seismik

Siapakah Anak Menteri Yang Dikatakan Kekasih Terbaru Nora Danish?

Nora Danish dan isu pembelian rumah RM7.2 juta dan Ferrari untuknya dari seseorang yang dikatakan kekasihnya, seorang anak Menteri.

Cover image via imgur.com

"Saya Tak Pernah Beli Barang-Barang Hantaran. Saya Tak Tahu Bagaimana Cerita Itu Boleh Timbul," Nora Danish

Nora dan Nedim

Image via truestory.my

Pelakon cantik, Nora Danish menafikan desas-desus mengatakan dia dan Nadeem Nazri telah membeli barangan hantaran untuk perkahwinan mereka. Biarpun pasangan sensasi ini dilihat semakin hangat bercinta, namun Nora memberitahu dia lebih selesa menganggap Nadeem sebagai kawan biasa.

gua.com.my

“Perkara itu tidak benar sama sekali kerana seperti yang saya sering katakan, kami berdua lebih selesa menggelarkan hubungan ini sebagai kawan biasa sahaja kerana saya hanya akan membuka mulut jika tarikh berkahwin itu sudah ada."

yahoo.com

"Selagi belum ada kepastian mengenai perihal perkahwinan, selagi itu saya sangat selesa dalam mengklasifikasikan hubungan kami berdua sebagai teman biasa sahaja,” ujar Nora.

yahoo.com

Menurut Nora, Jika Dia Benar-Benar Mahu Berkahwin Dia Tidak Akan Merahsiakan Perkara Tersebut

Image via wowartis.com

“Jika saya benar-benar mahu berkahwin saya akan beritahu kepada semua yang saya akan berkahwin. Maknanya, berita tersebut tidak sahih. Cerita perihal membeli hantaran perkahwinan tidak betul sama sekali.”

wowartis.com

"Malah kami tak pernah berbincang soal kahwin. Apa yang penting, kami fokus pada kerjaya dan anak masing-masing. Itu yang buat kami selesa antara satu sama lain. Kami sebenarnya lebih suka bergelar kawan biasa. Memang lah kahwin ini satu perkara yang baik. Tapi Allah belum tetapkan lagi jodoh kami. Harap semua orang dapat mendoakan yang terbaik untuk saya," katanya kepada sebuah portal hiburan tempatan.

tupai.com.my

Pelakon Jelita Itu Turut Menegaskan Dia Hanya Ingin Melaksanakan Yang Wajib Sahaja Jika Dia Ditakdirkan Berkahwin Sekali Lagi

Image via wp.com

"Memandangkan saya pernah berkahwin sebelum ini, jadi bagi saya tak perlu lagi dah nak barang-barang hantaran."

tupai.com.my

Kalau ditakdirkan saya berkahwin lagi satu hari nanti, sebolehnya saya nak buat yang wajib sahaja iaitu cukup dengan majlis akad nikah di Kuala Lumpur. Kemudian saya nak adakan majlis secara kecilan di pulau, kemungkinan di Bali," tambah beliau.

tupai.com.my

Dalam Perkembangan Lain, Nora Bakal Memulakan Penggambaran Filem Terbarunya Berjudul 'Hantu Bungkus Ikat Tepi'

Hantu Bungkus Ikat Tepi

Image via akamaihd.net

Kumpulan Jambu

Image via blogspot.com

Nora bakal memasuki set penggambaran filem terbaru lakonannya, ‘Hantu Bungkus Ikat Tepi’ bersama dengan kumpulan Jambu.

gua.com.my

Penggambaran untuk filem tersebut bakal bermula pada 23 Februari ini.

yahoo.com

Nora Danish Memang Sudah Lama Impikan Perkahwinan Berkonsep 'Garden Wedding'

6 Feb: Nora Danish Dan Nedim Kahwin Hujung Tahun Ini?

Nora Danish dan kekasih hati, Nedim Nazri

Image via rotikaya.com

Harian Metro menerusi ruangan Soseh Soseh mereka hari ini (6 Februari 2014) tampil dengan satu lagi perkhabaran yang mengatakan Nora Danish dan kekasih, Nedim Nazri kini dalam perancangan untuk mendirikan rumahtangga sekitar hujung tahun ini.

rotikaya.com

Seseorang yang mengenali rapat pasangan ini memaklumkan, Nora dan Nedim mempunyai perancangan untuk mendirikan rumah tangga selewat-lewatnya hujung tahun ini.

hmetro.com.my

Khabarnya hubungan pasangan sejoli yang SS lihat mempunyai iras wajah ini sudah bersedia membawa hubungan mereka ke fasa lebih serius.

hmetro.com.my

Dalam Diam Mereka Sebenarnya Sudah Pun Membeli Barang-Barang Hantaran Sedikit Demi Sedikit

Bukan itu saja, beberapa nama pereka fesyen terkenal juga sudah berada dalam senarai yang akan mereka busana perkahwinan mereka.

hmetro.com.my

Betul atau tak? Wallahualam tetapi beginilah bunyi ceritanya yang disampaikan kepada SS.

hmetro.com.my

Kalau benar apa yang disampaikan, pastinya ini adalah berita yang memang ditunggu ramai lebih-lebih lagi peminat setia pasangan ini. Kemungkinan besar bergelar Wedding of the Year ‘kan?

rotikaya.com

Nora Danish, "Saya Dan Nedim Tak Seteruk Orang Ramai Sangka"

“Apabila pergi bercuti dengan Nedim, kami bukan pergi berdua-duaan. Selalunya percutian kami disertai keluarga dan teman-teman baik saya. Apabila kami bercuti, mesti ada yang fikir bukan-bukan, duduk sebilik dan macam-macam lagi. Kami tak seteruk itu!”

rotikaya.com

Nora Danish juga berkata yang beliau sebenarnya malas untuk melayan kata kata negatif yang sering dilemparkan kepadanya melalui Instagram namun ada masa kesabaran beliau tetap teruji & akan membidas semula untuk mempertahankan maruah dan hak.

rotikaya.com
Image via mynewshub.my

Nedim Nazri, "Soal Kahwin (Dengan Nora Danish) Bukanlah Keutamaan Buat Masa Sekarang"

Jejaka ini turut menambah yang tiada sebarang perbincangan tentang perkahwinan pernah ditimbulkan antara beliau dan Nora Danish memandangkan kedua dua mereka lebih selesa untuk fokus kepada kerjaya terlebih dahulu.

rotikaya.com

Nedim Nazri dan Nora Danish.

Image via blogspot.com

“Apa yang boleh saya katakan setakat ini kami rakan rapat dan Nora adalah wanita yang paling rapat dengan saya. Saya senang apabila bersama Nora, dia seorang yang mempunyai pendirian dan berpandangan luas”, kata Nedim.

rotikaya.com
Image via wp.com

“Kami pernah melalui pengalaman bercerai dan masing-masing mempunyai seorang cahaya mata. Jadi bagi kami, soal kahwin bukanlah keutamaan buat masa sekarang. Nora sendiri seperti yang umum tahu sibuk dengan pelbagai projek filem dan juga drama sepanjang tahun ini", kata Nedim.

ohbulan.com
Image via wp.com

Saya Sanggup Putuskan Hubungan Dengan Nedim Jika Tak Dapat Restu Bapanya, Kata Nora Danish

Pelakon popular, Nora Danish membuat kenyataan bahawa dia sanggup sanggup untuk putuskan hubungan cintanya bersama Nedim Nazri jika tidak mendapat restu daripada kedua dua belah keluarga.

rtm.gov.my
Image via ohbulan.com

“Sudah menjadi keutamaan bagi saya untuk mendahulukan pendapat yang datang daripada ahli keluarga. Jika saya tidak mendapat restu daripada bapanya, tidak mustahil untuk saya memutuskan hubungan kami.”

rotikaya.com

Menurut Nora, dia dan Nedim tidak mempunyai sebarang perancangan untuk mendirikan rumah tangga setakat ini dan jika ditakdirkan mereka bakal berkahwin, dia sendiri akan membuat pengumuman melalui satu sidang media.

rtm.gov.my

“Tetapi, selama berkawan dengan Nedim, dia tidak pernah memberitahu saya apa-apa mengenai perkara itu. Saya juga pernah berjumpa dengan ibu dan bapanya. Mereka sungguh merendah diri dan begitu baik terhadap saya,” jelas Nora Danish.

rotikaya.com

Nadeem Nazri mengaku Nora Danish kekasih hati?

Menerusi akaun Instagramnya, Nadeem dilihat menggunakan kata ganti diri “My Love” untuk Nora Danish

blogspot.com

Imej dari Instagram milik Nadeem Nazri yang menyatakan Nora Danish sebagai "my love"

Image via blogspot.com

Nadeem turut memberi kata-kata pedas kepada "haters" beliau yang dikatakan cemburukan dirinya

"Comeback" baik punya dari Nadeem kepada mereka yang cemburukan kebahagian mereka berdua.

Image via wp.com

9 OKTOBER: "Terima kasih Nora kerana mengesahkan isu rumah RM7.2 juta"

Oh tidak Nora!

Image via amazonaws.com

"Dengan pengakuan ini juga, SAMM menggesa pihak SPRM dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) agar bersedia untuk membuka fail siasatan ke atas anak Nazri Aziz," kata Pengarah Propaganda SAMM Edy Noor Reduan. Menurutnya, terdapat beberapa persoalan sekitar pembelian banglo itu yang sehingga kini masih belum terjawab.

blogspot.com

"Walaupun Nora mengaku bahawa rumah mewah yang dibeli itu bukan untuk dirinya, namun sekurang-kurangnya kewujudan banglo tersebut sudah cukup menggugurkan keraguan munasabah pendedahan SAMM minggu lalu," katanya.

harakahdaily.net

Kenyataan jelitawan Nora Danish bahawa banglo RM 7.2 juta yang dibeli oleh anak menteri pelancongan bukan untuk dirinya membuka ruang kepada pihak berkuasa untuk menyiasat perkara itu, kata NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

malaysiakini.com

Betulkah Nora Danish terima "hadiah" serba mewah dari Nedim Nazri?

Nedim Nazri

Image via blogspot.com

Rumah RM7.2juta!, hadiah Nadim untuk Nora Danish?

terbakor.com

Nora dan Ferrari

Image via cloudinary.com

Terkini isu kontroversi gosip artis sensasi Nora Danish terima hadiah kereta Ferrari dan sebuah rumah bernilai RM 7.2 Juta oleh Nedim Nazri Aziz.

kartikel.com

"Setahu saya dia beli rumah dan sebuah kereta mewah untuk ibunya dan ia bukan wang Nadim seorang. Ia bukan untuk saya dan saya kesian dengan dia kerana apa yang dia buat semuanya dikaitkan dengan saya," ujar Nora Danish.

sinarharian.com.my

Nora Danish dapat hadiah Ferrari?

Image via cari.com.my

Asked why she had decided to be friends when negative reports seemed to swirl around Nedim, Nora replied: “I understand that he is known for his personal life, but I have known him for seven years, and Nedim is a good guy and charitable person.”

thestar.com.my

"Saya tidak nafikan, sejak rapat dengan Nadim, ramai kata saya berkawan dengan dia kerana harta dan dia anak menteri.
Tetapi kalau orang boleh fikir, buat apa saya nak cari yang kaya, anak menteri, kerana pengalaman lalu banyak ajar saya," jelas Nora.

blogr.my

Anak menteri tersebut dikatakan telah membeli rumah mewah bernilai RM7.2 juta

Dokumen pembelian rumah oleh Nedim

Image via blogspot.com

Banglo RM7.2 yang dibeli Nedim

Image via blogspot.com

"Dia boleh beli istana, ini bukan masalah saya," kata Nazri Aziz kepada pemberita ketika ditanya pemberita di lobi Parlimen hari ini. Bagaimanapun, beliau nampaknya seperti tidak tahu menahu berhubung laporan itu dan bertanya kembali: "Rumah apa?"

NORA DANISH DAPAT FERRARI DAN RUMAH 7 JUTA

kartikel.com

Nazri Abdul Aziz's son is in the limelight for all the wrong reasons. And once again, his father dismisses by saying "Not my problem". This time, it is over a report that his son, Nedim, had purchased a RM7 million bungalow.

malaysiakini.com

Apaaa..?? RM7 juta? ..biar betul berita nie.. takkan lah si Nedim tu boleh beli rumah macam tu..tak percayalah aku. Berapa besar gajinya..ahli perlimen pun tak sampai RM20k sebulan. Inikan pula hendak menanggung bulan-bulan rumah berharga RM 7juta lebih.

zon2u.com

Dokumen yang pertama ialah berkenaan pembelian sebuah banglow bernilai RM 7,242,555.07 yang dikaitkan dengan seorang yang bernama Mohamed Nedim B. Mohamed Nazri. Diperiksa dia ialah anak seorang menteri kabinet.

blogspot.com

Bagaimana anaknya dapat membeli banglow ini? Adakah dia layak? Adakah dia membeli dengan tunai? Jika melibatkan pinjaman bank berapa banyak pinjaman dibuat dan berapa jumlah tunai yang dibayar? Bagaimana bank boleh memberikan kelulusan bernilai jutaan ringgit kepadanya, adakah kerana dia anak menteri?

blogspot.com

Nora Danish dan Nedim Nazri selalu dilihat mesra di laman media sosial masing-masing

Image via blogspot.com
Image via wp.com
Image via blogspot.com
Image via blogspot.com

Nadeem merupakan kenalan lamanya & mereka sememangnya berkawan sebelum Nora Danish berkahwin lagi. Perhubungan yang telah terjalin selama 7 tahun itu tidak berlandaskan kepada urusan perniagaan malah Nadeem sememangnya rakan lama Nora.

rotikaya.com
Unsupported video platform

Siapakah Nedim Nazri, dan lain-lain berita berkaitan dirinya

Image via blogspot.com

Nedim adalah anak kepada menteri, Datuk Seri Mohammed Nazri Aziz

Image via wordpress.com

Nedim Nazri Aziz telah dilantik menjadi pegawai khas Kementerian Pelancongan Malaysia baru-baru ini. Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata hak mutlak beliau sebagai seorang menteri untuk melantik kakitangannya tidak boleh dipersoalkan.

beritaterkini.my

Anak Nazri,Mohd Nedim Mohd Nazri Aziz, didakwa memandu Porsche nya ke satu bangunan kondominium di Mont Kiara diekori pengawal peribadinya dengan sebuah MPV,terlibat dalam satu pergaduhan dengan penyelia keselamatan bangunan tersebut

blogspot.com

Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata beliau tidak melihat sebarang kesalahan dengan anaknya yang didakwa menggunakan kereta mewah yang dimiliki Michael Chia, dengan mengatakan hubungan Nedim dengan peniaga balak Sabah itu tidak berkaitan dengan jawatannya selaku menteri kabinet.

blogspot.com

Lebih lanjut mengenai pelakon, selebriti terkenal Nora Danish

You may be interested in: