Terjemahan 'Photobomb' Dan Istilah IT Lain Ke Bahasa Melayu Ini Buat Ramai Geleng Kepala
Ini baru betul bahasa jiwa bangsa versi moden!
"Tunafoto?!? Apa benda tu?!?"
Rata-rata netizen berasa terkejut dengan pengenalan istilah 'tunafoto' yang mula popular sejak semalam.
Masing-masing bingung dan mempersoal bagaimana Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) boleh menyatakan bahawa perkataan 'tunafoto' itu memberi maksud 'photobomb'. Apa yang orang ramai faham ialah 'tuna' itu merupakan sejenis ikan, manakala 'foto' pula bermaksud gambar.
Jadi apa kena mengena ikan dengan gambar?
Kalau anda nak tahu, 'tuna' sebenarnya ada maksud lain selain ikan. Maksud bagi perkataan ini barangkali dipinjam daripada Bahasa Indonesia. Menurut Kamus Besar Bahasa Indonesia, 'tuna' juga memberi maksud rosak, luka, atau kurang.
Bila ditelitikan semula makna di sebalik istilah ini, barulah perkataan 'tunafoto' itu dapat diterima akal. Kita terus boleh tahu maksud 'tunafoto' sebenarnya ialah foto atau gambar rosak.
Atau lebih tepat dan untuk lebih senang faham ialah gambar yang ada "pengacau" yang merosakkan rupa sebenar gambar tersebut.
Ya, itulah maksudnya.
Tapi, ada banyak lagi istilah IT dan terma media sosial Bahasa Inggeris yang DBP terjemahkan ke Bahasa Melayu. Jom layan senarai di bawah:
11. Trending
Adakah 'Kini Trending' bermaksud 'Kini Sohor Kini'? Atau 'Sohor Kini Kini'?
13. Posting
Contoh ayat:
"Ibu bapa wanita itu meminta posting sebanyak RM20,000 menjelang perkahwinannya nanti."
Ok tipu, ayat kat atas ni salah ya. Jangan tiru pulak. :P