seismik

Najis, Air Kencing Tikus & Lipas Ditemui Di Dapur, Nasi Kandar Beratur Penang Diarah Tutup

Premis tersebut telah diarahkan tutup selama 14 hari bermula, 9 Januari sehingga 20 Januari 2020.

Cover image via Twitter @redzuanNewsMPB

Apabila sebut sahaja Nasi Kandar, pastinya sudah sinonim dengan negeri Pulau Pinang bukan?

Gambar sekadar hiasan.

Image via Penang Foodie

Di Pulau Pinang terdapat beberapa lokasi restoran nasi kandar yang menjadi kegilaan ramai. Mana tidaknya, sampai sahaja di Pulau Pinang pasti anda sudah terbayangkan keenakan kari dan rempah ratus yang memikat selera setiap yang berkunjung.

Sampai teringat bila dah balik KL. Sedap punya pasal.

Namun begitu, pada 9 Januari 2020 telah tular di mana Restoran Nasi Kandar Beratur yang terkenal di Jalan Masjid Kapitan Keling, Pulau Pinang diarahkan tutup atas faktor kebersihan

Berita itu telah dikongsikan oleh seorang penulis di laman Twitter iaitu @redzuanNewsMPB. Melalui tweet tersebut tertera gambar Notis Perintah Tutup Establisymen Makanan yang dikeluarkan sendiri oleh pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang.

Lihat perkongsian penuh di bawah:

Menurut laporan lain, terdapat beberapa sarang lipas telah ditemui di restoran tersebut ketika lawatan mengejut itu dijalankan oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang

Bukan setakat itu sahaja, najis, air kencing tikus serta lipas turut ditemui pada beberapa perkakas dapur yang digunakan.

Perkara ini menyebabkan premis restoran ini diarahkan tutup selama tempoh 14 hari bermula 9 Januari sehingga 22 Januari 2020 atas alasan premis disyaki atau mungkin menjadi punca jangkitan penyakit dan keadaan premis mungkin akan mendatangkan bahaya kepada kesihatan pelanggan yang berkunjung.

Berikut merupakan reaksi warganet mengenai isu ini:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Dua tahun lepas ada juga kes yang hampir sama tapi di lokasi yang berbeza:

You may be interested in: