seismik

Novel Zombi & Vampire Karya Penulis USA Ini Jadikan Malaysia Sebagai 'Backdrop'. Cun Gila!

Sangat terperinci macam betul-betul jadi kat Malaysia!

Cover image via Comic Book Realm

ZOMBI APOCALYPSE DI MALAYSIA!!

Sesiapa yang pernah menonton filem World War Z tahun 2013 lakonan Brad Pitt tentang penyebaran virus zombi ke seluruh dunia pasti berminat untuk membaca novel grafik The Extinction Parade Volume 1-12 karya Max Brooks.

Mengapa? Kerana novel grafik tersebut berlatarbelakangkan Malaysia!

Pengarang Max Brooks tinggal di Amerika Syarikat namun pengetahuannya tentang Malaysia memang luar biasa!

Image via Syfy Wire

Kebanyakan karya Max Brooks bertemakan kebangkitan zombie, di mana buku pertamanya The Zombie Survival Guide merupakan perintis kepada subkultur zombie apocalypse, diikuti dengan novel berjudul Recorded Attacks yang tercatat dalam senarai New York Times Bestseller.

Image via ReadComicOnline

Max Brooks kemudiannya terus menerbitkan novel dan juga menjadi penulis komik dengan tema berunsurkan zombie. Antara buku, komik dan novel grafiknya termasuklah World War Z: An Oral History Of The Zombie War, The New Dead, Everything You Ever Wanted to Know About Zombies, The Harlem Hellfighster dan siri novel grafik The Extinction Parade, dengan setting Malaysia.

The Extinction Parade
 memaparkan MyKad, Menara Berkembar Petronas, Plaza Sungei Wang, polis dan askar Malaysia, zombi bertudung serta menggunakan ayat-ayat Bahasa Malaysia seperti "had laju kebangsaan" dan lain-lain.

Lukisan artis Sepanyol, Raulo Caceres dilihat sangat terperinci, sesuai benar untuk novel grafik zombi seperti ini

Zombi-zombi yang dilukis kelihatan gerun dan menakutkan. Namun begitu, novel ini bukanlah hanya berkisarkan zombi semata-mata bahkan turut memaparkan vampire.

Dua watak utama novel grafik ini adalah dua beradik vampire, Laila dan Min yang berhijrah dari Singapura ke Malaysia di mana mereka boleh mendapat lebih kebebasan membunuh manusia tanpa dikesan.

Image via ReadComicOnline

Apabila virus zombi sampai ke Malaysia, Laila dan Min pada mulanya menganggap perkara ini sebagai satu anugerah dan kesenangan buat mereka kerana zombi-zombi yang mula memakan manusia ini secara tidak langsung menutup perbuatan keji mereka yang kini lebih senang memburu dan membunuh manusia tanpa diketahui masyarakat.

Namun tanpa mereka sedari, zombi ini juga secara tidak langsung menghadkan sumber makanan mereka dan akhirnya Laila dan Min terpaksa bertarung dengan zombi-zombi itu untuk kekal hidup.

Dalam satu temubual bersama Adventures in Poor Taste, Max Brooks berkata beliau memilih Malaysia sebagai setting novel grafik The Extinction Parade kerana memerlukan lokasi yang melalui perubahan pesat dalam masa singkat

Image via ReadComicOnline

Katanya, "Saya memerlukan tempat yang telah melalui perubahan pesat dalam masa yang agak singkat. Kerana vampire bersifat abadi, mereka pada dasarnya adalah bangsa yang statik. Mereka tidak berubah dan mereka sentiasa kagum dengan perubahan pesat mangsa mereka."

Novel grafik The Extinction Parade boleh didapatkan di laman web Amazon.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Anda dah layan komik-komik di bawah ini?

You may be interested in: