seismik

Negara Paling Taat Kepada Ajaran Al-Quran Adalah... Ireland!

Ireland bukanlah sebuah negara yang mempunyai penduduk Islam yang ramai seperti Arab Saudi mahupun Malaysia tetapi unggul dalam carta negara paling taat kepada Al-Quran.

Cover image via in-islam.com

Ireland Telah Dinobat Sebagai Negara Paling Taat Kepada Ajaran Al-Quran Di Dunia

Ireland telah dinobat sebagai negara paling Islamik di dunia.

Image via travelfeatured.com

Menurut sebuah laporan, negara yang paling setia di dunia kepada ajaran Al-Quran adalah Ireland, bukan Arab Saudi.

yahoo.com

Sementara majoriti menjangkakan negara Islam seperti Malaysia atau Arab Saudi untuk merangkul tangga teratas, hakikatnya negara seperti Ireland, Denmark dan Luxembourg masing-masing berada pada kedudukan yang lebih tinggi dalam senarai tersebut.

thejournal.ie

Selain Ireland, United Kingdom Dan Amerika Syarikat Juga Berada Di Kedudukan Yang Lebih Baik Jika Dibandingkan Dengan Kesemua Negara Islam Di Bawah Persatuan Kerjasama Islam (OIC)

Indeks Islamicity dalam sektor ekonomi.

Image via thejournal.ie

Hasil laporan itu menunjukkan bahawa Ireland, United Kingdom dan Amerika Syarikat kesemuanya berada dalam kedudukan yang lebih tinggi berbanding semua ahli Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

yahoo.com

Malah, ahli tertinggi OIC dalam senarai tersebut merupakan Malaysia pada 33, manakala Arab Saudi dan Qatar masing-masing menduduki tangga 93 dan 111.

thejournal.ie

Hasil Kajian Dinilai Menerusi Bagaimana Sesebuah Negara Menerapkan Konsep Yang Disebut Dalam Al-Quran Ke Dalam Kehidupan Masyarakat

Hossein Askari, seorang Profesor dari Universiti George Washington di Amerika Syarikat merupakan salah satu daripada dua penulis indeks Islamicity bersama-sama dengan Scheherazade S. Rehman, memberitahu bahawa kesemua negara dinilai melalui bagaimana mereka menggunakan pengajaran dari Al-Quran ke dalam kehidupan masyarakat.

yahoo.com

Profesor Hossein Askari.

Image via ytimg.com

"Kami melihat kepada samada negara-negara terbabit melakukan apa yang mereka sepatutnya lakukan atau tidak. Kami menilai mereka melalui urusan pentadbiran, politik dan hak asasi manusia serta hubungan antarabangsa," kata Profesor Hossein Askari.

thejournal.ie

Isu Salah Guna Kuasa Dan Penguasaan Ilmu Al-Quran Yang Sangat Lemah Adalah Antara Punca Negara Islam Berada Di Kedudukan Bawah Dalam Senarai

"Ada orang yang menggunakan agama sebagai alat kuasa. Mereka tidak mengambil berat tentang orang Islam. Mereka tidak menerapkan nilai-nilai Al-Quran ke dalam kehidupan seharian dan tidak menggalakkan orang untuk mempelajari ilmu Al-Quran," jelas Hossein.

yahoo.com

Dalam Al-Quran ada mengatakan bahawa kemakmuran ekonomi adalah baik untuk masyarakat dan negara. Tetapi laporan Profesor Hossein Askari mendapati kemakmuran jarang sekali diterapkan dalam ekonomi negara-negara Islam.

thejournal.ie

Cerita Berkaitan Lain Di SAYS:

You may be interested in: