayaran tol.

Image via photobucket.com

22. SDE = Senai–Desaru Expressway

Image via klia2.info

SDE atau Lebuhraya Senai-Desaru adalah sebahagian daripada projek Iskandar Malaysia di Johor Bahru. Lebuh raya sepanjang 77 km ini menghubungkan Senai di barat ke Desaru di timur Johor. Sejak dibuka pada 10 Jun 2011, SDE dapat memendekkan masa perjalanan dari Senai ke Desaru daripada 2 jam setengah kepada satu jam.

Image via blogspot.com

23. SMART = Stormwater Management And Road Tunnel

Image via ggpht.com

SMART atau Syarikat Mengurus Air Banjir & Terowong merupakan laluan alternatif bagi Jalan Sungai Besi dengan adanya laluan masuk dan keluar di Jalan Davis dan Jalan Tun Razak (berdekatan Bulatan Kampung Pandan) bagi mengatasi masalah kesesakan trafik dari arah selatan (Lebuhraya KL-Seremban) dan arah barat (Lebuhraya Persekutuan).

Salah satu keunikan SMART ialah Pintu Kawalan Banjir Automatik di bahagian akhir terowong akan bertukar menjadi terowong air banjir untuk melencongkan air dari kolam tadahan dan kawasan simpanan ke Sungai Kerayong dan akan dilepaskan semula ke Sungai Klang.

Image via Visual News

Pengangkutan Awam

24. Rapid = Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras

Rapid, singkatan untuk Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras pada ketika ini merupakan jenama perkhidmatan pengangkutan awam di Kuala Lumpur (Rapid KL), Pulau Pinang (Rapid Penang), dan Kuantan (Rapid Kuantan).

Dengan penubuhan dua anak syarikat baru bagi penstrukturan semula operasi rel dan bas henti-henti secara berasingan, Rapid Rail dan Rapid Bus telah ditubuhkan bagi menggantikan nama lama syarikat milik kerajaan yang ditubuhkan pada tahun 2004.

25. BRT = Bus Rapid Transit

Image via My Rapid

Bus Rapid Transit (BRT) adalah sistem pengangkutan yang menggunakan bas sebagai pengganti kepada keretapi untuk mengangkut penumpang dengan cepat menggunakan laluan yang hanya digunakan oleh bas khas sepanjang 5.4 kilometer.

BRT Sunway menghubungkan lokasi-lokasi utama di Bandar Sunway, USJ dan Subang Jaya menerusi tujuh buah stesen yang juga dihubungkan dengan sistem pengangkutan awam yang lain.

Image via utusan.com.my

26. MRT = Mass Rapid Transit

Projek Mass Rapid Transit (MRT) melibatkan pembinaan jaringan pengangkutan awam yang berasaskan rel, yang akan berintegrasi dengan sistem-sistem transit aliran ringan sedia ada. Sistem-sistem pengangkutan rel ini akan menjadi tulang belakang perkhidmatan pengangkutan awam kawasan Greater Kuala Lumpur/Lembang Klang.

Jajaran pertama yang dilaksanakan untuk projek MRT Lembah Klang adalah jajaran MRT Sungai Buloh-Kajang yang mempunyai 31 stesen dengan jarak 51 km. Manakala jajaran kedua iaitu jajaran Sungai Buloh – Serdang – Putrajaya pula mempunyai 25 stesen sepanjang 38.7 km dan akan siap dibina pada 31 Julai 2022.

Image via mymrt.com.my

27. LRT = Light–Rail Transit

Image via fishtank.my

Di Kuala Lumpur dan kawasan Lembah Klang, terdapat tiga laluan bagi Light Rail Transit (LRT) iaitu Laluan Ampang, Laluan Kelana Jaya, dan KL Monorail yang ketiga-tiganya dikendali oleh Rapid KL.

Image via wikimedia.org

28. STAR = Sistem Transit Aliran Ringan

Image via wikimedia.org

Sebelum diambil alih oleh Rapid KL, Laluan Ampang, Laluan Kelana Jaya, dan KL Monorail dikendali oleh tiga syarikat pengangkutan berbeza. Perkhidmatan rel untuk Laluan Ampang dikenali sebagai STAR, atau singkatan kepada Sistem Transit Aliran Ringan.

Image via Shutterstock

29. PUTRA = Projek Usahasama Transit Ringan Automatik

Image via myweb.net.au

Manakala perkhidmatan rel untuk Laluan Kelana Jaya pula dikenali sebagai PUTRA, atau singkatan kepada Projek Usahasama Transit Ringan Automatik.

Image via crossy.co.uk

30. ERL = Express Rail Link

Express Rail Link (ERL) sepanjang 57 km yang menghubungkan KL Sentral dengan KLIA ini menawarkan dua jenis perkhidmatan tren kepada pengguna iaitu KLIA Ekspres dan KLIA Transit dengan kelajuan maksimum 176 km/j. Perkhidmatan tren ini adalah yang terpantas dan paling efisien di Asia Tenggara dengan kadar ketepatan masa sebanyak 99.7 peratus sejak mula beroperasi pada 2004.

Image via imgur.com

Info ekstra: ERL akan menggunakan tren baru dengan kapasiti melebihi 50% daripada tren sekarang.

Image via globalairrail.com

31. KTMB = Keretapi Tanah Melayu Berhad

Image via hype.my

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) merupakan pengendali kereta api utama di Semenanjung Malaysia. Dahulunya ia dikenali sebagai sebuah agensi di bawah Pentadbiran Keretapi Tanah Melayu. Kini, ia dikenali sebagai KTMB berikutan kesan kempen pengkorporatan yang diterajui kerajaan pada tahun 1992. Sejarah sistem gerabaknya bermula sewaktu zaman penjajahan British, apabila laluan kereta api asalnya dibina untuk mengangkut timah.

Image via hlimg.com

32. ETS = Electric Train Service

Image via ytimg.com

ETS, singkatan kepada Electric Train Service adalah perkhidmatan kereta api antara bandar yang dikendalikan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). Jajaran ETS sepanjang 1,677 km ini merangkumi 39 stesen yang menghubungkan Gemas di Negeri Sembilan sehingga ke Padang Besar di Perlis merentasi 5 negeri di sebelah Pantai Barat Semenanjung. Kelajuan maksimum ETS mencecah sehingga 140 km/j.

Image via blogspot.com

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Ini pun di Malaysia juga:

You may be interested in: