NGO Melayu Kata Sekolah Vernakular Perlu Dihapuskan. Setuju?
Kerajaan digesa NGO Melayu agar menghapuskan sekolah vernakular di negara.
Satu Gabungan NGO Menggesa Kerajaan Supaya Menghapuskan Semua Sekolah Vernakular Dan Menggantikannya Dengan Sistem Sekolah Satu Aliran
Putrajaya mesti menghapuskan semua sekolah vernakular kerana ia menghalang perpaduan negara, dan menggantikannya dengan sekolah satu aliran, gesa satu gabungan kumpulan badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan hak Melayu.
themalaysianinsider.comMelalui Satu Memorandum Perpaduan Negara, Mereka Mendakwa Sekolah Vernakular Menjadi Salah Satu Punca Perpecahan Kaum, Agama Dan Budaya Kerana Bertentangan Dengan Matlamat Perpaduan Negara
"Ketegasan ini perlu kerana beberapa aliran sekolah yang sudah wujud sekian lama tidak kondusif kepada usaha mempromosikan dan mengukuhkan perpaduan nasional di Malaysia."
themalaysianinsider.com"Sekolah vernakular bertentangan matlamat mengubah sistem pendidikan negara kepada satu mekanisme bagi mewujudkan perpaduan negara di kalangan pemuda berbilang kaum di Malaysia. Inilah sebabnya kenapa sistem itu dikatakan menimbulkan perpecahan antara kaum, agama dan budaya, dan mengancam perpaduan negara," menurut memorandum itu.
yahoo.comSehubungan Dengan Itu, Mereka Berkata Putrajaya Berhak Menutup Mulut Dan Tidak Akan Tunduk Kepada Mana-Mana Kumpulan Pendidikan "Radikal" Yang Menentang Langkah Itu Seperti Dong Zong
"Jika cadangan memansuhkan sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) dan Tamil (SJKT) ditentang pertubuhan seperti Dong Zong, kerajaan Malaysia mesti mengkaji semula pertubuhan ini dan mengeluarkan surat tunjuk sebab kenapa pendaftaran mereka tidak patut dibatalkan."
yahoo.com"Dalam erti kata lain, tiba masanya kerajaan Malaysia bertindak tegas terhadap mana-mana kumpulan pendidikan yang radikal menentang usaha memupuk perpaduan negara, termasuk Dong Zong dan yang seumpamanya," petik memorandum tersebut.
malaysianreview.comMemorandum Berkenaan Dibahaskan Lebih 300 Wakil NGO Melayu Pada Konvensyen Perpaduan Negara Di Kuala Lumpur Pada 23 November 2014. Mereka Berhasrat Menyerahkannya Kepada Kerajaan, Yang Di-Pertuan Agong Dan Majlis Raja-Raja.
Walaupun Begitu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Menganggap Tindakan Itu Hanya Akan Mengurangkan Sokongan Orang Cina Terhadap Kerajaan
Bagaimanapun, dalam satu wawancara khas disiarkan Mingguan Malaysia pada 23 November 2014, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata UMNO tidak boleh menutup sekolah Cina sekiranya ia hendak meningkatkan sokongan kaum Cina.
"Ini kerana tidak mungkin sokongan orang Cina dapat ditingkatkan jika pada nafas yang sama kita tuntut sekolah Cina ditutup," katanya.
Pendapat Anda Pula Bagaimana? Adakah Wajar Mewujudkan Hanya Satu Sistem Aliran Sekolah Demi Menjamin Perpaduan Negara?